Tuesday, September 20, 2011

~ Kek Kukus Lapis Sheery...

Sheery Dream Cakes | 11:35 AM | | 18 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .... 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik.. Sihat sejahtera hendaknya... Amin... Hari ni cuaca kat sini pun begitu baik sekali... Terbit saja matahari... Terus tengok pemandangan kat luar rumah... Terasa damai bila terpandang bebunga kat mini taman depan rumah Diana tu mekar ditemani sang serangga sambil dibasahi embun pagi.... Begitu indah sekali ciptaan Allah S.W.T.... 

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi kek kukus pula untuk entri kali ini...

::  Suka tengok bebunga tu mekar... :)  ::



KEK KUKUS LAPIS SHEERY


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 375 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • 2 cawan biskut marie kisar 
  • 225 gm seri kaya
  • 100 gm haw flakes kisar
  • 100 gm kismis kisar
  • 3/4 cawan Nestle nestum cerelac _ gandum & madu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah dan perang


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis, seri kaya dan esen vanilla. Pukul lagi sebati.
  4. Setelah itu masukkan biskut marie kisar dan nestum. Pukul sehingga adunan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. ~ 1 bahagian dicampurkan haw flakes kisar dan pewarna merah.
  7. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan kismis kisar dan pewarna perang.
  8. Ambik sedikit adunan haw flakes dan pewarna perang. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan kismis dan pewarna perang. Kukus sehingga adunan kek masak.
  10. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. 
  13. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman barulah dipotong.
  14. Masa untuk mengukus kek nie dalam 2 1/2 jam lamanya menggunakan api sederhana.. 
  15. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala.


Bagi sesiapa yang dah biasa makan kek kukus lapis kat Labuan.. Pasti mereka akan tau yang kek kukus lapis tu agak kelihatan berminyak sedikit kan.. Tapi jika tak suka.. Boleh kurangkan kuantiti menteganya sedikit ya. :) 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 17, 2011

~ Resipi Ayam Masak Kunyit...

Sheery Dream Cakes | 6:14 PM | 14 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. 

Kali ini bersua kita kembali dengan 1 lagi resipi yang Diana ambil dari Dapur Mas... Resipi asal Pedal Ayam Masak Kunyit.. Disebabkan Diana sekeluarga tak pandai makan Pedal Ayam, jadi Diana gantikan kepada Ayam... Menurut Mas, kalau digantikan dengan ayam pun sedap.. Sememangnya sedaaaap sesangat tau!! Terima kasih buat Mas kerana berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan akak mengolah sedikit resipi ni ya Mas.. Terima kasih Mas...

.  
::  Antara bahannya.. Simple namun sedap  ::

Mula² tumiskan bawang putih yang d tumbuk sehingga wangi dan kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.. Biar sedikit layu..

Masukkan pula sos tiram, serbuk kunyit, perencah pati ikan bilis dan gula secukup rasa.. Gaul rata dan masukkan ayam goreng.. Gaul dan sedia untuk dihidang...

:: Olahan oleh ~ Sky Blue's Kitchen 



AYAM MASAK KUNYIT

Bahan-Bahan
  • 5 ketul peha ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A
  • 2 biji bawang besar _ dihiris
  • 2 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 2 biji cili hijau _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 1 1/2 tbsp sos tiram
  • 2 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
  • Sedikit gula

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga masak..Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih bersama sedikit minyak sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Tumis sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  6. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  7. Sedia untuk d hidang.




:: Resipi Asal oleh ~ Mas @ Duniaku ( TQ ) 



PEDAL AYAM MASAK KUNYIT


Bahan-Bahan
  • Pedal ayam - direbus hingga lembut dan ditoskan.
  • Bawang besar - dihiris nipis ( agak2 bawang tu yerk nak banyak @ sikit )
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 biji cili merah @ cili padi - dihiris2
  • Sedikit daun bawang - dipotong
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit kiub ayam
  • Sedikit garam jika perlu

Cara-Cara


    1. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar dan cili merah @ cili padi, masak hingga wangi lagi dan masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan kiub ayam, sebatikan dan masukkan pedal ayam yang telah direbus tadi, sebatikan, boleh tambah sedikit air panas jika suka dan rasakan, jika ok, taburkan daun bawang dan kacau sedikit..boleh diangkat...


    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Friday, September 16, 2011

    ~ Kek Kukus Lapis Masam Manis...

    Sheery Dream Cakes | 1:09 PM | | 21 Comments so far

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

    Selamat Menyambut Hari Malayisa kepada seluruh rakyat Malaysia.. Hari ni cuti kan.. Pasti ramai lagi yang buat rumah terbuka kan... Hari ni Diana juga ada menerima 2 jemputan rumah terbuka petang ni.. Terima kasih kepada yang sudi menjemput tu ya. :) 

    Baiklah... apa kata kita terus semak resipi kek kukus lapis masam manis ini...



    Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah...


     ::  Cream crackers tu hendaklah dikisar halus..  ::


    Cara melapis ~ Mula² tu ambil sedikit adunan hijau dan ratakan.. Kemudian d kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi ( cucuk beberapa lubang sahaja ya.. lupa plak nak ambil gambar semasa buat tu.. huhu ) dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes d atas kek tadi..



    Setelah itu.. ambil sedikit adunan berwarna merah pula dan ratakan.. Kukus hingga kek masak.. cucuk dengan lidi dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes dan bubuh sedikit lagi adunan berwarna hijau dan ratakan.. Kukus hingga kek masak... Buat begini sehingga adunan kek habis. 




    KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS



    Bahan-Bahan 
    • 5 biji telur
    • 250 gm mentega
    • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
    • 1/2 cawan gula halus boleh guna gula kastor 
    • 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh 194 gm 
    • 1 tsp esen vanilla
    • 1 tsp baking powder
    • Haw Flakes secukupnya
    • Pewarna hijau, merah dan kuning _ ( kali ini Diana hanya bubuh warna merah dan hijau )



    Cara-Cara 
    1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
    2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
    3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
    4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
    5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
    6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
    7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
    8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
    9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.





    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Wednesday, September 14, 2011

    ~ RESIPI KEK KUKUS NESCAFE...

    Sheery Dream Cakes | 11:49 AM | | 23 Comments so far

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

    Entri  ni punya la main lama tertangguh. Sebelum raya lagi dah janji nak kogsikannya di sini. Tapi baru hari ni ada kesempatan. Tapi resipinya memang dah ada dalam blog ni. Resipi ulang tayang saja sebenarnya.


    Kek kukus lapis nescafe ni la kek pertama habis semasa hari raya pertama hari tu. Diana buat 2 biji sahaja kek ni. Memang dapat bertahan untuk sehari saja. Ramai yang suka kek ni sebenarnya. Itu apa yang Diana perhatikan setiap tahun semasa musim perayaan Aidilfitri.  Kalu nak tengok versi marble bole klik di SINI ya.

    KEK KUKUS LAPIS NESCAFE

    :: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci


    Bahan-bahan
    • 10 biji telur
    • 1 1/2 cawan ( 342 gm )  mentega berkualiti tinggi
    • 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
    • 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
    • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
    • 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
    • 4 tsp nescafe ( diayak ) 
    • 2 tsp esen vanilla
    • Pewarna kuning 
    • Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar

    Cara-cara

    1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
    2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
    3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
    4. Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
    5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
    6. :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
    7. :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
    8. Ambik sedikit adunan nescafe dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
    9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
    10. Ulang proses  no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
    11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
    12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).










    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>