Tuesday, February 1, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Batik Naza...

Sheery Dream Cakes | 12:39 PM | |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali bersama resipi kek kukus lapis naza. Untuk yang kurang suka kek yang manis, anda boleh kurangkan sukatan gula kastornya tu mengikut citarasa masing-masing ya. Jom semak resipinya.


:: 
Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di SINI


KEK KUKUS LAPIS NAZA

    Bahan-Bahan
    • 10 biji telur
    • 300 gm mentega
    • 120 gm minyak sapi
    • 380 gm gula kastor ( boleh kurangkan sukatan jika tidak suka manis )
    • 135 gm Nestle Cerelac bijirin bayi ( gandum dan madu )
    • 126 gm Cream Crackers yang telah dikisar halus
    • 388 gm susu pekat manis 
    • 95 gm Haw Flakes yang telah dikisar halus
    • Pewarna makanan pilihan

    Cara-Cara
    1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala bersih sebelum mengukus kek.
    2. Asingkan putih dan kuning telur. 
    3. Pukul putih telur bersama gula kastor sehingga kembang. Ketepikan.
    4. Putar mentega dengan minyak sapi sehingga sebati dan masukkan kuning telur.
    5. Setelah itu, campurkan kedua-dua adunan dan pukul lagi.
    6. Masukkan susu pekat manis, cerelac, cream crackers kisar dan haw flakes kisar. Pukul adunan sehingga sebati.
    7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan 1 adunan dengan pewarna kuning dan 1 adunan lagi warna ungu.
    8. Kemudian masukkan adunan ke dalam 2 piping bags berasingan.
    9. Kemudian kukus sehingga kek masak.
    10. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan yang satu lagi dan kukus sehingga kek masak.
    11. Buat begini sehingga semua adunan habis.
    12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).
    13. Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya
    14. Untuk menyimpan kek lebih lama, balut kek menggunakan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk.
    15. Selamat mencuba...
    ::  Picit adunan berselang seli seperti ini dan lapis sehingga adunan habis  ::







    3 comments:

    Unknown said... Reply

    Assalam...wah cantiknya kek ni...suka tgk...btw salam kenal dr saya nice blog...saya follow yer..:)

    Sheery Dream Cakes said... Reply

    wsalam nieza.. terima kasih :)
    i pun dah follow yer... ;)

    Unknown said... Reply

    suka lah tengok kak buat kek semua sedap... saya follow..=D