Showing posts with label Amway Thermal Cooker. Show all posts
Showing posts with label Amway Thermal Cooker. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

~ Ayam Kandar...

Sheery Dream Cakes | 6:57 PM | | 9 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi Daging Kandar.. Terima kasih kepada Akak Asma kerana berkongsi resipi Daging Kandar yang sangat sedap... Daging kandar merupakan menu kegemaran kami sekeluarga.. Apatah lagi digabungkan dengan Nasi Lobak Merah.. Memang sedap.. Cuma kali ini Diana tukarkannya kepada ayam.  Sekali lagi izinkan Diana kongsikannya di sini dan tukarkan daging kepada ayam ya.. Terima kasih..  


:: Resipi asal oleh ~  Akak Asma @ My Resipi  ( TQ ) _ Daging Kandar 

Bahan-Bahan ( 6 orang )
  • 1/2 kg daging _ Diana gantikan dengan ayam ( buangkan kulitnya dan dipotong kecil )
  • 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
  • 1 inci halia ( tumbuk / blend ) 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato    
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 pkt serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) _ Diana bubuh 2 bungkus kecil
  • 1 labu bawang besar ( dimayang ) 
  • 1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang  
  • Sedikit daun kari  
  • Garam
  • Perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan ). Jika menggunakan ayam, tidak perlu direbus.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging ( masukkan ayam dan sedikit air ).
  6. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.


Diana memasak Ayam Kandar ini menggunakan kaedah : Amway Thermal Cooker.

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  3. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati ( Diana tumis hingga pecah minyak ).
  4. Bila dah sebati kuah masukkan ayam dan sedikit air. Masak selama 5 minit.
  5. Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Gaul dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya ).
  7. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  8. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  9. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  10. Kacau dan sedia untuk dihidang.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, December 15, 2011

~ Braised Chicken...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Beberapa hari tak dapat bersiaran.. Bertambah lagi la menu yang tertangguh menanti giliran untuk dikongsikan di sini . Huhuuu... Pagi khamis yang melesukan bagi Diana.. Ermmm... Lebih tepat lagi ianya minggu yang amat melesukan... Buat sebaris ayat.. Lepas tu termenung banyak... Sambung lagi dan termenung semestinya.. Hahhaaaaa.... Bila nak habis eh?  


Ok, tak nak la melayan kelesuan ni berpanjangan.. Nanti 1 entri ni berjam-jam baru siap.. Pagi ni Diana nak kongsikan resipi Braised Chicken yang Diana masak beberapa hari yang lepas... jadi ayam ni dah lama licin ya. ;). Hubby sememangnya suka makan braised chicken bersama halia, Qi Zi dan Red Dates... Diana lagi la suka makan red dates ni... Suka sesangat.. 


Sekarang masa untuk selongkar resipinya.. Diana biasanya akan masak menggunakan Amway Thermel Cooker .. Tapi nak masak di atas dapur biasa pun boleh .. Cuma mungkin ada kelainan sedikit dari segi rasanya tu.. Jika menggunakan Thermel Cooker ni keaslian / kemanisan sesuatu makanan tu tidak akan hilang... Sedap rasanya.. Jom tengok cara penyediaannya...

::  Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker d atas dapur biasa.. Panaskan minyak d dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi.. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ::

 ::  Kacau rata dan tutupkan penutup periuk dalaman.. Renih selama 15 minit di atas api sederhana ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ya )  ::

::  Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup ya ).. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).. Setelah 2 jam baru boleh buka penutupnya tu atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki ::

::  Setelah 2 jam atau lebih boleh la dibuka penutupnya dan gaul rata.. Sedia untuk di hidang  ::

BRAISED CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 1.3 kg ayam _ dipotong kecil
  • 1 tbsp qi zi
  • 25 biji red dates
  • 100 gm halia muda _ dihiris kasar
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Yot
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan ( Jika menggunakan Thermel Cooker bubuh 3 tbsp air sahaja )

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ).
  5. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  6. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  7. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  8. Kacau dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


::  Update ~

Memasak menggunakan kaedah dapur biasa...
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dan renih sehingga ayam empuk di atas api kecil.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>