Assalamualaikum dan Salam Sejehtera...
Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi Daging Kandar.. Terima kasih kepada Akak Asma kerana berkongsi resipi Daging Kandar yang sangat sedap... Daging kandar merupakan menu kegemaran kami sekeluarga.. Apatah lagi digabungkan dengan Nasi Lobak Merah.. Memang sedap.. Cuma kali ini Diana tukarkannya kepada ayam. Sekali lagi izinkan Diana kongsikannya di sini dan tukarkan daging kepada ayam ya.. Terima kasih..
Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi Daging Kandar.. Terima kasih kepada Akak Asma kerana berkongsi resipi Daging Kandar yang sangat sedap... Daging kandar merupakan menu kegemaran kami sekeluarga.. Apatah lagi digabungkan dengan Nasi Lobak Merah.. Memang sedap.. Cuma kali ini Diana tukarkannya kepada ayam. Sekali lagi izinkan Diana kongsikannya di sini dan tukarkan daging kepada ayam ya.. Terima kasih..
:: Resipi asal oleh ~ Akak Asma @ My Resipi ( TQ ) _ Daging Kandar
Bahan-Bahan ( 6 orang )
- 1/2 kg daging _ Diana gantikan dengan ayam ( buangkan kulitnya dan dipotong kecil )
- 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend )
- 1 inci halia ( tumbuk / blend )
- 2 sudu besar kicap pekat maggi
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 2 pkt serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) _ Diana bubuh 2 bungkus kecil
- 1 labu bawang besar ( dimayang )
- 1 ulas bawang putih ( dimayang )
- Kulit kayu manis dan bunga lawang
- Sedikit daun kari
- Garam
- Perasa
Cara-Cara
- Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan ). Jika menggunakan ayam, tidak perlu direbus.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati.
- Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging ( masukkan ayam dan sedikit air ).
- Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
- Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
- Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.
Diana memasak Ayam Kandar ini menggunakan kaedah : Amway Thermal Cooker.
Cara-Cara
- Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik aromanya.
- Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati ( Diana tumis hingga pecah minyak ).
- Bila dah sebati kuah masukkan ayam dan sedikit air. Masak selama 5 minit.
- Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Gaul dan sesuaikan rasa.
- Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya ).
- Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ).
- Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
- Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
- Kacau dan sedia untuk dihidang.
9 comments:
aduh kak di...tayang ayam petang2 ni buat saya lapar la pulak...
sedapnya lauk.....:-)
makan smpi jilat jari nih....
salam dik manis. lama tak singgah sini. Harap sihat.
mmm.. sedapnya nampak lauk tu. Nelan air lio ni.
Fuhh!! menusuk2 lubang hidung bau rempah kandar Diana tu... terlior nyaaaa
mkn dgn nasi sedap,dgn roti sedap jugak,dgn roti jala pun sedap...dgn pulut kuning sedap..semuanya sedappp...
Salam Diana,
wah lama juga akak tak buat lauk ni.anak anak akak suka sangat.memang betul lauk ni gandingakan dengan apaer saja mmg mantop.
terimakasih sebab sudi mencuba menu resipi akak nih..
Salam Diana...
Nampak sedap sangat ayam kandar tu....
aduhai....lapar perut akak....
terus feeling macam kat mamak
Post a Comment