Saturday, December 8, 2012

~ Bubur Durian Dengan Nasi...

Sheery Dream Cakes | 3:03 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Selamat berhujung minggu kepada anda semua... Pasti ada yang merancang bersiar² bersama keluarga kan.. Pasti seronok ya.. Baiklah entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Bubur Durian Dengan Nasi... Kalau sebelah sini, memang dah menjadi kebiasaan campur bubur durian atau jagung dengan nasi.. Memang sedap.. Tapi lain orang lain citarasanya kan... ;)

Resipinya senang sahaja... Pasti ramai yang sudah tahu memasak bubur durian kan.. Tapi Diana kongsikan juga di SBK untuk rujukan di masa akan datang.. Jom semak resipinya..



BUBUR DURIAN DENGAN NASI


Bahan-Bahan 
  • 16 ulas isi durian _ ( Jangan asingkan isi dari bijinya )
  • 500 ml santan pekat _ ( Diana guna santan segera dalam kotak Ayam Brand ) 
  • 2 3/4 cawan air
  • 2 tsp garam
  • Gula pasir secukup rasa
  • Daun pandan jika suka _ Dicarik dan disimpul ( Diana tidak bubuh )

Bahan-Bahan A
  • 1/2 cawan beras wangi _ ( Cuci dan toskan )
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Masukkan beras ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga beras kembang dan pecah ( seperti memasak bubur nasi ).
  2. Kemudian masukkan 2 3/4 cawan air, daun pandan, isi durian, santan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul hingga gula larut dan biarkan ianya mendidih.
  4. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  5. Boleh dihidang ketika ianya masih panas atau disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. 
  6. Boleh juga disimpan di dalam tempat beku. Biarkan ianya separuh beku kemudian barulah dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, December 6, 2012

~ Ayam Panggang...

Sheery Dream Cakes | 11:15 AM | | 16 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Ok lah tiada cerita yang hendak dikongsi hari ini... Hanya hendak kongsikan resipi Ayam Panggang ini sahaja... Apa kata terus sahaja kita bercerita tentang resipi hari ini ya.. :)


Diana panggang ayam ini menggunakan Happy Grill Pan dari Amway.. Seperti biasa.. Sekali lagi pastinya Happy Grill Pan ini merupakan pemberian dari Father In Law.. Terima kasih Father In Law.. Kesemua barangan Amway yang ada di rumah Diana semuanya pemberian Father In Law.. Hehhee... Sayang Father In Law..^___^



AYAM PANGGANG

Bahan-Bahan 
  • 4 keping paha ayam _ ( dicucuk dengan garfu atau dikelar sedikit )

Bahan-Bahan Kisar Halus
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 bulb bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 7 biji cili padi _ ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Sedikit gula melaka 

Bahan-Bahan A
  • 1 tbsp madu
  • 1 1/2 tbsp serbuk kari ayam dan daging Baba's
  • 1/2 tbsp serbuk cili
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • 1 tsp serbuk rempah 5
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu
  • Sedikit minyak zaitun jika suka

Cara-Cara
  1. Ayam digaul bersama bahan yang dikisar halus dan bahan-bahan A. Saluti seluruh ayam dan sumbatkan juga bahan perapan di bawah kulit ayam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih elok diperap semalaman.
  3. Panggang ayam menggunakan Grill Pan hingga masak.
  4. Angkat dan potong kecil-kecil sebelum dihidang.
  5. Sementara itu jangan buang lebihan bahan perapan tadi. Tumis bahan perapan tadi hingga pecah minyak dan sedikit garing. 
  6. Hidang bersama ayam panggang, sos kicap dan nasi putih panas.

~ Sos Kicap...

Bahan-Bahan Sos
  • Sos cili thai kimball
  • Jus limau kasturi
  • Kicap pekat manis Cap Ayam
  • Cili merah _ dicincang
  • Daun sup _ dicincang

Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos dan gaul hingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidang bersama ayam panggang.


::  Jika tidak ada Grill Pan, boleh juga bakar ayam ini di dalam oven  ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, December 5, 2012

~ Kek Durian...

Sheery Dream Cakes | 8:24 AM | 23 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Kelmarin pagi sempat juga buat Kek Durian.. Kek Durian ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.. Bubuh isi durian banyak-banyak.. Sedapnya tu...Hehehhee.. Untuk isi duriannya pula Diana guna durian yang isinya berwarna putih.. Yang itu terpulanglah kepada selera masing-masing ya..


    KEK DURIAN

    Bahan-Bahan
    • 3 keping kek span
    • 250 gm fresh cream Non-Dairy Whipping Cream / Krim Putar Bukan Tenusu ) _ dipukul hingga kembang dan gebu 
    • 600 gm isi durian yang telah diasingkan dari bijinya_ ( dikisar menggunakan food processor )

    Cara-Cara
    1. Satukan fresh cream dan isi durian dan gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
    2. Ambil sekeping kek span dan sapu di atasnya dengan krim durian dan ratakan.
    3. Kemudian lapis lagi di atasnya dengan sekeping kek span.
    4. Buat langkah No. 2 hingga kesemua kek habis digunakan.
    5. Setelah itu sapukan nipis krim durian di sekeliling kek.
    6. Akhir sekali sapukan di sekeliling kek dengan fresh cream. Hias mengikut citarasa masing-masing.





    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Monday, December 3, 2012

    ~ Apam Balik Rangup...

    Sheery Dream Cakes | 8:58 PM | 10 Comments so far

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

    Malam ini Diana nak kongsikan resipi Apam Balik Rangup yang Diana buat petang tadi... Alhamdulillah menjadi walaupun tak secantik mana pun Apam Balik yang Diana buat ini... Hehehee.. Mulanya risau juga sebab inilah pertama kalinya Diana buat Apam Balik.. Biasanya kalau nak makan pergi beli sahaja... Nasib baik menjadikan... ;). Cuma terlebih tebal pula Apam Balik yang Diana buat tu.. Tapi tidak apa lah kan.. Lain kali cuba lagi buat nipis-nipis...

    Resipinya Diana ambil dari dapur Mamasya.. Terima kasih buat Mamasya dan tuan punya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih...

    :: Sumber Dari ~ Mamasya @ Dapur Mamasya  ( TQ )


    APAM BALIK RANGUP

    Ingredients
    • 170 gm all purpose flour 
    • 100 gm rice flour 
    • 30 gm cornstarch 
    • 2 tsp double action baking powder
    • 1/2 tsp baking soda 
    • 1/2 tsp salt 
    • 2 large eggs 
    • 1 tsp vanilla essence 
    • 6 - 7 ozs water 
    • 150 gm fine granulated sugar 


    Filling
    • 120 g melted butter- letak sikit setiap keping, tak letak pun tak apa 
    • 150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sebab adunan dah manis 
    • 1 cup chopped roasted peanuts 


    Diana pula bubuh mentega, gula, biji gajus panggang cincang, kacang pistachio cincang dan  sweet corn cream style.

    Method
    1. Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours (  I left it overnight ).
    2. Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly ( just hot enough for batter to stick to pan ).
    3. Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake. 
    4. Cook till the bottom of pancake is golden brown. 
    5. Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts. 
    6. Fold the pancake into a half and leave to cool ( it will be crispy as soon as it gets cold ). 


    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Saturday, December 1, 2012

    ~ Biskut Makmur...

    Sheery Dream Cakes | 10:34 PM | 4 Comments so far
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

    Wah!! Apa kes malam-malam pula tayang Biskut Makmur eh? Heeheee... Sebenarnya teringin sangat nak makan kuih makmur.. Itu yang buat tu.. Raya hari tu memang tak buat cookies sebab kesihatan Diana yang tak mengizinkan.. Beli semua cookies untuk raya tahun ini.. Jadi ini kiranya keinginan yang terpendam telah sekian lama lah ya.. Huhuuu... Baru berkesempatan buat kuih makmur.. Alhamdulillah diberi kesempatan juga buat kan.. 


    Ok lah.. Tak nak banyak celoteh malam-malam begini.. Terus sahaja kita tengok resipi Biskut Makmur  dari SBK ya.. Oh ya.. Untuk kacangnya Diana guna walnuts.. Jadi boleh tukar kepada kacang tanah atau gajus ya.. Terpulang kepada citarasa masing-masing... Jom semak resipinya..



    BISKUT MAKMUR 


    Bahan-Bahan
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan mentega ( anggaran )
    • 3 tbsp minyak sapi
    • 3/4 cawan walnuts panggang
    • Gula aising secukupnya

    Cara-Cara
    1. Goreng tepung gandum tanpa minyak di atas api sederhana sehingga sedikit kekuningan. Sentiasa menggaul bagi mengelakkan tepung hangus.
    2. Angkat dan masukkan tepung ke dalam food processor bersama walnuts panggang. Kisar hingga walnuts hancur.
    3. Kemudian campurkan minyak sapi dan mentega ( bubuh mentega sedikit demi sedikit ) ke dalam adunan tepung dan walnuts tadi.
    4. Ramas dengan menggunakan tangan dan uli sehingga adunan dapat dibentukan.
    5. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga adunan habis.
    6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga ianya masak ( bergantung kepada saiz kuih makmur tersebut ).
    7. Angkat dan terus guling-gulingkan kuih makmur ke dalam gula aising.
    8. Sejukkan sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.





    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Friday, November 30, 2012

    ~ Cara SBK Mengambil Gambar 2...

    Sheery Dream Cakes | 9:46 AM | 9 Comments so far


    Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

    Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar kita  sudah pun berada di hujung bulan November kan... Tak lama lagi tiba pula tahun baru.. Ada 2 bulan lagi sebelum SBK menyambut ulangtahun ke 2... Blog yang masih baru lagi di alam maya ini... Baru nak menjangkau usia 2 tahun.. Itu pun kalau sempat kan.. Ermmm... InsyaAllah jika diizinkan Allah.. Sempat lah SBK menyambut ulang tahun ke 2 tu ..

    Baik lah.. Untuk kali ini Diana hendak kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk mendapatkan kesan cerah di belakang.. Sama ada hendak mendapatkan kesan putih ataupun warm effect.. Caranya sama sahaja ( itu bagi pendapat Diana ya.. orang lain mungkin ada cara / pendapat yang berbeza ).. Sebab bagi Diana, ianya boleh di edit menggunakan LR dan Adobe Photoshop.. Jadi setting kamera semasa menggambil gambar amat penting dalam soal ini.. Itu sebabnya kenapa dulu pernah Diana beritahu bahawa jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ianya sangat mempengaruhi mood gambar yang hendak kita ambil.. Nak tau bagaimana Diana mengambil gambar yang dimaksudkan? Caranya seperti gambar di bawah ini ya..

    ::  Ini hasilnya  ::

    Anda boleh menggunakan 1 keping sahaja white foam board seperti gambar di bawah ini... Diana lebih banyak menggunakan 2 keping foam boards sebab cahaya yang kita perolehi lebih terang berbanding hanya menggunakan 1 keping foam board sahaja.. Ianya bergantung juga mood gambar yang hendak anda ambil..


    ::  Ini Hasilnya  ::


    Untuk mendapatkan gambar seperti di atas ini pula... Diana buat cara yang sama dengan menggunakan 2 keping foam boards dan tutup pintu dengan kain putih yang sangat nipis ( yang boleh menembusi cahaya )..

    Sekarang, kita tengok pula hasil karya yang diambil tanpa white foam board dan diambil ketika cahaya terang ( cuaca sangat cerah ).



    ::  Inilah hasilnya  :: 

    Contoh lain boleh tengok gambar di bawah ya..







    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Tuesday, November 27, 2012

    ~ Satay Ayam Goreng...

    Sheery Dream Cakes | 12:40 PM | 12 Comments so far
    Assalamualaikum dan bertemu kembali di entri kali ini… 

    Untuk entri ini Diana nak kongsikan resipi Satay Ayam Goreng... Tiada celoteh panjang yang hendak dikongsikan..Ok lah.. Terus sahaja kita tengok resipinya ya.. 


    SATAY AYAM GORENG 

    Bahan-Bahan
    • 4 keping peha ayam _ dibuang kulit dan tulangnya. Hiris nipis dan besar
    • 3 tangkai daun kari _ dicincang
    • Lidi secukupnya
    • Minyak untuk menggoreng

    Bahan-Bahan A 
    • 1/2 tsp serbuk cili
    • 1/2 tsp serbuk kunyit
    • 1 tbsp rempah kari _ ( Diana guna serbuk kari Ayam Brand )
    • 1/2 tbsp serbuk ketumbar
    • 1/2 tsp serbuk jintan manis
    • 1/2 tsp serbuk jintan putih
    • 1/2 tsp serbuk rempah 5
    • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
    • 2 tbsp gula atau secukup rasa
    • 1 tsp garam
    • 2 tbsp tepung jagung
    • 2 tbsp tepung kastard
    • 2 tbsp tepung gandum
    • 2 tbsp tepung ubi kayu
    • 1 biji telur

    Bahan-Bahan B ( Kisar Menggunakan Food Processor ) 
    • 3 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 batang serai _ ambil bahagian yang putih sahaja
    • 1/2 inci halia
    • 1/4 inci lengkuas

    Cara-Cara 
    1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan A dan B. Gaul rata.
    2. Cucuk sekeping isi ayam dengan lidi. Ketepikan.
    3. Buat langkah No. 2 sehingga isi ayam habis.
    4. Kemudian perap selama 2 - 3 jam atau lebih.
    5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay ayam hingga masak.
    6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
    7. Nikmati bersama sos kegemaran anda. 




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Tuesday, November 13, 2012

    ~ Ferrero Rocher Brownies...

    Sheery Dream Cakes | 7:46 AM | 11 Comments so far

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

    Bersiaran di awal pagi kali ini SBK ingin berkongsikan 1 resipi brownies.. Semasa mencari resipi brownies.. Diana terjumpa dengan blog ini.. Brown Eyed Baker.. Terpikat kepada beberapa resipi brownies kat sana.. Teringin nak mencuba resipi Peanut Butter Brownies.. Tapi macam tak berapa nak rajin nak buat peanut butter topping / swirl tu.. Ermmm... Jadi buat mana yang senang sahaja lah kan.. Hehehee...


    Akhirnya buat tanpa topping ( The Baked Brownie  ).. Tapi gantikan dengan Ferrero Rocher pula... Tu sahaja jalan yang paling mudah nak makan brownies.. Heehee :D.. Tak apalah.. Lain kali baru buat lagi yang lain.. :). Anak-anak Diana suka makan Ferrero Rocher Brownies ni.. Sedap di tekak kami sekeluarga.. Cuma sukatan gulanya Diana telah kurangkan mengikut citarasa keluarga Diana ya.. Kepada Brown Eyed Baker.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini pula ya.. Terima kasih.. Nak resipinya? Jom tengok resipinya pula...


    :: Sumber ~ Brown Eyed Baker ( TQ )


    THE BAKED BROWNIE / FERRERO ROCHER BROWNIES

    INGREDIENTS


    • 1 1/4 cups all-purpose flour
    • 1 teaspoon salt
    • 2 tablespoons dark unsweetened cocoa powder
    • 11 ounces dark chocolate, coarsely chopped
    • 1 cup ( 8 ounces ) unsalted butter, cut into 1-inch pieces
    • 1 teaspoon instant espresso powder 
    • 1 1/2 cups granulated sugar _ ( Diana bubuh 1 cawan sahaja )
    • 1/2 cup packed light brown sugar
    • 5 eggs, at room temperature
    • 2 teaspoons vanilla extract

    Method

    1. Preheat the oven to 350 degrees F. Butter the sides and bottom of a 9 x 13-inch glass or light-colored baking pan. Line the pan with parchment paper.
    2. In a medium bowl, whisk the flour, salt, and cocoa powder together.
    3. Put the chocolate, butter and instant espresso powder in a large bowl and set it over a saucepan of simmering water, stirring occasionally, until the chocolate and butter are completely melted and smooth. 
    4. Turn off the heat, but keep the bowl over the water and add the sugars. Whisk until completely combined, then remove the bowl from the pan. The mixture should be room temperature.
    5. Add 3 eggs to the chocolate mixture and whisk until combined. Add the remaining eggs and whisk until combined. 
    6. Add the vanilla and stir until combined. Do not overbeat the batter at this stage or your brownies will be cakey.
    7. Sprinkle the flour mixture over the chocolate mixture. Using a rubber spatula ( not a whisk ), fold the flour mixture into the chocolate until just a bit of the flour mixture is visible.
    8. Pour the batter into the prepared pan and smooth the top. Bake in the center of the oven for 30 minutes, rotating the pan halfway through the baking time, until a toothpick inserted into the center of the brownies comes out with a few moist crumbs sticking to it. 
    9. Let the brownies cool completely, then lift them out of the pan using the parchment paper. Cut into squares and serve.
    10. Store at room temperature in an airtight container or wrap with plastic wrap for up to 3 days.

    ( Recipe adapted from ~ Baked : New Frontiers in Baking )


    ::  Sebelum membakar susun beberapa Ferrero Rocher di atasnya  ::




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Saturday, November 10, 2012

    ~ Daging Goreng Cili Kering...

    Sheery Dream Cakes | 6:33 PM | 8 Comments so far
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Moga hari ini kehidupan kita lebih baik dari hari yang sebelumnya... Moga kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Aamiin.. Tak nak banyak membebel hari ini.. Cuma nak kongsikan resipi Daging Goreng Cili Kering yang Diana masak tengahari tadi.. Jom semak resipinya...



    DAGING GORENG CILI KERING


    Bahan-Bahan
    • 500 gm daging batang pinang ( guna bahagian daging yang lembut ) _ dihiris nipis
    • 1 biji tomato _ buang bijinya dan potong dadu kecil
    • 1 1/2 tbsp kicap ABC sos manis
    • Gula melaka secukup rasa
    • Garam secukup rasa
    • Minyak untuk menggoreng dan menumis

    Bahan-Bahan A ( Kisar Menggunakan Food Processor )
    • 10 tangkai cili kering
    • 1 biji cili merah
    • 6 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • Belacan sebesar ibu jari

    Bahan-Bahan B ( Bahan Perap )
    • 1/2 tsp serbuk lada putih
    • 1 /2 tbsp gula
    • 1 biji telur
    • 1/2 tbsp tepung jagung
    • 1/2 tsp perencah pati ayam 
    • Secubit soda bikarbonat
    • Garam

    Cara-Cara
    1. Campurkan daging bersama bahan B dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
    2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
    3. Tumis bahan A dengan sedikit minyak hingga wangi.
    4. Masukkan gula melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak.
    5. Masukkan kicap, gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata.
    6. Setelah itu bolehlah dimasukkan daging goreng dan gaul. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
    7. Tutupkan api dan masukkan tomato yang dipotong dadu.
    8. Gaul dan hidang bersama nasi putih panas.


    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>