Friday, August 31, 2012

~ Proses Seterusnya _ Adobe Photoshop...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana walaupun tuan rumahnya sekejap ada.. Sekejap tak ada... Maaf sekali lagi sebab buat masa nie Diana masih lagi tak dapat untuk berblogging sepenuhnya seperti biasa.. Di kesempatan ini juga... Masih belum terlambat lagi rasanya untuk Diana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.. Andai kata ada yang tersilap kata dan terlanjur bicara.. Diana mohon ampun dan maaf yer.. :). Baik ler.. Untuk entri kali nie Diana ingin kongsikan langkah seterusnya Diana edit gambar setelah selesai dalam proses Langkah Pertama Lightroom 3 ( LR3 )  & Langkah Ke 2 Lightroom 3 ( LR 3 ).

Ada sesetengah orang yang lebih suka edit sekaligus melalui Lightroom ( LR ) dan buka Adobe Photoshop dari LR.. Macam tu pun boleh buat.. Setelah kita selesai buat langkah pertama LR tu terus klik  ~ Photo Edit In  Edit In Adobe Photoshop. Jadi boleh edit kat sana untuk proses akhir. Tapi Diana lebih senang save dulu kat LR dan baru edit kat Adobe Photoshop. Yang nie terpulang dengan keserasian diri kita yer... Jom tengok proses seterusnya.. ;)


::  Gambar sebelum diedit menggunakan Adobe Photoshop  ::



1. Klik File Open Buka file gambar yang anda kehendaki. Contohnya Diana buka gambar di atas nie.

2. ( Sekiranya hendak edit bahagian yang hendak dikaburkan sedikit boleh buat langkah ini. Jika tidak tinggalkan sahaja ).

  • Klik simbol Lasso Tool. 
  • Tandakan bahagian gambar yang hendak diedit. 
  • Klik Select Feather Feather Selection  Feather Radius : ( tuliskan berapa pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
  • Klik Filter  Blur  Gaussian Blur  Radius : ( Pilih berapa Pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
3. Klik Image → Adjustments Levels
  • Setting ~ Channel : RGB
  • Input levels : Ubah mengikut setting yang anda kehendaki.
  • Output levels : Yang nie kadang² sahaja Diana ubah sedikit. Biasanya Diana tak ubah setting sedia ada.
  • Tandakan pada Preview.
  • Klik OK.
4. Klik Image Size

:: Contohnya ~ Langkah 1 :
  • Pixel Dimensions : 6.18 M
  • Width : 1200 pixels
  • Height : 1800 pixels
  • Document Size : Width : 4 inches
  • Height : 6 inches
  • Resolution : 300 pixels / inch
  • ☑ Constrain Proportions
  • Resample Image : Bicubic
  • Klik OK
:: Langkah 2 :
  • Jangan tandakan apa² ☐ pada Resample Image
  • Tukar resolution : Contohnya Diana biasa akan ubah kepada 240 pixels / inch. Yang ini terpulang pada anda sendiri nak ubah kepada berapa pixels / inch.
  • Klik OK.
5. Klik Filter Sharpen Unsharp Mask.
  • TandakanPreview.
  • Amount : Ubah kepada % yang anda kehendaki.
  • Radius : Biasanya Diana guna 1.0 Pixels.
  • Threshold : Diana guna 10 levels.
  • Klik OK.

6. Klik File Save for web Optimized.
  • Settings : Unnamed.
  • JPEG.
  • Maximum.
  • Tandakan ☑ Optimized.
  • Quality : 100.
  • Jangan tandakan apa² ☐ pada Progressive.
  • Blur : 0
  • Tandakan ☑ ICC Profile.
  • Matte : Biarkan macam tu sahaja ( Jangan pilih apa² ).
  • Klik Save.
  • File Name : Tulis nama yang anda kehendaki. Contohnya ~ Macarons.
  • Save As Type : Image Only ( .jpg ).
  • Settings : Default Settings.
  • Slices : All Slices.
  • Klik Save.

::  Hasil karya setelah diedit  ::



3 comments:

Emma said... Reply

bagusnya tutorial awak ni, boleh ler saya cuba nanti

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang, selamat hari raya, maaf zahir dan batin... Waaah kena masuk kelas ni...akak kalau editing guna Photoshop ni x penah lg Diana, rasa mcm susah jek...selalu edit sikit2 dgn Photoscape je..huhu. Tp akak tengok gambar Diana sblm edit pun dah cantik...hehe. Salam Merdeka Diana cayang, muaahhh!

ibundo said... Reply

selamat hari raya diana dan salam merdeka jugak..