Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kita sebagai ibu sememangnya kadang-kadang tu pening juga memikirkan apa hendak dimasak untuk sarapan pagi. Sarapan yang biasa Diana sediakan untuk keluarga Diana seperti bihun goreng, mee goreng, mee basah, nasi goreng dan sandwich.
Bercerita tentang sandwich ni, memang pelbagai resipi yang ada. Hari ni Diana buat Sandwich Nugget Ikan ni untuk sarapan kami sekeluarga. Mana lah tau ada yang sedang mencari idea untuk masak sarapan apa untuk esok. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.
SANDWICH NUGGET IKAN
Untuk 6 orang
Bahan-Bahan
Cara-Cara
- 3 keping roti panjang ( roti hotdog ) _ dipotong dua dan dibelah
- 12 ketul nugget ikan _ digoreng
- 6 biji telur
- 6 keping keju cheddar
- Lettuce _ dihiris
- Sedikit sos cili
- Sedikit mentega atau minyak zaitun
- Sebiji lemon _ dipotong kecil
Bahan-Bahan Sos ( dicampur dan gaul rata )
- 4 tbsp mayonis
- 1 1/2 tbsp sos salad thousand island
- 1 tsp sos cili
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan masak sehingga separuh masak. Ambil sekeping keju cheddar dan letakkan di atas telur mata. Biar hingga keju mencair sedikit. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan cairkan mentega atau panaskan sedikit minyak zaitun. Telengkupkan roti di atas kuali seketika. Angkat dan ketepikan. Ulang proses ini untuk semua roti.
- Ambil sekeping roti dan sapukan dengan sedikit sos.
- Letakkan telur mata dan keju tadi di atasnya. Diikuti dengan hirisan lettuce, 2 ketul nugget ikan dan sos cili.
- Kemudian perahkan jus lemon sedikit di atasnya ( skip jika tidak suka jus lemon ).
- Akhir sekali lapiskan dengan roti yang telah disapukan dengan sedikit sos.
- Hidang.
0 comments:
Post a Comment