Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

~ Resipi Bubur Keledek Bebola Pulut...

Sheery Dream Cakes | 6:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 sudah pun berakhir dan bermulalah cuti panjang persekolahan penggal akhir. Selamat bercuti untuk semua anak-anak dan juga cikgu-cikgu.. Sebagai ibubapa, termasuk Diana sendiri.. kita rancanglah aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak kita sepanjang cuti sekolah ini ya.. 

Diana sebagai seorang ibu, inilah masanya yang paling gembira sekali kerana biasanya masa cuti sekolah inilah anak-anak teringin hendak makan itu dan ini.. Seronok dapat menyediakan permintaan anak-anak.

Pagi tadi, sempat Diana memasak Bubur Keledek Bebola Pulut untuk kami sekeluarga... Sudah lama tidak ada permintaan untuk bubur ni.. Hari pertama cuti persekolah bermula untuk tahun ini, Diana masak bubur ini pagi tadi.. Jom semak resipinya..



BUBUR KELEDEK BEBOLA PULUT
  
Bahan-Bahan
  • 500 gm ubi keledek berwarna oren dan putih _ kupas kulitnya dan dipotong kecil
  • 2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 2 cawan air 
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Santan dalam kotak secukup kegunaan

Bahan Untuk Bebola Pulut
  • 150 gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Beberapa titik pewarna merah dan hijau

Cara-Cara
  1. Kukus ubi keledek hingga lembut. Ketepikan.
  2. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk bersama gula melaka. Masak hingga gula melaka larut.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan, garam dan biarkan ianya mendidih seketika.
  5. Kecilkan api. Masukkan ubi keledek kukus dan gaul rata. Ketepikan.
  6. Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang lain ( cukup untuk menenggelamkan bebola pulut ). Ketepikan.
  7. Campurkan tepung pulut bersama air di dalam mangkuk. Uli sehingga adunan dapat dibentuk. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan adunan dengan pewarna hijau dan merah setiap satu bahagian. Kemudiankan bentukkan bebola pulut mengikut citarasa masing-masing. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi dan biarkan sehingga bebola pulut itu timbul. Angkat bebola pulut itu dan masukkan ke dalam bubur keledek. Gaul dan sesuaikan rasa.
  8. Tutupkan api dan sedap dimakan panas atau sejuk.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, August 25, 2014

~ Resipi Mango Casablanca...

Sheery Dream Cakes | 8:21 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... Bertemu kembali di entri Mango Casablanca yang sangat sedap ini... Resipi Diana ikut dari blog Akak Amie ... Memang sudah lama sangat tergoda dengan Mango Casablanca ini.. Tapi minggu lepas baru ada kesempatan membuatnya... Memang berbaloi mencuba tau... 
Buat Akak Amie... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak... Terima kasih akak.. :)

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya.. Bolehlah semak resipinya di bawah ya… 

:: Sumber ~ Akak Amie @ Amie's Little Kitchen  ( TQ )

MANGO CASABLANCA 


Bahan-Bahan
  • 27 keping Biskut Cream Crakers
  • 1 kg mangga masak ranum _ kupas kulit dan hiris nipis
  • 250 gram Philadelphia Cream Cheese
  • 2 tin ( 300gram setiap 1 tin ) Nestle Cream _ ( Diana hanya bubuh 2 tin Nestle cream, 170gm setiap 1 tin )
  • 1/2 cawan whipping cream _ ( Diana tambah )
  • 300ml Sweeted Cream _ boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
  • Susu cair _ pilihan ( Amie tidak gunakan ) _ Diana tidak bubuh
  • Susu segar secukup kegunaan _ Diana tambah
  • Bekas persegi ukuran 8" X 8" 

Cara- Cara
  1. Pukul Cream Cheese, Nestle Cream, whipping cream ( jika anda menggunakannya ) dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
  2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
  3. * Langkah ini Diana tambah  ~ Celup biskut ke dalam susu segar sekejap, jangan sampai ianya lembik ya. 
  4. Susun 3x3  biskut berjumlah 9 keping.
  5. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  6. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
  7. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  8. Susun lagi 3x3  biskut sebanyak 9 keping.
  9. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
  10. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
  11. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
  12. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan potong untuk dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, July 13, 2014

~ Leminit & Pavlova Untuk Berbuka...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang… 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Pavlova… Pavlova ni tidak boleh makan selalu sebab rasanya agak manis… Sekali sekala tu boleh lah kan.. Tekak ni teringin pula hendak makan Pavlova kelmarin.. Itu yang buat tu untuk berbuka kelmarin.. Resipinya Diana ikut dari blog Akak Ita… Terima kasih Akak Ita dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...

