Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pagi ni hanya buat sarapan ringkas saja... Ermmm.. Dah lama dah tak masukkan entri sarapan macam ni kan... Bukannya tak buat cuma tak sempat nak update.. Hmmm.. Sebenarnya ambil gambar pun tak sempat.. :D. Macam mana la nak update kan.. Sarapan macam ni memang kegemaran anak-anak sejak dulu hingga la sekarang.. Ianya amat mudah disediakan namun sedap dimakan... Bukan saja anak-anak yang suka makan.. Diana sendiri pun suka.. ;). Apa kata kita tengok cara Diana buat sarapan kali ni…
ROTI BAKAR TELUR & SOSEJ
Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej
Bahan-Bahan
- 4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
- 4 biji telur mata lembu
- 1 batang sosej
- 1 biji tomato _ dihiris nipis
- Mayonis secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Keju cheddar parut secukupnya
Bahan-Bahan Perap
- 1/2 tbsp sos tiram
- 1 tsp gula
Cara-Cara
- Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ). Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan.
- Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
- Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
- Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
- Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
- Bakar di dalam oven sekejap.
- Hidang.