Assalamualaikum dah Salam Sayang semua...
Tak lama lagi nak berpuasakan... Jadi bila tiba bulan Ramadan nanti... Maka sunyi sepi ler dapur Diana ni tanpa entri terbaru... Huhuuu... BW pasti akan bertambah lancar kan... Hehehe.. Tapi mungkin juga akan ada entri terbaru cuma teramat ler sedikitnya.. Kenapa? Hehehee...
Siapa yang dah lama mengenali Diana kat LL atau Fb.. Sememangnya dah boleh meneka kenapa kan... Seperti tahun² yang sudah.. Setiap tahun bila bulan Ramadan Diana akan bercuti memasak sebulan... Hehehhee... Hubby tak bagi Diana masak... Sebulan hubby bagi cuti memasak... Heheheh... Seronok tapiii... kekadang tu bosan juga... Dah biasa hari² memasak... Baik ler.. Jom tengok resipi yang sedap ni.. Ikan Pari Masak Hijau... Resipi nie memang sedaaap!! Terima kasih kat Akak Ayu kerana berkongsi resipi ni.. Terima kasih juga kat Akak Nor, Mas dan Izah.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima Kasih
:: Sumber dari ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction, Akak Nor @ Secubit Garam, Mas @ Duniaku & Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )
IKAN PARI MASAK HIJAU
Bahan-Bahan
- 2 - 3 ekor anak ikan pari _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 2 sudu besar sambal belacan
- 3 - 4 batang daun kari
- 3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )
- 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- 5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga
Cara-Cara
- Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
- Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata .
- Masukkan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata.
- Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata.
- Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan.
- Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel