Friday, May 13, 2016

~ Blackpool Pleasure Cake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 3:36 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang mulia...

Bertemu kembali di entri hari ini.. Sebenarnya gambar-gambar kek ini merupakan entri pada tahun lepas di blog ini.. Tetapi resipinya Diana belum pernah kongsikannya di sini.. hari ini Diana kongsikan resipinya untuk rujukan ya..

The Fabulous Baker Brothers, sememangnya rancangan kegemaran Diana.. Jika ada resipi yang berkenan di hati pasti Diana akan rakam rancangannya.. Inilah salah satu resipi milik mereka yang pernah Diana cuba.. Resipi milik The Fabulous Baker Brothers ini memang menepati selera kami sekeluarga... Entah berapa kali sudah Diana membuat kek ini.. Ada sahaja permintaan ahli keluarga untuk kek ini.. Cuma untuk aisingnya tu memang agak manis di tekak kami.. Jadi, pandai-pandailah kurangkan gulanya mengikut citarasa masing-masing ya.. Diana kurangkan sukatan gula untuk aisingnya dan deko mengikut citarasa keluarga...


Blackpool Pleasure Cake  

Apa yang Diana tulis di bawah mengikut terjemahan Diana sendiri dan apa yang Diana telah buat ya... Jika ingin menyaksikan sendiri cara mereka membuat kek ini, bolehlah klik link di bawah  :)

:: Resipi Oleh ~ The Fabulous Baker Brothers  ( TQ ) 

Bahan-Bahan
  • 225 gm mentega pada suhu bilik
  • 300 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 350 gm tepung naik sendiri
  • 300 ml susu segar

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. 
  2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan taburkan dengan sedikit tepung gandum. Ketepikan.
  3. Campurkan mentega dan gula. Pukul hingga kembang.
  4. Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan satu persatu ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung naik sendiri dan pukul perlahan hingga adunan sebati.
  6. Akhir sekali masukkan susu segar dan pukul hingga rata.
  7. Ambil 1/4 adunan dan warnakan dengan pewarna merah jambu atau warna kegemaran.
  8. Kaup balik adunan untuk mendapatkan marble effect dan masukkan adunan ke loyang.
  9. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak ( bergantung kepada suhu oven masing-masing ).

** NOTE ~
Untuk aisingnya tu pandai-pandailah kurangkan gulanya mengikut citarasa masing-masing ya.. Diana kurangkan sukatan gula untuk aisingnya dan deko mengikut citarasa keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Aising
  • 550 gm gula aising _ ( Diana kurangkan sukatannya ) 
  • 100 gm gula perang muda
  • 250 gm mentega pada suhu bilik
  • Esen vanilla / vanilla extract
  • 1 - 3 sudu besar air panas ( + /-  bergantung kepada citarasa masing-masing )
  • Gula-gula / candy pilihan yang dihancurkan _ ( Diana tidak bubuh ) 

Cara-Cara
  1. Masukkan gula aising, gula perang, mentega dan esen vanilla ke dalam mixer. 
  2. Putar sehingga rata dan kembang.
  3. Tambahkan air panas dan putar lagi.
  4. Sedia untuk digunakan.

Cara Melapis Kek
  1. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
  2. Sapukan aising di atas sekeping kek dan lapiskan dengan sekeping lagi kek di atasnya. Jika anda menggunakan candy, bolehlah ditabur diatas aising tersebut sebelum melapis dengan sekeping kek.
  3. Buat begini sehingga kek dan aising habis digunakan.
  4. Hias mengikut kreativiti sendiri.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, May 12, 2016

~ Resipi Ayam Mentega Basah...

Sheery Dream Cakes | 9:02 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga anda semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan sihat-sihat hendaknya selalu... Pejam celik.. Pejam celik.. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei 2016.. Tidak lama lagi seluruh umat islam akan bertemu bulan Ramadhan yang dirindui.. Bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya.. Semoga kita dapat bertemu lagi bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini.. In Shaa Allah..


Hari ini Diana kongsikan resipi Ayam Mentega Basah yang Diana olah dari resipi Udang Mentega Basah.. Hari tu Diana masak udang menggunakan resipi ini.. Memang sedap sangat dan pagi tadi tekak ini teringin hendak makan ayam mentega.. Teringat pada resipi udang mentega basah ni.. Tu yang cuba menggunakan ayam pula tu.. Alhamdulillah sedap...

Terima kasih kepada Sabariah Muda atas resipi yang sedap ini ya.. Izinkan akak kongsikannya di sini pula...


AYAM MENTEGA BASAH  olahan oleh SheeryDreamCakes

Bahan-Bahan A 
  • 750 gm ayam yang dibuang kulit dan tulangnya _ dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika suka
  • 1 biji telur 

Bahan-Bahan B ( dicampur rata )
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Classic
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Hot & Spicy

Bahan-Bahan C
  • 5 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • 3 tangkai cili padi _ dipotong-potong
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 - 1 1/3 tin susu cair ( mengikut selera masing-masing )
  • Sedikit perencah pati ayam Tumix
  • Garam
  • Sedikit gula jika perlu

Cara-Cara 
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 10 minit.
  2. Kemudian saluti ayam dengan campuran tepung ( bahan-bahan B ) dan goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali / periuk yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga naik aromanya dan bawang kekuningan.
  5. Masukkan serbuk kari, susu cair dan perencah pati ayam. Gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambahkan garam dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masak sehingga kuahnya pekat.
  7. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas.


:: Resipi Asal Oleh ~ Sabariah Muda  ( TQ )

UDANG MENTEGA BASAH


Bahan-Bahan
  • Udang segar 
  • Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  • Bawang besar holland (potong dadu)
  • Cili api ~ dalam 3 biji gitu
  • Daun kari
  • 1 sudu kecik serbuk kari 
  • 3/4 tin susu cair
  • Sedikit maggi cukup rasa / kiub ayam
  • Tepung jagung 
  • Butter dalam 3 sudu besar

Cara-Cara

  1. Mula-mula gaul udang dengan sedikit garam dan tepung jagung....goreng hingga garing ----> gune tepung kfc pon sodapp jgk. 
  2. Panaskan butter, bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi..goreng sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari ...susu cair kemudian perasakan dengan kiub ayam / maggi cukup rasa.
  4. Nak kuah pekat boleh tambah sedikit tepung jagung....saba masak smpi pekat aje...x tambah tpg jagung.
  5. Siap!!!!
  6. Nak sedap....lps goreng udang tu ketepikan...bile nak makan baru tuangkan kuah tu kat atas udang baru laa rase kruk krak kruk krak rangup udang tu....ok...selamat mencuba.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Ikan Masak Hijau...

Sheery Dream Cakes | 8:18 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Diberi kesempatan lagi bersiaran untuk kali ini.. Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi yang pernah dikongsikan di sini suatu ketika dulu... Jika hendak tengok entri yang lepas, bolehlah klik DI SINI ya..

Resipi asal menggunakan ikan pari dan menggunakan cili hijau dalam resipinya ini. Tetapi untuk kali ini, Diana tukarkannya kepada cili merah.. Sebab itulah langsung tak nampak macam ikan masak hijau ya... Baiklah, Apa kata kita semak resipinya sekali lagi...


:: Resipi Asal ~ Ikan Pari Masak Hijau 

IKAN MASAK HIJAU


Bahan-Bahan
  • 2 - 3 ekor anak ikan pari ( Diana gantikan dengan jenis ikan yang lain ) _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 3 - 4 batang daun kari
  • 3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )
  • 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga

Cara-Cara
  1. Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
  5. Masukkan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata. 
  6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. 
  7. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. 
  8. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>