:: Sumber ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ ) 

PAVLOVA 

Bahan-Bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor - Ita letak 3/4 cawan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
  2. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8 inc.
  3. Terbalik kan kertas. Kalau ada ring bulat pun boleh juga gunakan. 
  4. Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120 - 100°C.
  5. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  6. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  7. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dalam bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  8. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula sahaja dengan kaedah kaup balik.
  9. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 -100°C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  11. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan
  • Whiping Cream
  • Strawberry - didadu
  • Kiwi - didadu
  • Blueberry
  • Markisa

Cara-Cara
  1. Whiping Cream dipukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan atas pavlova tadi dan hiaskan dengan buah-buahan segar.
  3. Akhir sekali taburkan markisa.

** Note ~  Buah-buahan segar itu boleh digantikan dengan pelbagai jenis buah kegemaran anda. 

Makan Pavlova dengan Leminit Lemon… Hehehee… Apa itu Leminit @ Lemonade yang Diana maksudkan di sini? Kalau orang yang berada atau pernah tinggal di W.P.Labuan dan yang berdekatan dengannya.. Pasti tahu apa itu Leminit kan… Leminit ini ialah minuman berkarbonat.. Ianya ada pelbagai perisa dan saiz.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, June 10, 2014

~ Peanut Butter Cup / Oreo Chocolate Cheesecake Trifles Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:58 AM | | 6 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita masih diberikan ruang dan kesempatan untuk terus bernafas lagi menikmati nikmatNya yang begitu banyak sekali... Tidak lama lagi bulan Ramadhan yang dirindui bakal tiba.. Moga kita diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk bersama Ramadhan kali ini.. Amin.


Baiklah.. Hari ini Diana ingin kongsikan cara lain selain cara yang pernah dikongsikan di dalam resipi Peanut Butter Cup Chocolate Cheesecake di dalam entri yang lepas.. Kek yang memerlukan masa selama 2- 3 hari baru boleh dinikmati.. Alahai!! Tetapi untuk kali ini kita jadikan ianya trifles.. Lebih mudah dan cepat untuk menikmatinya.. Tidak perlulah menunggu sehingga 2-3 hari kan.. Jadi, apa kata kita semak resipinya pula..


~ Untuk resipi kek keju ini anda boleh pilih hendak menggunakan oreo atau peanut butter cup.. Terpulang pada citarasa masing-masing ya.. Jika tidak suka manis, boleh guna oreo.. Jika suka makan coklat, boleh gantikannya dengan peanut butter cup ( boleh buat sendiri atau beli yang sedia dijual di kedai tu ).. Di maklumkan juga resipi di bawah ini merupakan resipi yang telah Diana olah untuk trifles ya...


:: Resipi Oleh ~ Sprinkle Bakes  ( TQ )
:: Terjemahan & Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

PEANUT BUTTER CUP/OREO CHOC CHEESECAKE

Crustless Cheesecake portion
  • 30 mini peanut butter cups, dipotong 4 Atau boleh gantikannya dengan 1 bungkus biskut oreo double delight, peanut butter n choc cream, dipatah-patahkan 
  • 16 tbsp  mentega pada suhu bilik
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 kg cream cheese pada suhu bilik
  • 1- 3 oz. package cook and serve vanilla pudding _ ( Diana tidak bubuh )
  • 4 biji telur
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tbsp jus lemon 

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 165°C dan alas 2 loyang 9 inci dengan kertas minyak dan sapukan sekelilingnya dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Buangkan lebihan tepung dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream cheese dan pukul lagi hingga lembut. Scrape down dan pukul lagi dengan menggunakan kelajuan sederhana dan masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian masukkan baki bahan-bahan kecuali peanut butter cup / biskut oreo. Pukul sebati.
  4. Masukkan peanut butter cup atau biskut oreo ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaan aduanan kek.
  6. Bakar selama 55 minit - 1 jam atau sehingga kek masak bergantung kepada kepanasan suhu oven masing-masing.
  7. Setelah kek masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sementara kita menyediakan caremal dan kek coklat.



