Showing posts with label Kuih Muih I Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih I Kudapan. Show all posts

Friday, March 3, 2017

~ Resipi Kuih Bakar Daging...

Sheery Dream Cakes | 4:55 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Baiklah.. Ini merupakan entri terakhir untuk minggu ini. Entri tertangguh juga sebenarnya ni. Waktu Diana mengambil gambar ni, cuaca memang tidak elok. Hujan ribut di sini. Memang sukar untuk dapatkan pencahayaan dari sinar matahari ketika tu. 

Tapi yang seronoknya masa tu, dapat makan kuih bakar daging ni semasa hujan. Hehhehe... Resipi Kuih Bakar Daging dari blog akak Fauziah @ Kak Jee sememangnya sangat sedap. Sedap sesangat. Sudah lama Diana teringin hendak membuatnya. Malangnya Diana tidak dapat mencari acuan kuih bakar ni. Bukan tidak boleh menggunakan acuan lain, tetapi Diana teringin juga membuatnya di dalam acuan ni. Cari sampai ke Kota Kinabalu pun Diana tidak jumpa-jumpa. Akhirnya minggu lepas dapat belinya di Labuan juga. Alhamdulillah.

Terima kasih buat Kak Jee di atas resipi yang sedap ni. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak. Terima kasih.

:: Resipi Oleh ~ Akak Fauziah Samad @ Kak Jee

KUIH BAKAR DAGING

Bahan-Bahan Inti
  • 250 gms daging ( 1/4 kg ) _ dicincang halus
  • 1 1/2 sudu besar rempah daging ( kjee guna baba's )
  • 1 labu bawang besar _ dicincang
  • Sedikit daun sup _ ( Diana tambah )
  • Garam/aji secukup rasa

Bahan-Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
  • 3 cawan air
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Daun bawang
  • Minyak sapi/margerin

Cara-Cara
  1. :: Untuk inti ~ Panaskan kuali dan bubuh 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan rempah dan goreng sampai wangi. 
  3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering. 
  4. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  5. :: Untuk adunan tepung ~ Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ).  Kacau sampai rata. 
  6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  
  7. Bubuh sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa). 
  8. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. 
  9. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan. 
  10. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. 
  11. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C api atas dan bakar guna api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
  12. Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas. 
  13. Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
  14. Hidang bersama sos cili.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 4, 2017

~ Resipi Kuih Serimuka Pandan...

Sheery Dream Cakes | 4:55 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini bersiaran bersama Kuih Serimuka Pandan. Kuih Serimuka Pandan merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia sejak zaman berzaman. Pada zaman dahulu, kuih ini hanya menggunakan daun pandan sebagai pewarna dan perisa. Rasa dan aroma asli pandan membuatkan kuih serimuka pandan ini begitu sedap, unik dan istimewa sekali.

Jika dulu hanya menggunakan daun pandan sebagai pewarna namun selari dengan peredaran zaman, sedikit pewarna telah digunakan di dalam resipi ini tanpa menganggu keaslian resipi kuih serimuka pandan ini. Sedikit pewarna hijau ditambah pada adunan lapisan atas kuih ini untuk memberi warna yang lebih menarik lagi.

Resipi Kuih Serimuka Pandan dari Chef Hanieliza ini sememangnya sedap. Memang berbaloi mencubanya. Alhamdulillah.. Terima kasih Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resipi kuih ini dengan kami di facebook. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak.. Terima kasih.. 


:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza  ( TQ )

KUIH SERIMUKA PANDAN 

Bahan Lapisan Bawah
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair 
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat
  1. Basuh pulut dan rendamkan 1 jam dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi 8×8 inci.
  4. Tekan pulut supaya mmpat dan cantik.
  5. Kukus semula dan tuang adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan jus pandan 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung/kastard
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat
  • Masuk semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuang perlahan atas pulut dalam loyang.
  • Kukus selama 30 minit.
  • Sejukkan beberapa jam dan potong dengan pisau plastik. Hidangkan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, December 25, 2016

~ Keria Gula Melaka...

Sheery Dream Cakes | 3:25 PM | | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya tidak bersiaran di sini.. Diana harap anda semua sihat sejahtera hendaknya selalu… Hari ni Diana ingin belanja anda semua dengan gambar keria gula melaka. Resipinya? Hehehhe.. Tiada resipi untuk dikongsi bersama sebenarnya.. Diana beli kuih ni dari Facebook :: Kenanga Putih .. Kuih ni sememangnya sedap.. Bila dah makan sebiji tu pasti hendak makan sebiji lagi dan lagii… Sedap sesangat!!!

