Showing posts with label Food Photography. Show all posts
Showing posts with label Food Photography. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

~ RAW vs JPEG...

Sheery Dream Cakes | 1:49 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Akak guna format apa ya? RAW atau JPEG? Itulah soalan yang sering ditanyakan. Selain soalan perlukah saya menggunakan setting RAW untuk gambar yang hendak saya ambil?Atau lebih cantik dalam format JPEG untuk gambar makanan? Persoalan ini sememangnya tiada kesudahannya sampai bila-bila.

Secara peribadi Diana lebih suka mengambil gambar makanan dalam format RAW. Memang agak leceh sedikit sebab kena melalui banyak proses terlebih dahulu. Kena edit bagai kan.. Tetapi yang seronoknya kita akan dapat hasil karya yang kita sukai. Kenapa Diana suka ambil gambar dalam format RAW? Anda boleh baca di ENTRI INI

Sebenarnya jika anda lebih serasi dengan format JPEG, ambillah gambar tu dalam format JPEG. Jika anda lebih suka melalui proses mengedit gambar, ambillah gambar dalam format RAW. Terpulanglah pada diri masing-masing ya.

Gambar di bawah merupakan gambar yang sama, cuma mempunyai berlainan effect sahaja. Anda suka dramatic look dalam dark food photography? Anda boleh cuba cara Diana ni. Klik DI SINI.

Ooo ya.. Apa yang Diana tulis ni merupakan pendapat peribadi Diana sahaja ya. Jika salah tolong perbetulkan. Maklum lah.. Mak budak baru belajar.. Hehehehee... Banyak ilmu food photography yang perlu Diana pelajari lagi. Diana pun belum mahir lagi dalam bidang ni. Entri ni hanya untuk menjawab persoalan yang sering ditanyakan pada Diana selama ni. 







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, December 25, 2016

~ Keria Gula Melaka | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 3:25 PM | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya tidak bersiaran di sini.. Diana harap anda semua sihat sejahtera hendaknya selalu… Hari ni Diana ingin belanja anda semua dengan gambar keria gula melaka. Resipinya? Hehehhe.. Tiada resipi untuk dikongsi bersama sebenarnya.. Diana beli kuih ni dari Facebook :: Kenanga Putih .. Kuih ni sememangnya sedap.. Bila dah makan sebiji tu pasti hendak makan sebiji lagi dan lagii… Sedap sesangat!!!

Sesiapa yang ingin merasa kuih keria gula melaka ni boleh lah hubungi Kenanga Putih ya.. 









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 6, 2016

~ Segalanya Tentang Kek Kukus Lapis | Tanpa Resipi ...

Sheery Dream Cakes | 8:27 AM | | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Kukus Lapis merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran setiap kali tibanya sesuatu perayaan terutamanya perayaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di sini... Kek kukus lapis boleh didapati di dalam pelbagai rasa, warna dan corak.. Memang rambang mata hendak merasa yang mana dahulu pada musim perayaan tu... kalau boleh semua hendak dirasa.. 

Bagi yang membuatnya sendiri pula, memang ingin buat semua resipi kek kukus lapis yang pernah dicuba.. namun untuk membuatnya memang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kesabaran yang tinggi.. Kadang-kadang masa mengukus 1 biji kek tu ada yang memerlukan 4-5 jam dan ada juga kek yang sampai 6 jam masa mengukus yang diperlukan..  


Kek kukus lapis yang anda dapat saksikan di dalam gambar ini ialah Kek Kukus Lapis Keju Pelangi / Rainbow Colours Cheese Layered Cake... Resipi dari Buku Y3K, Vol.8, Cheese Layered Cakes.. Terdapat 61 resipi disertakan bersama langkah demi langkah pada setiap resipi yang ada di dalam buku ini..  Memang tak rugi mendapatkan buku ini...

Sampai di sini dulu buat kali ini.. Sampai kita bertemu kembali di lain entri.. In Sha Allah..




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 27, 2015

~ Rendang Ayam | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 8:13 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rendang sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning, ketupat, lemang atau roti.. Kebiasaanya rendang disajikan ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.. Ianya juga sering dilihat sebagai salah satu menu di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan..

Ada rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang ikan, rendang sayuran dan pelbagai macam jenis rendang lagi... Kesemuanya sedap di tekak ini.. Asalkan rendang dan Halal sememangnya menjadi kegemaran Diana.. 

Hari ini Diana masak rendang ayam resipi dari Buku Masakan 400 Resipi Terbaik Chef Wan.. Pelbagai resipi menarik ada di dalam buku masakan ini.. Kepada sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya sekarang ya...Terima kasih buat Datuk Chef Wan di atas resipi yang sedap ini...





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, November 8, 2015

~ Ikan Goreng Cili | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 10:19 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi kita bersiaran bersama resipi dari Hidangan Terbaik Dunia _ Siam.. Kali ini resipi dari Chef Arm.. Resipi asal menggunakan ikan Kembung dan Diana pula menggunakan ikan Merah.. 

Terima kasih buat Chef Arm di atas resipi yang sedap ini.. Ikan ini jika dimakan panas-panas bersama nasi putih.. Tersangatlah sedapnya... Sememangnya Diana suka makan menu ikan yang macam ni... Sedap!

Kepada sesiapa yang belum memiliki buku masakan Chef Arm _ Hidangan Terbaik Dunia, Siam ini, bolehlah dapatkannya sekarang di kedai buku berhampiran ya.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 6, 2015

~ Daging Masak Merah ala Thai | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 10:21 AM | | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Daging Masak Merah ala Thai, resipi dari Chef Nazira Noran ini adalah antara resipi yang pernah Diana cuba.  Resipi ni sememangnya sedap. Bahan-bahannya pun ringkas dan mudah untuk disediakan. 

