Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang dikasihi...
Hari ini genaplah 2 tahun blogging... Pelbagai pengalaman yang Diana dapat selama 2 tahun di alam maya ini.. Pahit manis.. tawar.. masam... Hehehhee... Semuanya sudah di rasa.. Namun tahun 2012 merupakan perjalanan SBK yang agak sukar sekali bagi Diana.. Banyak ujian mendatang yang telah ditempuhi.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T.. Sky Blue’s Kitchen dapat mengharunginya dengan kesabaran dan dorongan anda semua..
Hari ini genaplah 2 tahun blogging... Pelbagai pengalaman yang Diana dapat selama 2 tahun di alam maya ini.. Pahit manis.. tawar.. masam... Hehehhee... Semuanya sudah di rasa.. Namun tahun 2012 merupakan perjalanan SBK yang agak sukar sekali bagi Diana.. Banyak ujian mendatang yang telah ditempuhi.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T.. Sky Blue’s Kitchen dapat mengharunginya dengan kesabaran dan dorongan anda semua..
Nampak tak gitar mini yang sedikit usang dan berhabuk itu? Ermmm.... Agak-agaknya jika tiada keizinan dariNya serta sokongan yang berterusan daripada anda semua... Pasti nasib SBK seperti gitar mini itu jugalah agaknya kan... SBK terbiar tanpa entri terbaru... SBK sunyi sepi di alam maya ini... Walaupun semuanya sudah pernah terjadi pada SBK... Blog yang sunyi sepi.. Dan sudah pun hendak sampai dipenghujung perjalanan SBK pun sebenarnya kan ..
Seperti gambar basikal mini di atas... " Namun... Ku kayuh perlahan... Walaupun pelbagai rintangan mendatang... " Dengan handle basikal yang terbalik memang begitu sukar hendak sampai kan kan.. Hehehehheee.... Adeeehhh.. Tapi tidak apa... Selagi Diana masih mampu.. InsyaAllah SBK akan terus berada di alam maya ini... Terima kasih kepada semua yang tidak henti memberikan sokongan kepada Diana @ SBK selama ini...
Sememangnya memang mudah untuk bertapak di alam maya ini... Namun untuk terus bertapak dengan jayanya itu memang payah.... Ianya memerlukan pengorbanan sedikit jika hendak terus bertapak kan... Pengorbanan dari segi masa dan tenaga... Itulah pengorbanan yang harus kita lalui... Mana lagi dengan penat lelah yang kita alami... Utamanya blogger masakan... Sebelum memasak.. Kenalah fikirkan menu yang hendak dimasak.. Lepas itu barulah masuk ke dapur menyediakan bahan-bahan dan memasak... Sudah selesai memasak.. Kena pula ambil gambarnya... Jika rajin hendak diedit bagai lagi gambar yang diambil... Ermm... Penat kan? Bagi Diana ianya memang memenatkan... Namun semua itu bukanlah penghalangnya.. Dengan berbekalkan minat dan hobi serta keikhlasan kita untuk berkongsi resipi.. Ianya sudah memadai untuk melupakan penat lelah itu semua... Begitu juga perkongsian sedikit pengalaman dan tips food photography dari Diana.. Diharap dapat membantu anda semua walaupun tips yang hanya biasa-biasa sahaja.. Al-maklumlah.. Masih banyak lagi yang perlu Diana pelajari dalam bidang photography.. Jika ada yang terkurang dan terlebih mohon dimaafkan dan berilah tunjuk ajar ya.. Terima kasih.. :)
Jadi... Hari ini sempat lah Sky Blue’s Kitchen meraikan ulangtahunnya yang kedua... Alhamdulillah... Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan suami dan anak-anak Diana kerana memahami minat Diana... Tidak lupa juga kepada semua pengunjung SBK yang tidak henti-henti memberikan sokongan selama ini.. Terima kasih juga kepada Majalah Fotografika @ Hamizah Amir Hamzah @ Semua yang terlibat dalam penerbitan majalah Fotografika Isu 07 kerana sudi memilih beberapa hasil karya Diana.. Terima kasih juga kepada beberapa pihak yang pernah melamar SBK namun dengan dukacitanya terpaksa SBK tolak disebabkan pada masa itu Diana kurang sihat.. Mohon maaf sekali lagi kepada pihak yang berkenaan.. Diana harap tiada yang terguris hati... Mohon ampun dan maaf..
Dikesempatan ini juga Diana ingin merakamkan terima kepada Majalah Jelita kerana memilih SBK sebagai salah satu blog yang dipilih untuk dimuatkan di dalam ruangan Ulasan Blog, Tulisan oleh ~ Norashikin Md Nor.. Diana mohon maaf sebab lambat buat entrinya sebab hari tu Diana lewat dapat majalah ini.. Jadi Diana buat entrinya sekali bersama entri ulangtahun kedua SBK... :). Diana @ SBK amat berbesar hati dan berterima kasih kerana berpeluang diperkenalkan di Majalah Jelita keluaran Mei 2012.. Terima kasih.
Kesimpulannya... Sky Blue’s Kitchen sehingga di saat dan ketika ini masih lagi bersama anda semua di alam maya.. Hasrat untuk stop blogging hari itu.. sudah bertukar kepada terus berblog walaupun mungkin kadang-kadang perlahan sedikit ya.. InsyaAllah.. kita pasti akan bersua lagi di entri akan datang... Salam sayang dari Diana @ Sky Blue’s Kitchen ...
17 comments:
salam D.. tahniah! semoga diteruskan berkarya di alam maya ni.. dan semoga D diberikan kesihatan yg baik ya..
luv always :)
@K.Nor
Salam akak Nor.. Terima kasih.. luv u too akak.. :)
salam k.diana. tahniah kak dah 2 tahun blogging :)
Salam Diana... Blog Sky Blue's Kitchen mmg the best ngan resepi2nya.. mori dari awal lagi dah terpikat... Semuga Diana dapat meneruskan walaupun perlahan. Sentiasa menanti post2 terkini dari SBK...
hei bloggesary to you my dear.
salam
walau berusia 2 tahun..tp seriusnya blog diana mcm blog sorg pro...cantik dan berseni semua gambar2 kat sini..
kalau ada cabaran..kritikan tu..anggap ja sbg kritiakn utk membina...
Selamat Ulangtahun utk SBK, dalam usia 2 tahun dan lebih muda dari blog Alam Sari pun, SBK telah muncul sebagai blog yg hebat, tahniah!!
I love ur photography talent....sgt bagus!! All the best for 2013
Salam Diana...
Selamat Ulangtahun yang ke 2 buat Sky Blue's Kitchen, Semoga terus berjaya dan masih sudi berkongsi resepi serta tunjuk ajar & tips food photography yang berguna.
Congrates kak...
semoga trs berjaya dan diberikan kesihatan berpanjangan :))
Salam Diana
Selamat ulang tahun blog
Semoga terus bersemangat utk berblog dgn idea-idea yg lebih kreatif
tahniah!
selamat ulangtahun ke-2!
faa akan terus menyokong blog ni!
assalam....tahniah dan happy aniversary...i like ur blog very much sis diana it seems too soft n attractive...keep blogging n wish u all the best in life....
TERUSKANNN SBK. GO..GO..GO..
Selamat ulangthun SBK semoga terus sukses!
Happy 2nd Birthday Sky Blue's Kitchen. All the best all the way..
Saya baru saja follow untuk mencuba resipi dari kak diana.. agak sedih jugak bila mana k.diana nk stop blogging hari tu.. sekarang dh rasa happy!! Welcome back dear sis!
Post a Comment