Saturday, March 11, 2017

~ Chicken Bread Boat Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:30 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Asyik tertangguh sahaja nak kongsikan resipi Chicken Bread Boat ini. Hari ini luangkan sedikit masa untuk buat entri ni di sini. Kadang-kadang bila nafsu makan menguasai diri, pelbagai macam roti dibeli. Tapi kesudahannya tiada siapa yang makan pun roti tu. Daripada dibuang begitu sahaja lebih dimasak semula roti tu kan.

Bila kita google sahaja resipi bread boat, banyak versi yang ada. Jadi apa kata kita buat ikut bahan yang ada di dapur kita mengikut selera keluarga tercinta kita. Jom masuk dapur.


CHICKEN BREAD BOAT

Bahan-Bahan
  • 1 buku Baguette _ potong bahagian atasnya sedikit dan keluarkan isi roti ( buat seperti sebuah perahu /sampan )
  • Prego tomato pasta sauce ( mushroom )
  • Sedikit daun sup _ dihiris
  • Sedikit daun bawang _ dihiris
  • Parutan keju cheddar
  • Parutan keju mozarella
  • Keju parmesan 

Bahan-Bahan Inti
  • 1 bungkus Ayamas daging ayam kisar ( 400 gm )
  • 1 biji bawang besar _ dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1 biji bawang merah _ dicincang halus
  • 1 tbsp mentega
  • 2 1/2 tbsp mayonis
  • 2 tbsp sos salad thousand island
  • Sedikit minyak zaitun 
  • Lada putih kisar
  • Lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging ayam kisar, lada hitam. lada putih, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mayonis dan sos thousand island. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  4. Tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  5. Sapukan di dalam roti dengan sos pasta Prego dan taburkan sedikit parutan keju mozarella.
  6. Diikuti dengan ayam ( bahan inti ), parutan keju mozarella, parutan keju cheddar dan keju parmesan.
  7. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  8. Masukkan di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga keju mencair.
  9. Keluarkan roti dari oven dan taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan daun sup jika suka.
  10. Nikmati ketika ianya masih panas.



0 comments: