Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng..
Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..
:: Versi Kukus ::
:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam
AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA
Bahan-Bahan
- 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
- 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
- 2 camb minyak - untuk menumis
- garam secukupnya
Bahan-Bahan dicincang Halus
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia muda
- 2 biji cili merah
Bahan-Bahan Dihiris Halus
- 1/2 kuntum bunga kantan
- 2 helai daun limau purut
- 4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos
- 2 cam. besar cili kisar
- 1 cam. besar sos tomato
- 2 cam. besar sos plum
- 2 cam. besar gula pasir
- 2 cam. besar sos cili
- 1 cam. besar jus limau nipis
- 1 cam. teh kicap manis
Cara-Cara
- Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
- Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
- Kukus hingga ikan masak.
- Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
- Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
- Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
- Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
- Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
- ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )