Tuesday, July 31, 2012

~ Ayam Mentega Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 1:04 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Alhamdulillah.. Bersua lagi kita di alam maya pada entri kali ni.. Diana mohon ampun dan maaf kerana masih belum sempat BW serta aktif berblog seperti biasa... InsyaAllah sedikit masa lagi jika diizinkan pasti SBK akan aktif seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen kat SBK ni walaupun tuan rumahnya tiada.. Terima kasih.. 

Tanpa membuang masa.. apa kata kita terus jer tengok resipi terbaru dari SBK untuk kali ni.. Ayam Mentega Udang Kering ni Diana masak beberapa hari yang lepas.. Mungkin kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam citasa untuk menu ayam ni, boleh ler mencubanya.. Anda boleh ler mengolah mengikut citarasa keluarga anda ya.. tiada masalah pun.. :). Diana harap menu terbaru dari SBK ni akan memenuhi citarasa kepada pengemar udang kering dan ayam.. InsyaAllah.. :). Selamat mencuba... ;)

AYAM MENTEGA UDANG KERING


Bahan-Bahan 
  • 550 gm isi ayam _ ( Diana guna peha ayam yang dibuang kulit dan tulangnya )
  • 1 biji bawang besar _ 1/2 biji dipotong dadu halus dan 1/2 biji dihiris menyerong
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 3 tangkai daun kari _ dihiris / dicincang
  • 3 biji cili padi _ dihiris / ditumbuk _ ( boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing² )
  • 2 biji telur _ dipukul ringan
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
  • 50 gm mentega
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( Bahan Perap )
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 1/2 tbsp sos lada hitam Maggi
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 1/2 tsp seasoning maggi
  • 1 tsp gula 
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp ubi kayu
  • 1/2 tbsp tepung beras 
  • 1 tsp daun basil kering
  • 1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/2 biji telur yang dipukul ringan

Bahan-Bahan B
  • 1 1/2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tomato Maggi
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Gaulkan isi ayam bersama bahan² A ( bahan perap ) dan perap selama 1 jam ( Diana perap 1 1/2 jam, lebih lama kita perap lebih elok ). 
  2. Kemudian goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali. Setelah mentega panas masukkan 2 biji telur yang telah dipukul ringan ( buat seperti kita buat untuk udang mentega ). Setelah garing angkat dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan udang kering serta cili padi dan tumis lagi hingga garing.
  6. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis seketika.
  7. Masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam goreng tadi dan hirisan bawang besar. 
  9. Gaul dan masak seketika.
  10. Masukkan telur goreng dan gaul rata.
  11. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, July 24, 2012

~ Mee Goreng Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 8:07 PM | 13 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.... 

Diana ingin mohon ampun dan maaf sebab belum ada kesempatan untuk BW dan terima kasih kerana masih sudi meninggalkan komen dan singgah kat dapur Diana ni... InsyaAllah setelah sembuh sepenuhnya Diana pasti akan aktif seperti biasa... Maaf sesangat tau..

Baiklah.. Untuk entri kali ni Diana tak nak banyak membebel... Terus sahaja kita tengok resipi yang dah lama tertunggak ni... Resipi simple sahaja sebenarnya... Resipi ni mengikut selera bebudak di rumah ni... Jom selongkar resipinya...

::  Mee Mat Salleh  ::


MEE GORENG UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 2 bungkus Mee Sanggul Mat Salleh ( 100 gm sebungkus ) _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 2 biji cili padi _ ditumbuk
  • 2 biji telur
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan tumbuk kasar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 tsp sos ikan
  • Kicap pekat manis Cap Ayam secukup kegunaan
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Masak mee seperti arahan pada bungkusan. Toskan. Gaulkan dengan sedikit kicap pekat manis. Ketepikan
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Goreng telur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak jika tidak mencukupi. Masukkan bawang merah, bawang putih serta cili padi dan tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan udang kering dan sedikit gula. Tumis lagi hingga garing.
  5. Setelah itu masukkan mee dan sedikit air. Gaul rata.
  6. Masukkan perencah pati ayam, sos ikan dan garam secukup rasa.
  7. Goreng sehingga garing.
  8. Sesuaikan rasa dan masukkan telur goreng tadi. 
  9. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>