Sesiapa yang ingin merasa kuih keria gula melaka ni boleh lah hubungi Kenanga Putih ya.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 6, 2015

~ Resipi Lepat Pisang...

Sheery Dream Cakes | 9:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bertemu kembali di hari Jumaat penghulu segala hari.. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.. Syukur di atas segala nikmatNya.. 

Alhamdulillah.. Kelmarin sempat juga merasa kuih Lepat Pisang air tangan sendiri.. Sebenarnya Diana memang suka makan kuih ni.. Cuma Diana ni kurang mahir dalam bab membuat kuih tradisional.. Teringin sangat hendak makan kuih Lepat Pisang.. Tu yang mencuba sendiri membuatnya.. Google resipi kuih ni.. Memang banyak versi yang ada.. kali ini Diana mencuba resipi  Chef Hanieliza.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih..


:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza @ Hanieliza Cooking  ( TQ )

LEPAT PISANG
  
Bahan-Bahan 

  • 2 cawan pisang emas / berangan /montel lecek 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 s/b tepung susu _ ( Diana gantikan dengan santan dalam kotak secukupnya )
  • 2 s/b gula 
  • Garam 
  • Daun pisang _ ( layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci )

Cara-Cara

  1. Gaulkan semua bahan supaya sebati. 
  2. Letakkan dalam sesudu di atas daun pisang. Lipatkan. 
  3. Kukuskan selama 15 minit. 
  4. Sejukkan dan hidang.

 

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 12, 2015

~ Resipi Popia Basah...

Sheery Dream Cakes | 7:59 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini kita bersiaran dengan resipi Popia Basah.. Salah satu kuih kegemaran Diana.. Sebelum ini tidak pernah membuat popia basah ini sendiri.. Hanya beli jika teringin hendak menikmatinya.

Semalam mencuba juga buat sendiri popia basah ini.. Terima kasih buat buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih.



:: Resipi Oleh ~  Umie@MyResipi  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )


POPIA BASAH


Bahan-Bahan Untuk Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telur 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam


Cara-Cara
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan. 
  • Gaulkan ( macam buat cokodo ) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam. 
  • Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.  
  • Buat dari arah jam. 
  • Mulakan dari tepi dulu. 
  • Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. 
  • Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  • Boleh disusun berlapis-lapis ia tak melekat.

NOTE ~ Cara-cara untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi .


Bahan untuk inti
  • 1/2 biji kobis - diricik halus _ Diana tukar kepada kacang panjang + sengkuang
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 
  • 1 biji sederhana bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak untuk menumis 

Cara-Cara
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
  • Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
  • Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • Minyak untuk menumis 
  • Garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar - jika suka 

Cara-Cara

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. 


Cara Penyediaan Popia Basah
  1. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal. 
  2. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng .
  3. Lipat macam biasa dan gulung. 
  4. Sedia untuk dimakan
  5. Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
  6. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh.
  7. Ikut selera masing-masing.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, October 18, 2014

~ Indonesian Dessert...

Sheery Dream Cakes | 2:29 PM | | | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Hari ini kita pergi ke Indonesia pula ya... Beberapa hari lepas Diana buat salah satu desserts yang pernah Diana makan di Indonesia suatu ketika dulu... Ianya diperbuat dari tepung pulut, tepung jagung atau tepung ubi kayu.. Disaluti dengan kelapa parut kukus dan di makan bersama sirap gula melaka.. Rasanya seperti kuih onde-onde sebenarnya.. cuma onde-onde berinti gula melaka.. Kuih ini pula dicurahkan sirap gula melaka ketika mengidang… 



Kuih ini diberi nama RICE FLOUR CAKES WITH GRATED COCONUT AND PALM SUGAR SYRUP .. Tetapi Diana buat juga bentuk bulat.. Anda boleh dapatkan resipinya dari buku masakan Indonesian cakes & desserts ya.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 14, 2014

~ Resipi Bingka Roti Kukus Pandan...

Sheery Dream Cakes | 8:52 PM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersiaran dengan Bingka Roti Kukus Pandan yang sangat sedap di tekak kami sekeluarga... Resipi yang sangat mudah dan sedap ini memang sesuai dinikmati pada waktu sarapan atau pun minum petang.. Sedap dinikmati ketika ianya telah sejuk ( pada suhu bilik ) atau pun setelah ianya disejukkan di dalam peti sejuk.. Sedap dimakan sejuk-sejuk tau... 

Terima kasih buat Akak Ummi @ Home Sweet Home kerana mengetengahkan resipi yang sedap dan mudah untuk disediakan ini ya akak... Terima kasih juga buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula...


:: Resipi Asal Oleh ~  Notabilia  ( TQ ) 
:: Sumber  ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home  ( TQ )

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Bahan-bahan
  • 8 - 10 keping roti putih ( akak guna 9 keping roti Gardenia _ tak perlu disiat kecil )
  • 200 ml santan _ ( akak guna santan kotak Kara je )
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula _ ( akak letak 3/4 cawan je gula kastor )
  • 4 biji telur _ ( akak buang tali pusatnya )
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega ). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit ( akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. ( Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe )


Yang Diana buat seperti di bawah ini ya...

Bahan-bahan
  • 9 keping roti Gardenia ( dipotong kecil )
  • 200 ml santan _ ( Diana guna santan kotak Ayam brand )
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • Sedikit perwarna hijau
  • 2 helai daun pandan _ digunting kecil
  • Sedikit biji bijan panggang

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Sudukan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam acuan kecil dan sudukan juga sedikit adunan ke dalam loyang.
  4. Taburkan biji bijan panggang dan letakkan daun pandan yang telah digunting di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 minit atau hingga ianya masak ( balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Keluarkan bingka dari kukusan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 9, 2014

~ Resipi Pau Sambal...

Sheery Dream Cakes | 10:50 AM | 1 Comment so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pau Sambal atau dikenali juga sebagai Burger Malaysia merupakan kuih yang sangat digemari ahli keluarga Diana.. Syaratnya... Ha' ada syarat tu.. hehehhee... Sambalnya kenalah bubuh banyak-banyak... Sedaaap...

Untuk merujuk resipi Pau Sambal ini sekali lagi kita singgah di Dapur Tanpa Sempadan ... Buat Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya Che Mat... Terima kasih... :)


:: Resipi Oleh ~  Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

PAU SAMBAL  

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar gula halus
  • 2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur ( shortening )
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1 1/4 camca teh instant yeast ( mauripan )
  • 120 ml air suam
  • Sambal tumis secukupnya _ ( resipi rujuk di bawah )
  • Hirisan timun secukupnya ( 10 keping )
  • Kepingan keju ( che mat guna cisdale sekeping potong 4 ) _ Diana gantikan dengan burger daging ayam 
  • Sedikit daun salad ( optional )

Cara-Cara
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus ( dari resipi yang sama ). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuahn berbuih2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun, sekeping potongan keju dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.  


:: Resipi Oleh ~  1resepi Kuih  ( TQ )
:: Sumber ~  Aku Bukan Masterchef  ( TQ )

SAMBAL IKAN BILIS  

Bahan-Bahan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan ( bakar )
  • 10 tangkai lada kering ( rebus dan kisar halus )
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 1/2  cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir, jus asam jawa ( Diana bubuh secukup rasa ) dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sedia untuk dinikmati bersama pau goreng atau makanan kegemaran anda.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, July 21, 2014

~ Resipi Kacang Gajus Rugget...

Sheery Dream Cakes | 8:56 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Bersua kembali di entri kali ini.. Resipi asal menggunakan kacang tanah tetapi Diana gantikan dengan kacang gajus. Alhamdulillah sedap.. Jom semak resipinya... 


KACANG RUGGET  


 Bahan-Bahan
  • 500gm kacang tanah _ ( Diana gantikan dengan kacang gajus )
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2 biji cili merah / cili kering
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa 

Cara-Cara
  1. Mula-mula bersihkan kacang , cuci dan toskan airnya hingga kering.
  2. Lepas itu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili . Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.
  4. Gaul semua bahan hingga rata.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna.
  6. Lepas itu kita masukkan kacang tanah yang sudah dicuci dan ditoskan tadi. Gaul rata.
  7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
  8. Kacau senantiasa supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
  9. Bila kacang sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
  10. Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.


** NOTE ~  Pastikan anda menggunakan api sederhana supaya kacang yang digoreng itu masak dengan sempurna. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>