Wednesday, January 21, 2015

~ Resipi Mee Sup Laksa...

Sheery Dream Cakes | 7:19 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bersiaran bersama Mee Sup Laksa.. Sangat enak dinikmati bersama Sambal Kicap.. Semangkuk habis pasti nak tambah lagi.. Terima kasih buat Che Mat Gebu kerana sudi kongsikan resipinya.. 


Untuk resipinya anda boleh rujuk di Dapur Tanpa Sempadan.. Rujuk di SINI  ATAU  di SINI
Untuk sambal kicap pula boleh rujuk di SINI.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 16, 2015

~ Snow Cheese Cupcake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama Snow Cheese Cupcake.. Cupcake yang menjadi kegemaran anak-anak.. Alhamdulillah sedap.. Terima kasih kepada tuan empunya resipi dan kepada yang sudi mengetengahkan resipi ni..

Dulu pernah Diana kongsikannya di sini resipi Snow Cheesecake.. Masih mengekalkan resipi yang sama juga untuk cupcake ini ya.. 



:: Resipi Oleh ~ Sheery mz @ MyR  ( TQ )
:: Sumber & cnp Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur ayam _ ( buang 2 putihnya )
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour ( Diana pun guna self raising flour )
  • 60 gram tepung jagung _ ( maizena )
  • 50 gram air sejuk _ ( dari peti ais )
  • 1 sudu teh baking powder _ tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega _ ( dicairkan )
  • izah tambah esen vanilla _ Diana pun tambah esen vanilla



Untuk Krim
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis _ izah letak sekadar manis pada selera ( Diana buah seperti izah )

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )



Untuk Topping

  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 


 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
  6. ** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
  7. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
  8. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  9. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  10. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  11. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.

:: Note ~
Untuk versi cupcake ini, anda perlu sediakan cawan kertas kek secukupnya dan sudukan 3/4 penuh ke dalamnya. Kemudian bakar di dalam oven sehingga cupcake masak. Lapis atau picitkan krim keju di atas cupcake dan taburkan dengan parutan keju cheddar.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 12, 2015

~ Resipi Popia Basah...

Sheery Dream Cakes | 7:59 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini kita bersiaran dengan resipi Popia Basah.. Salah satu kuih kegemaran Diana.. Sebelum ini tidak pernah membuat popia basah ini sendiri.. Hanya beli jika teringin hendak menikmatinya.

Semalam mencuba juga buat sendiri popia basah ini.. Terima kasih buat buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih.



:: Resipi Oleh ~  Umie@MyResipi  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )


POPIA BASAH


Bahan-Bahan Untuk Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telur 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam


Cara-Cara
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan. 
  • Gaulkan ( macam buat cokodo ) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam. 
  • Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.  
  • Buat dari arah jam. 
  • Mulakan dari tepi dulu. 
  • Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. 
  • Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  • Boleh disusun berlapis-lapis ia tak melekat.

NOTE ~ Cara-cara untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi .


Bahan untuk inti
  • 1/2 biji kobis - diricik halus _ Diana tukar kepada kacang panjang + sengkuang
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 
  • 1 biji sederhana bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak untuk menumis 

Cara-Cara
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
  • Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
  • Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • Minyak untuk menumis 
  • Garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar - jika suka 

Cara-Cara

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. 


Cara Penyediaan Popia Basah
  1. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal. 
  2. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng .
  3. Lipat macam biasa dan gulung. 
  4. Sedia untuk dimakan
  5. Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
  6. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh.
  7. Ikut selera masing-masing.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 7, 2015

~ Sup Daging...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah.. Bertemu kita di pagi yang indah ini… Syukur kepada Allah di atas segala nikmatNya… Hari ini dapat bersiaran dengan Sup Daging… Cuma tiada resipi dikongsi bersama ya… Kita cuci mata sahaja dengan gambar sup daging ni.. 


Sup daging ini sedap dimakan panas-panas.. Resipinya Diana ikut dari Mini Cookbooks " Chef Wan Meat "_ CHEF WAN'S OXTAIL SOUP. Kepada anda yang sudah memiliki buku masakan ni boleh lah mencubanya. Memang sedap!! 










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Onde-Onde Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 7:48 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Onde-Onde Gula Melaka merupakan sejenis kuih tradisional berbentuk bulat yang dibuat dari tepung pulut yang berinti sirap gula melaka dan disaluti dengan parutan kelapa diluarnya. Kini, kuih onde-onde ini telah diolah dari resipi kuih tradisional menjadi resipi kek dan cupcake. Sememangnya apabila kita makan kek onde-onde ini, kita seolah-olah sedang menikmati kuih onde-onde. Persamaan dari segi rasa sememangnya ketara di situ.

Hari ini Diana juga tidak ketinggalan untuk mencuba resipi Onde-Onde Cupcakes. Untuk resipi kek Diana ikut dari blog For The Love of Food dan untuk inti dan frosting pula Diana ikut dari blog Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction. Terima kasih dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya. Terima kasih.


:: Resipi Oleh ~ For The Love of Food  ( TQ )


ONDE-ONDE CUPCAKES
Makes 12 cupcakes

Real Pandan Extract
  • 1 huge bunch of pandan leaves, cut into smaller pieces
  • 1/2 cup water
Method
  1. Blend the pandan leaves and water together in a blender.
  2. Strain the pandan juice through a fine sieve, or a cheesecloth if you prefer.
  3. Squeeze out as much juice as you possibly can.


Pandan Cupcake
  • 1 1/2 cups plain flour
  • 1 1/4 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3/4 cups caster sugar
  • 125g unsalted butter at room temperature
  • 2 tablespoons real pandan extract
  • 2 eggs
  • 1/2 cup milk

Method

  1. Preheat oven to 180 deg.
  2. Sieve flour, baking powder and salt through a fine sieve. Set aside.
  3. Beat butter and sugar together until white and fluffy.
  4. Add in eggs, one at a time.
  5. Add flour mixture, alternating with milk and the pandan extract.
  6. Scrape down the sides of your mixing bowl and beat for another minute or two until the batter is well incorporated.
  7. Divide the batter equally into a muffin tin that has been lined with cupcake liners.
  8. Bake in the oven for 15 to 17 minutes, or until a skewer inserted comes out clean.
  9. Ensure that the cupcakes are cooled down to room temperature before you core and fill them.

Sirap Gula Melaka
:: Resipi Oleh ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 200 gm gula melaka
  • 2 cawan air

Cara-Cara
  1. Masak bahan-bahan di dalam periuk hingga pekat dan springy. 
  2. Masak hingga air gula menjadi dalam 1 cawan. Matikan api dan ketepikan.
:: NOTE ~
Adunan akan cepat mengeras setelah ianya sejuk. Dinasihatkan supaya sentiasa memanaskan sirap gula melaka ini di atas api kecil.


Bahan-Bahan Frosting 
  • 1/2 - 3/4 cawan kelapa parut 
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Whipping cream secukup kegunaan ( pukul whipping cream hingga kembang )

Cara-Cara
  1. Kukus kelapa parut, daun pandan dan garam. Ketepikan. ( Sekiranya kelapa parut di atas tidak habis digunakan, bolehlah disimpan di dalam freezer dan boleh dibuat untuk kegunaan lain seperti buat kuih tradisional ).
  2. Korek lubang ditengah cupcake dan keluarkan baki isi cupcake tadi.
  3. Masukkan sirap gula melaka ke dalam lubang dengan menggunakan sudu kecil.
  4. Kemudian paipkan krim dan drizzle sirap gula melaka di atasnya. 
  5. Taburkan sedikit kelapa parut di atasnya.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>