pages

Tuesday, October 16, 2012

~ Ayam Masak Sos Cili Thai & Nasi Goreng...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung SBK...

Terlebih dahulu Diana nak mohon ampun dan maaf kerana dah lama tak bersiaran... Dan... Ini mungkin entri terakhir buat SBK untuk ketika ni... Andai kata ada yang terkasar atau Diana pernah menyinggung perasaan sesiapa di alam maya mahupun di dunia ni.. Sama ada sengaja mahupun tak disengajakan... Diana mohon ampun dan maaf yer.. InsyaAllah jika ada rezeki.. kita boleh bersua kembali... 


Di kesempatan ini juga Diana ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan selama Diana berblogging nie... Kepada yang sudi berkunjung kat SBK nie Diana ucapkan ribuan terima kasih yer.. Tanpa sokongan anda semua.. SBK tak mampu pergi sejauh nie.. Cuma sekarang ada sedikit masalah yang perlu di selesaikan... Akhir kata.. Jika terserempak Diana kat mana² tu .. tegur² ler yer... Halalkan setiap resipi yang Diana telah cuba dan olah selama nie yer... Di sini ada 2 menu terakhir kalinya Diana kongsikan khas buat anda semua.. Sampai jumpa lagi... Salam Penuh Kasih Sayang dari SBK.. Muahssss...

~ Ayam Masak Sos Cili Thai...
~ Olahan dari entri Diana yang lepas.. Klik kat SINI DAN KAT SINI.. 





AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bahan-Bahan A
  • 6 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang merah _ dihiris
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 inci halia _ dihiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 4 tbsp sos plum
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix

Bahan-Bahan B
  • 4 tbsp ABC saus manis ( ABC sos manis )
  • 2 tbsp gula

Bahan-Bahan C ( Dicincang )
  • 1 inci halia 
  • 6 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih

Bahan-Bahan D
  • 1 cawan sos cili Life
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1/2 cawan Kimball sos cili Thai 
  • 2 tbsp sos plum
  • 3 tbsp sos pedas berkicap Agromas
  • 3 cawan ( atau mengikut citarasa masing² ) air rebusan ayam

Bahan-Bahan E
  • Daun sup atau daun ketumbar _ dihiris
  • Cili merah _ dicincang
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. :: Penyediaan Ayam  ~ Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Masukkan ayam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
  3. Ambil air rebusan untuk kegunaan nanti. Ketepikan.
  4. Keluarkan ayam dan toskan. Lumurkan ayam bersama bahan-bahan B dan goreng sehingga kekuningan. 
  5. Angkat dan toskan. Potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan.
  6. :: Penyediaan sos  ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali atau periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga sedikit garing.
  7. Kemudian masukkan bahan-bahan D dan gaul. Biarkan ianya mendidih seketika.
  8. Sesuaikan rasa dan curah di atas ayam tadi. 
  9. Taburkan dengan hirisan daun sup dan cili merah cincang.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



NASI GORENG SIMPLE

Bahan²

  • 700 gm nasi putih
  • 4 batang sausage _ dipotong bulat nipis
  • 8 batang bersaiz kecil jejari ketam _ disiat²
  • 1 tin Rex kerang panggang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • 1 tbsp sos ikan
  • 2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/2 - 1 tsp serbuk cili
  • 2 biji telur
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Minyak untuk menumis
  • Cili padi
  • Daun sup atau daun ketumbar


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk cili dan tumis seketika.
  3. Pecahkan telur dan biarkan hingga telur separuh masak. Kemudian gaul rata.
  4. Setelah itu masukkan kerang, sausage dan jejari ketam. Gaul rata.
  5. Masukkan sos ikan, perencah pati ayam, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
  6. Masukkan nasi putih dan gaul rata.
  7. Angkat dan hidang.




25 comments:

  1. menyelerakan... nak ke mana plak tu D?

    ReplyDelete
  2. Assalam Diana...

    akak pun tertanya2 juga kenapalah Diana tiba2 senyap dari blogging.. & skrg Diana katakan ini resepi di entry yang terakhir pula.. sedihnyaaaa!!! akak antara peminat no. 1 blog Diana sebab banyak resepi2 lauk yang sedap2 yang dah bnyk juga akak dah cuba especially lauk2 dari ayam sebab anak2 akak sukakan ayam..

    akak doakan segala urusan Diana dipermudahkan & insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.. tumpukanlah sepenuhnya pada yang lebih utama jika itu yang Diana fikir terbaik.. mintak halalkan semua resepi2 yang akak dah cuba & yang akak dah simpan tu ye.. insyaAllah akak pasti akan cuba juga bila kelapangan..

    jika semua urusan selesai.. kembalilah semula berblog ye Diana.. kami semua pasti merindui masakan Diana..

    salam sayang dari akak ye Diana..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Diana cayang cantik manis... alaa.. mana Diana nak pergi ni dik??? ni yang nanges ni.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... akak doakan apa jua urusan yang bakal Diana lakukan akan di permudahkan dan di lindungi ALLAH SWT... Amin..

    Lama tak singgah sini tertanya2 mana perginya adik akak yang sorang ni.. apa pun Diana tetap di hati hakak.. cayang muahzzzzzzzz

    ReplyDelete
  4. Kak diana semoga di permudahkan urusan...zila suka singgah cni Kuih Lapis yg menggoda dan resepi yg simple dan senang..Kami sentiasa tunggu come back kak diana...

    ReplyDelete
  5. Salam...erkk...nak cuti berblog ke?..hmmm takpe lah, tapi jangan tinggalkan terus, pada cm blog mel cukup bagus dan berilmu....terima kasih atas perkongsian selama ini...

    ReplyDelete
  6. nak gi mana diana???
    jgn stop blog yer...

    ReplyDelete
  7. salam Diana.walaupon atie jarang singgah kat sini tp n3 ini mmg menyedihkn.

    Semoga slps segala urusan Diana selesai..kembalilh berblog semula,ramai yg merindui masakan Diana yg best2 tu.

    Semoga apa jua yg Diana lakukn,dipermudahkn oleh Allah.
    Aminnn

    Semoga kita dpt bertemu kembali di alam maya ini nanti.InsyaAllah.

    Take care Diana.

    ReplyDelete
  8. Lor...baru jer I mula follow...Nak ke mana Diana? Apapun semoga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  9. moga dipermudahkan semuanya ye kak diana

    haritu lg dah terkejut tgk kat fb kata mungkin entri haritu last entri, harap semuanya okey dan harap sangat agar kak diana akan kembali berblogging ye

    mintak halal jugak semua resepi kak diana yg tina guna, semua pun best2 belaka

    ReplyDelete
  10. Asslmkum kak Diana.
    Rindu akak nnti. Apa2 pun hope akk tak berhenti terus dr berblogging ya.

    ReplyDelete
  11. alahai...jangan berhenti terus. Peminat ramai ni. Berhenti lah sekejap dan teruskanlah blogging....seronok sangat baca ur blog

    ReplyDelete
  12. AsSalam ... will miss ur blogging n beautiful pictures. Halalkan resepi yang di ambil dan di cuba dr blog ni ye .... All the best!

    ReplyDelete
  13. Assalam Diana.. kenapa messti yang terakhir? tapi apa pun saya doakan yang terbaek buat Di. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga dapat bertemu lagi di sini yer dan halalkan segala resepi yang saya cuba. Take care dear.

    ReplyDelete
  14. salam D, dah la lama menyepi tup2 nak stop blogging.. sedihnya.. kat fb pun tak nak aktif ke.. at least kalau D masih online kat fb, kita takkan lost contact.. rindu kat D la.. huhu

    ReplyDelete
  15. slm kak Diana cyggg...

    sedih la bile akak kata ni n3 yg terakhir...akak nk bhenti bblog ker @ rehat seketika...

    pasti kami semua akan rindukan akak nti...dgn menu akak yg sedap tu...

    jika ade masalah yg perlu diutamakan...nk buat cmnekan..perlu la dilaksanakan dlu..semoga semua bjalan dgn lancar n baik2 saje yea...

    slm syg dri QH utk kak Diana..muahhh

    ReplyDelete
  16. Aslmkum Diana. entry terakhir...sedih pula sbb biasa dtg tengok2 blog Diana. harap Diana hanya bercuti seketika dan sambung semula blog nanti bila kelapangan kembali.moga segala masalah dan kekusutan dpt diselesaikan segala dan urusan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  17. Assalam Diana,
    akak terperanjat bila tengok title kat blog diana tadi..biar betul dear..alahai....sedihnya bila teman2 satu2 nak stop blogging.. semuga urusan diana yang nak kena settle tu dipermudahkan dan bila semua dah settle boleh lah kemabli berblogging lagi ya..going to miss u dear..take care and all the best ya..

    ReplyDelete
  18. akakkkkk..
    hopefully prob akak cepat settle dan saya mendoakan yang terbaikkk...

    ReplyDelete
  19. nape ni kak? lama kita tunggu akak update blog... hope semua okey ye... =)

    ReplyDelete
  20. Alahai... rindu lah kami pada Diana nanti... paling rindu air tgn Diana yg sedap2 tuh.... apa2pon k.gee doakan segalanya baik2 saje dan dilindungi Allah selalu...

    ReplyDelete
  21. Kak Diana, lama menghilang tup tup update blog cakap mungkin entry terakhir uhukss sedihlah macam ni saya suka tengok blog ni rujuk resepi yang ada :(

    Semoga semuanya dipermudahkan dan dapat kembali berblogging !

    ReplyDelete
  22. salam syg diana,
    moga ini bkn yg terakhir..suka kesini suka tgk pic diana yg cantik2,,smoga pob cpt settle ok. i will mising u:)

    ReplyDelete
  23. Salam kak, sy doakan akak sentiasa sukses dlm setiap bidang yg akak ceburi. Moga setiap urusan dimudahkan Allah.

    ReplyDelete
  24. Salam...semuga sentiasa berjaya dalam kehidupan. Amin.

    ReplyDelete