Tuesday, March 28, 2017

~ Resipi Mee Udang Goreng...

Sheery Dream Cakes | 11:20 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat pagi dan apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Pagi ni Alhamdulillah.. Sang mentari bersinar di pagi hari. Moga segala urusan dipermudahkan ya. Anak-anak pun sudah mula bersekolah minggu ni selepas seminggu bercuti. Lalu lintas jalan raya pastinya kembali sibuk kan. 

Hari ini masak apa untuk sarapan? Diana masak bihun goreng tetapi entri hari ni mee goreng pula ya. Hehehe.. Gambar mee goreng ini minggu lepas punya sarapan sebenarnya. Maklumlah.. update blog pun agak lamabt buat masa ni. Apa-apa pun jom kita semak resipi mee goreng ni…


MEE UDANG GORENG

Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus Mee Cap Udang ( Mee Laksa/Wide Noodle ) Kilang Mee Ban Soon S/B _ direndam di dalam air hingga mee lembut dan toskan 
  • 70 gm daging ayam kisar Ayamas _ boleh digantikan dengan hirisan daging ayam
  • 2 batang sosej _ dipotong menyerong
  • 1 biji bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas, bersihkan, toskan dan ditumbuk kasar
  • 3 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tsp karamel pekat klasik Loon Kee
  • Daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Serbuk cili atau cili padi yang ditumbuk
  • Cili merah _ dihiris
  • Daun bawang _ dihiris
  • Garam 
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah serta bawang putih. Tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan cili padi atau serbuk cili. Gaul dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan gula dan tumis seketika.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan sosej. Gaul dan setelah ayam masak, bolehlah dimasukkan sos cili, sos tiram , garam dan karamel pekat. Gaul rata.
  5. Masukkan mee dan sedikit air. Gaul sentiasa sehingga kering. 
  6. Akhir sekali masukkan daun kucai serta hirisan cili merah dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  8. Angkat dan hidang.








0 comments: