Showing posts with label Food Photography. Show all posts
Showing posts with label Food Photography. Show all posts

Sunday, December 24, 2017

~ Overnight Oat Breakfast Bowl...

Sheery Dream Cakes | 2:30 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah bertemu kembali. Masih bersama overnight oats untuk entri kali ini. Overnight oats sememangnya pilihan Diana ketika sibuk melanda. Masih sibuk untuk beberapa minggu ini. Jika tiada pilihan inilah menu yang paling mudah untuk disediakan.

Diana suka makan overnight oats ni bersama buah-buahan dan kacang panggang hancur serta 1 tsp homemade peanut butter. Sedap!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, March 8, 2017

~ RAW vs JPEG...

Sheery Dream Cakes | 1:49 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Akak guna format apa ya? RAW atau JPEG? Itulah soalan yang sering ditanyakan. Selain soalan perlukah saya menggunakan setting RAW untuk gambar yang hendak saya ambil?Atau lebih cantik dalam format JPEG untuk gambar makanan? Persoalan ini sememangnya tiada kesudahannya sampai bila-bila.

Secara peribadi Diana lebih suka mengambil gambar makanan dalam format RAW. Memang agak leceh sedikit sebab kena melalui banyak proses terlebih dahulu. Kena edit bagai kan.. Tetapi yang seronoknya kita akan dapat hasil karya yang kita sukai. Kenapa Diana suka ambil gambar dalam format RAW? Anda boleh baca di ENTRI INI

Sebenarnya jika anda lebih serasi dengan format JPEG, ambillah gambar tu dalam format JPEG. Jika anda lebih suka melalui proses mengedit gambar, ambillah gambar dalam format RAW. Terpulanglah pada diri masing-masing ya.

Gambar di bawah merupakan gambar yang sama, cuma mempunyai berlainan effect sahaja. Anda suka dramatic look dalam dark food photography? Anda boleh cuba cara Diana ni. Klik DI SINI.

Ooo ya.. Apa yang Diana tulis ni merupakan pendapat peribadi Diana sahaja ya. Jika salah tolong perbetulkan. Maklum lah.. Mak budak baru belajar.. Hehehehee... Banyak ilmu food photography yang perlu Diana pelajari lagi. Diana pun belum mahir lagi dalam bidang ni. Entri ni hanya untuk menjawab persoalan yang sering ditanyakan pada Diana selama ni. 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, December 25, 2016

~ Keria Gula Melaka...

Sheery Dream Cakes | 3:25 PM | | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya tidak bersiaran di sini.. Diana harap anda semua sihat sejahtera hendaknya selalu… Hari ni Diana ingin belanja anda semua dengan gambar keria gula melaka. Resipinya? Hehehhe.. Tiada resipi untuk dikongsi bersama sebenarnya.. Diana beli kuih ni dari Facebook :: Kenanga Putih .. Kuih ni sememangnya sedap.. Bila dah makan sebiji tu pasti hendak makan sebiji lagi dan lagii… Sedap sesangat!!!

Sesiapa yang ingin merasa kuih keria gula melaka ni boleh lah hubungi Kenanga Putih ya.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, July 24, 2016

~ Salam 19 Syawal 1437H...

Sheery Dream Cakes | 1:22 PM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih tidak terlambat untuk Diana ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini.. Maaf Zahir & Batin... Lamanya tidak bersiaran.. Alhamdulillah... Hari ini dapat juga bersiaran dengan Red Velvet Cake walaupun tanpa resipi yang dikongsi bersama anda semua... 

Tiada apa yang hendak dicoretkan lagi.. Apa kata kita cuci mata dengan gambar kek ni ya.. Moga kita bertemu lagi di entri yang akan datang... In Shaa Allah..



 
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 6, 2016

~ Segalanya Tentang Kek Kukus Lapis...

Sheery Dream Cakes | 8:27 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Kukus Lapis merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran setiap kali tibanya sesuatu perayaan terutamanya perayaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di sini... Kek kukus lapis boleh didapati di dalam pelbagai rasa, warna dan corak.. Memang rambang mata hendak merasa yang mana dahulu pada musim perayaan tu... kalau boleh semua hendak dirasa.. 

Bagi yang membuatnya sendiri pula, memang ingin buat semua resipi kek kukus lapis yang pernah dicuba.. namun untuk membuatnya memang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kesabaran yang tinggi.. Kadang-kadang masa mengukus 1 biji kek tu ada yang memerlukan 4-5 jam dan ada juga kek yang sampai 6 jam masa mengukus yang diperlukan..  


Kek kukus lapis yang anda dapat saksikan di dalam gambar ini ialah Kek Kukus Lapis Keju Pelangi / Rainbow Colours Cheese Layered Cake... Resipi dari Buku Y3K, Vol.8, Cheese Layered Cakes.. Terdapat 61 resipi disertakan bersama langkah demi langkah pada setiap resipi yang ada di dalam buku ini..  Memang tak rugi mendapatkan buku ini...

Sampai di sini dulu buat kali ini.. Sampai kita bertemu kembali di lain entri.. In Sha Allah..





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 27, 2015

~ Rendang Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:13 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rendang sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning, ketupat, lemang atau roti.. Kebiasaanya rendang disajikan ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.. Ianya juga sering dilihat sebagai salah satu menu di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan..

Ada rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang ikan, rendang sayuran dan pelbagai macam jenis rendang lagi... Kesemuanya sedap di tekak ini.. Asalkan rendang dan Halal sememangnya menjadi kegemaran Diana.. 

Hari ini Diana masak rendang ayam resipi dari Buku Masakan 400 Resipi Terbaik Chef Wan.. Pelbagai resipi menarik ada di dalam buku masakan ini.. Kepada sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya sekarang ya...Terima kasih buat Datuk Chef Wan di atas resipi yang sedap ini...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 7, 2015

~ Sup Daging...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah.. Bertemu kita di pagi yang indah ini… Syukur kepada Allah di atas segala nikmatNya… Hari ini dapat bersiaran dengan Sup Daging… Cuma tiada resipi dikongsi bersama ya… Kita cuci mata sahaja dengan gambar sup daging ni.. 


Sup daging ini sedap dimakan panas-panas.. Resipinya Diana ikut dari Mini Cookbooks " Chef Wan Meat "_ CHEF WAN'S OXTAIL SOUP. Kepada anda yang sudah memiliki buku masakan ni boleh lah mencubanya. Memang sedap!! 










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, December 6, 2014

~ Chocolate Strawberry Cake

Sheery Dream Cakes | 9:30 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kek coklat digandingkan bersama buah strawberry sememangnya serasi berasama.. Dicurah chocolate ganache lagi… Berganda sedapnya.. Untuk kek coklat ini Diana gandingkan juga cream cheese frosting bersama.. Rasa coklat ditambah rasa masam manis buah strawberry, keenakan cream cheese frosting bersama chocolate ganache sememangnya mencetuskan rasa yang amat sedap.. 

Jom cuci mata dengan beberapa gambar kek ni lagi..




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, November 10, 2014

~ Kek Lobak Merah...

Sheery Dream Cakes | 8:35 AM | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat pagi dan apa khabar anda semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya... Tiada resipi hendak dikongsikan bersama pada entri kali ini. Hanya beberapa gambar kek lobak merah sahaja untuk kali ni ya. Jom cuci mata dengan gambar kek lobak merah ni.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, November 3, 2014

~ Kek Lagi...

Sheery Dream Cakes | 10:59 AM | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersiaran lagi dengan gambar-gambar kek ... Boleh lah kan? Hehehee...

Jom cuci mata lagi dengan gambar-gambar kek di bawah ini.. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 30, 2014

~ Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 11:59 AM | | 1 Comment so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Diana hanya ingin sajikan anda semua dengan beberapa gambar kek coklat.. Kek ini untuk anak saudara Diana yang menyambut hari kelahirannya kelmarin... Sekali lagi mama long doakan moga Intan membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T... Amin…

Untuk resipinya anda boleh KLIK DI SINI





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, October 27, 2014

~ Chocolate Cake & Red Velvet Cake....

Sheery Dream Cakes | 11:46 AM | | 5 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni nak tayang gambar kek sahaja. Resipinya sudah pernah Diana kongsikannya di sini dulu ya. Jom cuci mata dengan gambar-gambar kek coklat dan red velvet cake ni.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, October 22, 2014

~ Kek Puding Keju Buah-Buahan...

Sheery Dream Cakes | 12:43 PM | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Fruit Cheese Pudding Cake ini hasil gabungan kek span dengan puding keju buah-buahan.. Kek span coklat sememangnya gabungan yang sedap.. Tetapi jika hendak gabungkannya dengan kek span perisa vanila pun boleh juga.. Ianya bergantung pada citarasa masing-masing... Gunalah apa-apa jenis kek kegemaran anda .. jika itu yang menepati selera.. :) 
Untuk kek span coklat ni Diana ikut resipi dari buku masakan Chef Kevin Chai _  My Birthday Cake dan untuk puding buah-buahan pula Diana ikut resipi dari Dragon Fruit Cheese Agar-Agar Pudding _ Y3K Vol.8.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>