Showing posts with label Puff | Pie | Tart. Show all posts
Showing posts with label Puff | Pie | Tart. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

~ Cream puff / Eclairs / Profiteroles...

Sheery Dream Cakes | 7:24 PM | Be the first to comment!

::  Yang ini sebelum diisikan dengan fillingnya lagi  :: 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana hendak kongsikan resipi Cream Puff dari juara MasterChef Malaysia Musim Pertama, Dr. Ezani... Cream Puff ini sememangnya sedap.. Memang berbaloi mencubanya tau...  Terima kasih buat Dr. Ezani kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan akak kongsikannya di sini pula ya.. 


::  Resipi Oleh ~ Dr. Ezani ( Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama )  ( TQ )

CREAM PUFF / ECLAIRS / PROFITEROLES  


Basic recipe choux pastry
  • 1/2 cawan ( 65 gram ) tepung gandum
  • 1/2 sudu teh gula pasir putih
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan ( 57 gram ) mentega 
  • 1/2 cawan ( 120 ml ) air
  • 2 biji telur
  • 1 biji telur dikacau _ untuk disapu atas doh 

Cara-Cara
  1. Panaskan oven kepada 210 darjah C dan letak oven rack di tengah-tengah ketuhar. 
  2. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak atau saya lebih suka pakai silicone baking mat ( saya beli di ikea ), confirm tak lekat.
  3. Ayak tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
  4. Panaskan air dan mentega dalam periuk sederhana besar sehingga mendidih. 
  5. Angkat dari api dan dengan segera masukkan campuran tepung. Cepat-cepat kacau dengan senduk kayu. 
  6. Kembalikan ke atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga doh lekang dari sisi kuali dan membentuk bebola licin tebal ( kira-kira 3-4 minit ). 
  7. Pindahkan doh ke dalam mangkuk pengadun, pukul menggunakan mixer electric dengan kelajuan rendah selama satu atau dua minit untuk melepaskan stim daripada doh dan menyejukkan doh sedikit. 
  8. Setelah doh suam masukkan telur sebiji dan pukul perlahan sehingga sebati. Masukkan sebiji lagi telur. Pukul hingga doh menjadi pes yang melekit dan likat. 
  9. Paipkan doh mengikut bentuk dan saiz yg diinginkan di atas dulang pembakar, jarakkan lebih kurang 1 1/2 inci. [ boleh paipkan bulat untuk cream puff, atau pun lonjong untuk eclairs ].
  10. Pukul telur sebiji dan sapu di atas doh menggunakan berus pastri ( Diana tidak buat ).
  11. Tips:  Renjis sedikit air di atas dulang dan doh sebelum masukkan dalam over. Ini akan membentuk steam bila dibakar dan membantu doh naik ].
  12. Bakar selama 20 minit dan kemudian kurangkan suhu ketuhar kepada 180 darjah C. Bakar lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga puff keperangan dan garing. 
  13. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian bolehlah diisi dengan pastry cream / custard atau whipping cream ( non dairy whipped topping ).
  14. Atasnya boleh dusting dengan icing sugar atau celup dengan coklat [ coklat dicairkan atas double boiler dan tambah sedikit shortening ].

::  Bubuh whipping cream + isi durian di tengahnya pun sedap....  ::


Resepi pastry cream ( Diana tidak buat )
  • 1 1/4 cawan ( 300 ml ) susu segar / susu uht
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur 
  • 1/4 cawan ( 50 gram ) gula pasir putih
  • 2 sudu besar ( 20 gram ) tepung serba guna
  • 2 sudu besar ( 20 gram ) tepung jagung 

Cara-Cara
  1. Campuran kuning telur, gula, tepung, tepung jagung bersama-sama dalam mangkuk, kacau sebati. 
  2. Sementara itu, dalam periuk panaskan susu dan vanila sehingga hampir mendidih. Angkat dan tuangkan perlahan-lahan ke atas campuran telur, kacau dengan whisk sentiasa hingga sebati. 
  3. Kemudian tuangkan semula campuran telur ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, jangan berhenti memukul. Apabila ia mendidih , pukul campuran selama 30 - 60 saat sehingga ia menjadi pekat dan kental. 
  4. Angkat dari api, tapis dan pindahkan ke dalam mangkuk. Tutup dengan clingwrap dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan. 

** NOTE ~ ( Sebelum paipkan pastry cream ke dalam cream puff, pukul sedikit pastry cream untuk buang ketul-ketulan. Boleh buat lubang dibawah cream puff atau belah cream puff untuk paipkan pastry cream ). 


Untuk yang ini Diana hanya paipkan Nutella cream ( Krim putar bukan tenusu + Nutella ) ke dalam cream puff ni.. Lepas tu sapukan nutella di atasnya.. Yang ini di atas permintaan anak kecil Diana.. Dia suka sangat... :)







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 19, 2012

~ Rustic Apple Tart...

Sheery Dream Cakes | 1:17 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Sekarang ni cuaca kat labuan memang kurang elok.. Boleh dikatakan hari-hari hujan.. tak kira la siang atau malam hari.. Jadi kepada sesiapa yang memandu tu berhati-hati tau.. Jalan yang licin dan penglihatan yang terhad semasa hujan lebat ni memang sukar kepada pemandu.. Kesabaran pun menjadi keutamaan juga tu..



Hari tu Diana pernah beritahu yang Diana tergoda sesangat tengok Rustic Apple Tart kat blog Akak Sha kan... Godaaan tu memang sampai ke malam dan bersambung pula ke siang hari.. Adeeh!!! Bagai terasa-rasa keenakannya kat tekak ni dan terbayang-bayang rupa apple tart tu... Heeheee.. Nak tak nak kena buat juga walaupun ada kerja yang menanti.. Macam mengidam la pula eh.. Hahaaaa.... Sememangnya epal ada kat peti sejuk tu.. Jadi keinginan nak menikmati Rustic Apple Tart nie semakin ler berganda-ganda...



Cuma... Cumaaaa... Tolong abaikan kehodohan tart crust yang Diana buat tu ya.. Heeheee ^_^... Diana memang kurang reti lagi bab buat pie dan tart ni.. Ni la pertama kali Diana buat Rustic Apple Pie ni tau... Namuuuun.... Kecantikannya tu terserlah ketika menikmati gigitan pertama taau... Tersangat la sedapnya tart crust tu... Terima kasih Kak Sha.. 


Rustic Apple tart ni Diana hidang bersama biji gajus panggang cincang, biji labu panggang cincang dan kacang pistachio cincang.. Diana sapu juga dengan sedikit jem oren yang telah dipanaskan... 


Terima kasih buat Akak Sha kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaap nie... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Terima kasih akak.. 

:: Resipi Oleh ~  Akak Sha @ My KitcheN My ReciPe's My CooKING @ MAsTerCheF KitCheN ( TQ )


RUSTIC APPLE TART


Untuk Kulit Pastri

Bahan-Bahan
  • 200 gm mentega sejuk _ dipotong dadu
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor dan putar hingga sebati.
  2. Adunan tidak perlu diuli.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Torakkan adunan dan aturkan inti buah epal di atasnya ( Rujuk di bawah untuk resipi inti epal ).
  5. Lipat tepi doh pastri dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan ( Diana taburkan 1 tbsp gula pasir di atas tart sebelum dibakar ).
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Jika ingin mendapatkan warna pastri kekuningan dan cantik, bolehlah spraykan dengan sedikit air dan bakar lagi selama 5 minit.
** Diana sapukan atas inti epal tu setelah tart masak dengan jem oren yang telah di panaskan dan taburkan di atasnya dengan cincangan biji gajus panggang, biji labu panggang  dan pistachio sebelum dihidang.



Untuk Inti Epal

Bahan-Bahan
  • 3 biji epal _ dikupas kulitnya, buang mempulur dan dipotong baji _ gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Sos
  • 1 cawan light brown sugar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 4 sudu besar gula pasir

Cara-Cara


  1. Masak di atas api sederhana hingga gula larut.
  2. Masukkan epal dan sentiasa dikacau hingga epal lembut.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sedia untuk digunakan.














BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 30, 2012

~ Paratha Apple Pie...

Sheery Dream Cakes | 7:55 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Untuk entri nie Diana nak kongsikan resipi Paratha Apple Pie resipi Akak Ummi sayaaang... Senang saja nak buatnya tau... Sedap pula tu...Terima kasih buat Akak Ummi di atas resipi yang sedap ni ya akak... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih... 




:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )


PARATHA APPLE PIE


Bahan-Bahan ( anggaran 2 biji pie )
  • 4 keping paratha puff jenama Kawan
  • 2 biji epal hijau _ dikupas dan didadu kecil
  • 3 sudu besar gula perang
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 3 sudu besar air * ( bahan * dibancuh bersama )
  • 1 biji kuning telur _ untuk sapuan

Cara-Cara
  1. Campurkan epal, gula perang, dan serbuk kayu manis dalam caserol dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga epal lembut dan airnya berkurangan.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sebentar hingga nampak pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  3. Sementara itu, lembutkan sikit paratha puff yang dikeluarkan dari peti ais. Canai sikit dengan roller.
  4. Letakkan sekeping paratha ke dalam acuan/loyang pie, tekan2 sikit, potong lebihan bahagian tepi jika perlu, dan cucuk dasarnya dengan garfu.
  5. Letakkan inti epal dan tutup dengan sekeping lagi dan klim dan kemaskan bahagian tepinya. Cucuk2 sikit permukaannya dengan garfu. Buat hingga habis - 2 keping digunakan untuk setiap pie..
  6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190°C ( suhu terpulang pd oven masing-masing ) selama lebih kurang 25 minit / hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai.....siaaappp!!







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...