Tuesday, February 1, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Marble Nescafe...

Sheery Dream Cakes | 6:39 PM | |

KEK KUKUS LAPIS NESCAFE

:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci


Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm )  mentega berkualiti tinggi
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
  • 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
  • 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
  • 4 tsp nescafe ( diayak ) 
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna kuning 
  • Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar

Cara-cara

  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
  7. :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  8. Ambil sedikit adunan nescafe dan sedikit adunan seri kaya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
  10. Ulang proses  no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).










2 comments:

K.zai said... Reply

salam ziarah diana..dtg mlm2 nk intai resipi..bolih...

Sheery Dream Cakes said... Reply

salam kzai... boleh2.. terima kasih sudi jenguk kat blog diana nie yer kzai... :)