Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS
Bahan-Bahan
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Hari ni seharian kat dapur... pagi tadi jer dapat jenguk blog ni... Sibuk sikit buat kek kukus .. Cuma dapat 2 biji kek kukus lapis jer untuk hari ni.. Kek Kukus Lapis Masam Manis dan Kek Kukus Lapis Batik Naza... Esok sambung lagi.. :).
Jom semak resipi kek kukus ni...
KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
- 1/2 cawan gula halus _ boleh guna gula kastor
- 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh 194 gm
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tsp baking powder
- Haw Flakes secukupnya
- Pewarna hijau, merah dan kuning
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
- Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi
- Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
- Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
- Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
- Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
- Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau merah. Buat begini sehingga adunan habis.
:: Gambar A :: |
:: Kek Kukus Lapis Masam Manis :: |