Sunday, July 3, 2011

~ Custard Tea Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 3:57 PM | | 32 Comments so far

Assalamualaikum dan salam Sayang semua... 

Hari ni Diana tak pergi ke mana².. Walaupun niat di hati sebelum ni nak ikut mama dan rombongan pengantin anak cousin ke Menumbok, Sabah... Disebabkan badan kurang sihat hari ni.. Terpaksa ler dibatalkan... Di rumah ler buat Custard Tea Cupcakes ni... Cupcakes? Heeheee.. Ampun kepada yang empunya resipi... Izinkan Diana olah sedikit yer.. Kalau dibuat cupcakes sememangnya anak² Diana suka tengok...


Kek ni sememangnya dah ramai dah buat... Antaranya.. IkaCMGAkak NorMasIzahAkak ZaiAkak AnimLove2CookNiezaSueAkak DayangTun, ZaliedanaNoorshaRabiatunMama Hawa, ItaZiey dan mungkin ada nama² yang Diana tertinggal lagi kan.. Maaf tau.. Memang ramai dah buat kek ni kan kan kan.. Cuma Diana jer yang baru buat hari ni.. Agak ketinggalan ler yer.. Orang lain dah buat berulang kali dah... Diana baru pertama kali membuat kek ni...  Kek ni sememangnya sedap seperti yang dikhabarkan. Suka sangat dengan kek ni... Cuma Diana cairkan menteganya tu dan bubuh terakhir sekali.. Ni ler hasilnya... Asalnya dari Custard Tea Cake... Bertukar pula kepada Custard Tea Cupcakes... Ampun sekali lagi...

 ::  Untuk adunan kastard tu Diana ikut Akak Nor buat 1 1/2 adunan  ::


:: Sumber ~ Akak Ida @ 1001 resepi ( TQ )
:: Salin dari Dapur ~ Ika @ Arah ( TQ )
:: Olahan di dalam tulisan merah


CUSTARD TEA CUPCAKES


Bahan-Bahan 
  • 125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ dicairkan )
  • 1/3 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1/2 tsp pewarna perang ( Diana tambah )

Bahan-Bahan Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu
  • 15g butter
  • 2 sudu teh vanilla

Cara-Cara Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.

Cara-Cara Untuk Kek
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
  2. Guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat... 
  3. Letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180°C.
  4. Keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

:: NOTE ~
Diana buat versi Cawan Kertas dan cara-caranya seperti di bawah 


Cara-Cara Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C. 
Note: Doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, July 2, 2011

~ Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 3:26 PM | 24 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Petang ni Diana nak kongsikan resipi Ikan Tempra Nyonya. Jika anda memiliki buku-buku masakan Nyonya, salah satu resipi yang mungkin anda akan jumpa resipi Ikan Tempra. Pelbagai versi yang Diana pernah jumpa. Jadi Diana olah resipi Ikan Tempra tu mengikut bahan dan selera orang di rumah ni. Jom tengok resipi menu yang dah lama licin ni. 

::  Bawang merah dan bawang putih goreng  ::

::  Bahan yang perlu ditumis  ::


IKAN TEMPRA NYONYA

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam _ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bahagian bawang merah goreng dan 1/2 bahagian bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 bahagian lagi bawang merah goreng dan 1/2  bahagian bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Sup Ayam Cendawan...

Sheery Dream Cakes | 8:49 AM | 14 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ni pun salah satu menu kami semalam... Sup ayam ni lah yang menjadi menu utama Diana ketika di dalam pantang. Bayangkan lah sehari pun tak boleh tak makan sup ayam ni... Makan bersama halia juga tau.. Tak makan? Tak boleh tak makan, nanti ditegur oleh hubby... Lagi pun tu pesan MIL, kena makan ayam bersama halia sekali. Masakan ni Mother In Law yang ajarkan. Setiap kali lepas bersalin pasti MIL ingatkan wajib makan Sup Ayam Cendawan ni... Nasib baik menepeti selera ni.. kalau tak.. mau tak jemu nak menelannya kan... Hehehe... Baiklah, mari tengok apakah bahan yang diperlukan...

::  Cendawan mesti ada  ::

::  Halia ditumbuk kasar bersama kulitnya  ::

::  Bawang merah dan bawang putih dicincang halus  ::


SUP AYAM CENDAWAN

Bahan-Bahan

  • 1 kg ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 10 keping cendawan kering _ direndam ( nak potong 2, 4 atau hiris seperti gambar di atas tu pun boleh )
  • 3 inci halia muda _ ditumbuk kasar bersama kulitnya
  • 8 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 tbsp minyak bijan
  • 1000 ml air
  • Sedikit minyak zaitun atau minyak masakan lain
  • Sedikit qi zi/qoji berries dan Red dates kering tanpa biji _  kali ni tak bubuh 

Bahan-Bahan A
  • 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tbsp kicap pekat Yot Brand
  • 1 tbsp minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak dan 2 tbsp minyak bijan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan cendawan, red dates, qi zi/goji berries  dan air.  Gaul dan renih selama 20 minit d atas api kecil.
  4. Tambahkan bahan-bahan A dan renih lagi sehingga ayam empuk.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  6. Makan ketika ianya masih panas dengan nasi putih.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, July 1, 2011

~ Resipi Daging Kandar...

Sheery Dream Cakes | 9:58 AM | 24 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua… 

Pagi ni Diana nak sajikan dengan lauk semalam ... Daging Kandar ni memang sedaaaap... Semua ahli keluarga Diana memang suka makan...



Dah ramai dah yang sudah mencuba resipi nie kan... Pernah tengok kat dapur IzahMasHanaAkak YatieAkak MadihaaAkak NorSue dan ramai lagi kan... Diana baru semalam dapat mencuba... Rugi juga lewat mencuba sebab sedaaaap sesangat resipi ni... Memang terbaik... Selain dimakan bersama nasi putih, ianya sedap juga dimakan bersama roti.. Jom tengok resipinya.. Izinkan Diana pula kongsikan resipi yang sedap ni ya... Terima kasih.. 

::  Semalam blackout.. Jadi Diana tumbuk jer  ::



:: Resipi asal oleh ~ Akak Asma @ My Resipi ( TQ )
:: C&P dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

:: Ingin tengok cara menyediakan daging kandar ini boleh tengok di channel youtube Melley Mey


DAGING KANDAR
Untuk 6 orang


Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging 
  • 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
  • 1 inci halia ( tumbuk / blend ) 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato    
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 pkt kecil serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) 
  • 1 labu bawang besar ( dimayang ) 
  • 1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang  
  • Sedikit daun kari  
  • Garam
  • Perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan )
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>