Ingin mencuba? Anda boleh dapatkan Buku masakan Chef Nazira Noran _ Hidangan Terbaik Dunia, Thai. Terima kasih buat Chef Nazira Noran di atas resipi yang sedap ini..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 3, 2015

~ Kari Ayam Daun Selasih | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kari Ayam Daun Selasih merupakan menu kami malam tadi… Resipi asal, Kari Itik Daun Selasih.. Oleh sebab di rumah ni hanya 2 orang sahaja yang pandai makan daging itik, jadi tukar lah kepada daging ayam.. Semua orang boleh merasa… 

Kepada yang suka makan daging itik tu bolehlah mencuba dengan daging itik.. Jika hendak menggunakan daging ayam pun sedap… Terpulanglah kepada citarasa masing-masing ya..

Bolehlah dapatkan buku masakan ini di kedai buku berdekatan ya. Resipinya ada di dalam buku masakan Famous Cuisine Issue 52, ( Sept - Oct / 2008 ).  













BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 7, 2015

~ Sup Daging | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah.. Bertemu kita di pagi yang indah ini… Syukur kepada Allah di atas segala nikmatNya… Hari ini dapat bersiaran dengan Sup Daging… Cuma tiada resipi dikongsi bersama ya… Kita cuci mata sahaja dengan gambar sup daging ni.. 


Sup daging ini sedap dimakan panas-panas.. Resipinya Diana ikut dari Mini Cookbooks " Chef Wan Meat "_ CHEF WAN'S OXTAIL SOUP. Kepada anda yang sudah memiliki buku masakan ni boleh lah mencubanya. Memang sedap!! 









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 30, 2014

~ Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 11:59 AM | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Diana hanya ingin sajikan anda semua dengan beberapa gambar kek coklat.. Kek ini untuk anak saudara Diana yang menyambut hari kelahirannya kelmarin... Sekali lagi mama long doakan moga Intan membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T... Amin…

Untuk resipinya anda boleh KLIK DI SINI













BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, October 22, 2014

~ KEK PUDING KEJU BUAH-BUAHAN | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 12:43 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fruit Cheese Pudding Cake ini hasil gabungan kek span dengan puding keju buah-buahan.. Kek span coklat sememangnya gabungan yang sedap.. Tetapi jika hendak gabungkannya dengan kek span perisa vanila pun boleh juga.. Ianya bergantung pada citarasa masing-masing... Gunalah apa-apa jenis kek kegemaran anda .. jika itu yang menepati selera.. :)  

Untuk kek span coklat ni Diana ikut resipi dari buku masakan Chef Kevin Chai _  My Birthday Cake dan untuk puding buah-buahan pula Diana ikut resipi dari Dragon Fruit Cheese Agar-Agar Pudding _ Y3K Vol.8.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 17, 2014

~ FRIED CHICKEN IN GARLIC TOMATO / CHILLI SAUCE | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung di sini.. Alhamdulillah walaupun hari ni bersiaran tanpa resipi, diberi kesempatan juga Diana untuk kongsikan beberapa gambar menu fried chicken in garlic tomato / chilli sauce untuk pengunjung blog ini.. Kepada yaang sudi, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah ya. 











BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 16, 2014

~ FRIED GARLIC TOMATO CHICKEN | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 7:44 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Bertemu kembali kita di entri tanpa resipi ini. Hari ni Diana hanya kongsikan gambar fried garlic tomato chicken ni ya.. Diana ikut resipi dari Buku Masakan Yummy Sauces Made Easy .. Memang berbaloi memilikinya.. Sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran ya…

Dengan resipi Spicy garlic & tomato sauce ini kita boleh pelbagaikannya kepada banyak resipi.. Sos ini sesuai untuk memerap ayam ( goreng atau panggang ) dan untuk sos menu ayam atau ikan dan juga spaghetti.

     
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 9, 2014

~ RIDICULOUS CHOCOLATE CAKE | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 10:07 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek coklat! Oh! Kek coklat….. Sekali lagi bersiaran dengan entri Kek Coklat…. Salted caramel sebagai peneman setianya… Tidak lengkap tanpa Chocolate ganache di sampingnya….  

Ridiculous Chocolate Cake, resipi dari " Cake Book by Cupcake Jemma ".. Sebenarnya kek ini hanya perlu dilapis seperti biasa.. Tetapi Diana jadikan ianya seperti kek di dalam gambar di bawah.. 










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 2, 2014

~ Glutinous Rice Balls / Cakes With Grated Coconut & Palm Sugar Syrup | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 2:29 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Hari ini kita pergi ke Indonesia pula ya... Beberapa hari lepas Diana buat salah satu desserts yang pernah Diana makan ketika bercuti di Indonesia suatu ketika dulu... Ianya diperbuat dari tepung pulut, tepung jagung atau tepung ubi kayu.. Disaluti dengan kelapa parut kukus dan di makan bersama sirap gula melaka.. Rasanya seperti kuih onde-onde sebenarnya.. cuma onde-onde berinti gula melaka.. Kuih ini pula dicurahkan sirap gula melaka ketika menghidang… 


Kuih ini diberi nama RICE FLOUR CAKES WITH GRATED COCONUT AND PALM SUGAR SYRUP .. Diana buat juga bentuk bulat..  Resipinya dari buku masakan Indonesian cakes & desserts .. 

Jom kita cuci mata dengan gambar-gambar kuih ni..







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...