Tuesday, April 21, 2020

~ Nasi Goreng...

Sheery Dream Cakes | 12:52 PM | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemu kembali bersama resipi nasi goreng. Resipi ni Diana sudah kongsikannya di YouTube channel Diana ya. Cuma baru hari ni ada kesempatan buat entrinya di blog. Jom semak resipinya di bawah.


:: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



NASI GORENG

Bahan-bahan
  • 2 Cawan nasi sejuk
  • 200 gram daging ayam kisar ( saya guna Ayamas )
  • 2 batang sosej dipotong menyerong
  • 1 bungkus kecil Perencah nasi goreng Adabi
  • 1 batang daun bawang
  • Sedikit udang kering ( rendam di dalam air panas sehingga lembut, bersihkan dan ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 2 biji bawang merah ( dicincang )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris ) _ optional
  • Sedikit hirisan cili merah
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit gula jika suka
  • Sos ikan secukup rasa ( jangan bubuh banyak ya sebab sos ikan ni masin )
  • Minyak masakan

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga wangi dan layu.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan tumis lagi sehingga garing.
  3. Masukkan perencah nasi goreng Adabi dan gaul. Tumis seketika.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan sosej ( boleh rujuk di SINI cara memasaknya ).
  5. Setelah ayam dan sosej masak, masukkan telur dan biarkan seketika. Setelah telur keras sedikit, bolehlah digaul rata bersama bahan yang lain tadi.
  6. Masukkan nasi dan gaul.
  7. Tambahkan sos ikan, sos cili dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata.
  9. Sesuaikan rasa dan hidang.

 

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 8, 2020

~ Resipi Double-Boiled Ayam masak Kicap

Sheery Dream Cakes | 9:27 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk hari ini saya kongsikan resipi double-boiled ayam masak kicap. Resipi ulang tayang sebenarnya, cuma ada sedikit perubahan dari segi bahan. Boleh tengok di entri yang lepas ya.

Cara penyediaan menu ni memang sesuai untuk mereka yang sibuk. Sebab kita hanya masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan set kan masa yang telah ditetapkan. Biarkan ianya memasak sehingga siap. Sementara tu kita bolehlah buat kerja-kerja yang lain. Mudahkan. 

Jika ingin mencuba, bolehlah rujuk resipinya di bawah.



 :: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



DOUBLE-BOILED AYAM MASAK KICAP

 Bahan-Bahan A
  • 1 kg ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 1 inci halia ( dihiris )
  • 1 batang daun bawang ( dipotong 2 inci panjang )
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis soya pekat Cap Ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Bahan-Bahan B
  • 6 keping cendawan shiitake kering ( dipotong kasar )
  • 1 batang lobak merah ( dipotong menyerong )
  • 10 biji kurma merah tanpa biji
  • Sedikit air

* NOTE:

  • Sukatan kicap manis pekat tu bergantung juga kepada jenis dan jenama kicap yang anda guna.


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Masukkan ke dalam peti ais dan perap selama 30 minit atau lebih ( Lebih lama diperap lebih sedap rasa daging ayam tu ).
  2. Ada 2 cara untuk memasak ayam ni. 

  • Cara Pertama ~ Dengan menggunakan double boiler. 

  1. Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam periuk tembikar. Tambahkan sedikit air. Masukkan lobak, kurma merah tanpa biji dan cendawan shiitake kering. Setkan masa dan biarkan ianya memasak sehingga ayam empuk. Hidang.


  •  Cara-cara ke-2 ~ Memasak seperti biasa.
  1. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk dan masak seketika di atas api sederhana.
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan kurma merah, cendawan shiitake kering dan lobak merah . Gaul lagi dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan rasa dan tutupkan api. Hidang bersama nasi putih.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 1, 2020

~ Resipi Udang Goreng Tepung

Sheery Dream Cakes | 7:32 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi campak-campak sahaja. Tiada sukatan tertentu untuk resipi ni ya. Bubuhlah mengikut citarasa masing-masing. Sosnya tu boleh dicicah atau jika suka boleh digaul sekali bersama udang goreng tepung ini.

Jom semak resipinya di bawah.




:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey


UDANG GORENG TEPUNG

 Bahan-Bahan A
  • Udang bersaiz besar
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Parutan halia
  • Parutan bawang putih
  • Parutan kulit lemon
  • Air perahan lemon


Bahan-bahan B ( Satukan di dalam mangkuk besar dan gaul rata )

  • Garam
  • Tepung ubi kayu
  • Tepung jagung
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Smoked paprika

Bahan-bahan untuk sos
  • Garam
  • Gula
  • Madu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Paste asam jawa

Bahan lain

  • Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak.
  3. Saluti udang dengan tepung ( bahan-bahan B ) kemudian goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam periuk yang lain, masukkan kesemua bahan-bahan untuk sos. Masak di atas api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Angkat dan makan bersama udang goreng tadi atau boleh juga digaul bersama udang goreng.










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>