Sunday, February 13, 2011

~ Resipi Ayam Panggang Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 9:27 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah satu menu makan malam kami hari ni, Ayam Panggang Lada Hitam… Apa kata terus sahaja kita semak resipinya di bawah...


AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-Bahan A
  • 1 ekor ayam _ dibersihkan
  • 25 gm halia _ dihiris
  • 6 ulas bawang putih _ dihiris
  • 4 ulas bawang merah _ dihiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 1 tbsp kicap soya pekat manis Cap Ayam _ ( Boleh dikurangkan )
  • 3 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix ( Cosway )
  • 1 tbsp daun thyme _ ( Diana guna daun thyme kering )
  • 3 helai daun bay ( Diana guna daun bay kering ) _ dicarik-carik
  • Sedikit daun ketumbar cincang



Bahan-Bahan B
  • 2 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix ( Cosway ) _ ( Boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa ( rasa dulu  sebelum bubuh garam )
  • 3 cawan air


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap sekurang-kurangnya 1 1/2 jam ( sebaiknya semalaman ).
  2. Setelah itu, masukkan bahan-bahan B bersama ayam ke dalam kuali yang lebar dan dalam. 
  3. Masak di atas api sederhana sehingga ayam masak dan kuahnya pekat. 
  4. Angkat ayam dan letakkan di atas dulang pembakar. Curahkan juga kuah tadi di atas ayam. 
  5. Panggang ayam di dalam oven sekejap sehingga sedikit garing ( jangan terlalu garing ). 
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
::  Ayam dimasak di dalam kuali terlebih dahulu sebelum dipanggang di dalam oven  ::


::  Deli Chef  ::








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 8, 2011

~ Ayam Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 11:40 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Hari ni tiada apa yang hendak diceritakan.. Terus sahaja kita semak resipi Ayam Sos Plum versi campak-campak ni ya.. Resipi asal dari buku masakan cina tetapi Diana olah mengikut bahan yang ada di rumah ni ya.. 

AYAM SOS PLUM

Bahan-Bahan
  • 2 ketul paha ayam ( buang tulangnya )_ boleh guna dada ayam.. Lagi senang..;)

Bahan-Bahan Salad

  • 1 biji mangga bersama kulitnya _ di hiris nipis. 
  • Cili merah _ dihiris nipis
  • Bawang besar _ dihiris nipis
  • Bawang merah besar _ dihiris nipis
  • 1 biji timun _ dihiris nipis bersama kulitnya
  • 1 biji apple ( boleh guna hijau ataupun merah ) _ dihiris nipis

** Campurkan kesemua bahan dan rendam d dlm air sejuk dan garam.. Setelah bhn² hiris lembut, toskan airnya dan campurkan dengann bhn sos salad _ ketepikan.

Bahan-Bahan Perap

  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp tepung custard
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan Sos

  • Bawag merah _ dicincang
  • Bawag putih _ dicincang
  • 2 tbsp sos plum
  • 2 tbsp fruit jam
  • 2 tbsp air limau kasturi
  • 1 tsp Minyak bijan
  • Cili merah _ dicincang
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Cili padi _ dicincang ( tak nak letak pun tak per ) 

Bahan Asas Tepung

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung ubi
  • 2 tbsp tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • Air secukupnya

Bahan Sos Salad

  • Tomato sos
  • Thai Cili sos
  • Cili sos
  • Gula
  • Air limau kasturi

Cara-Cara

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 2 jam atau lebih.
  2. Gaul ayam bersama adunan tepung dan goreng hingga masak kekuningan _ angkat dan toskan. Potong kecil² dan susun di atas piring. 
  3. Tumis bwg merah, bwg putih dan cili merah hingga naik wanginya.
  4. Masukkan kesemua bhn sos. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  5. Susun salad di tepi ayam yang telah disusun tadi.
  6. Tuang sos di atas ayam. 
  7. Hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 1, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Marble Nescafe...

Sheery Dream Cakes | 6:39 PM | | 2 Comments so far

KEK KUKUS LAPIS NESCAFE

:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci


Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm )  mentega berkualiti tinggi
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
  • 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
  • 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
  • 4 tsp nescafe ( diayak ) 
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna kuning 
  • Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar

Cara-cara

  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
  7. :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  8. Ambil sedikit adunan nescafe dan sedikit adunan seri kaya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
  10. Ulang proses  no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Kek Kukus Coklat...

Sheery Dream Cakes | 5:48 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ermmm.. penatnya.. baru tadi pukul 4 pm siap kesemua kek... Alhamdulillah.... Boleh tarik nafas lega.. Tahun ni cuma dapat buat 6 biji kek untuk CNY untuk MIL... Jom tengok resipi nya


KEK KUKUS COKLAT

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 200 gm mentega
  • 1 tin kecil ( 388g ) susu krimer manis cap junjung 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 50 gm kelapa parut
  • 200 gm tepung gandum
  • Coklat secukupnya _ ( perisa mengikut kegemaran masing-masing )
  • 1 tsp esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah


Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Pukul telur dengan gula sehingga sebati dan gebu. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan susu krimer manis dan esen vanilla sehingga sebati. 
  4. Setelah itu campurkan kedua-dua adunan dan pukul lagi.
  5. Kemudian masukkan pula tepung gandum dan kelapa parut. Pukul sehingga sebati.
  6. Warnakan adunan dengan pewarna merah.
  7. Ambil sedikit adunan kek dan tuangkan ke dalam acuan kek yang telah dilapiskan dengan aluminium foil. Kukus sehingga adunan masak.
  8. Kemudian susun coklat pilihan di atasnya. Tuangkan lagi sedikit adunan kek dan kukus lagi sehingga masak. 
  9. Buat begini sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan sebelum dipotong.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>