~ Caramel  ( boleh gandakan adunan jika suka )

Bahan-Bahan
  • 1 tin besar ( 500 gm ) susu pekat manis 
  • 5 tbsp mentega
  • 190 gm salted caramel _  Rujuk DI SINI untuk resipinya 

Cara-Cara 
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sehingga kesemua bahan sebati. 
  2. Tutupkan api dan ketepikan.
  3. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.

~ Chocolate cake portion
  • 1 3/4 cawan tepung serba guna 
  • 2 cawan gula kastor 
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 cawan kopi panas 



Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 180°C dan alas 2 loyang 9 inci dengan kertas minyak dan sapukan sekelilingnya dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Buangkan lebihan tepung dan ketepikan. 
  2. Ayak kesemua bahan-bahan kering dan ketepikan.
  3. Campurkan kesemua bahan basah kecuali KOPI PANAS ke dalam bekas dan gaul sebati. Ketepikan. 
  4. Masukkan bahan kering ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan rendah / perlahan. Masukkan bahan basah perlahan-lahan.
  5. Berhentikan mixer dan scrape down dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan. tambahkan kopi panas dan pukul sebati. 
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan. 
  7. Bakar selama 35 minit - 40 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada kepanasan suhu oven masing-masing. 
  8. Setelah kek masak, sejukkan dan ketepikan.


PEANUT BUTTER CUP/OREO CHOC CHEESECAKE

:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan
  • Peanut butter cup cheesecake  ATAU  Oreo cheesecake ( resipi rujuk di atas ) _ dipotong mengikut saiz bekas yang hendak digunakan
  • Kek coklat ( resipi rujuk di atas ) _ dipotong mengikut saiz bekas yang hendak digunakan 
  • Caramel ( resipi rujuk di atas )
  • Kacang macadamia & biji gajus panggang secukup kegunaan _ dicincang kasar 
  • Nutella secukup kegunaan
  • Krim nutella secukupnya _ ( Non-dairy whipping cream dipukul kental + Nutella secukup rasa )
Cara-Cara
  1. Letakkan sekeping kek coklat di dalam bekas dan tuangkan caramel di atasnya.
  2. Taburkan sedikit kacang dan lapis di atasnya dengan kek keju.
  3. Kemudian tuangkan caramel dan taburkan sedikit kacang.
  4. Lapis di atasnya dengan nutella dan picitkan krim nutella.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.  

::  Kek keju yang telah dipotong  ::







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, April 18, 2014

~ Chocolate Lasagna Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:24 PM | 21 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini terus sahaja kita tengok resipi Chocolate Lasagna ini ya.. Tiada apa yang hendak dicelotehkan sebenarnya... :) Jadi, jom semak resipinya di bawah ...

Resipi ini Diana olah dan gabungkan dari beberapa resipi... Kepada tuan empunya resipi, izinkan diana gabungkannya ya ( juga ada sedikit olahan yang dibuat )... Terima kasih... Jika ingin buat seperti yang Diana buat.. Cara Diana boleh rujuk di bawah ini ya…


:: Resipi Olahan Oleh ~  SheeryDreamCakes @ skybluemelleymey


CHOCOLATE LASAGNA  

Bahan-Bahan A
  • 36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) _ Diana campurkan oreo perisa vanilla dan peanut butter
  • 6 sudu besar butter dicairkan

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.

Bahan-Bahan B
  • 200 gm cream cheese
  • 1 cawan  Non-dairy whipping cream
  • 100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) _ Diana kurangkan sedikit
  • 2 sudu besar susu segar 

** Note ~ Gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal sedikit.


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. 

Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING ) ~ Diana buat 1 1/2 adunan
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/8 tsp garam
  • 3 cawan  susu segar = Diana buat ~ 1 1/2 cawan susu segar  +  1 1/2 cawan santan pekat
  • 185 gm dark chocolate _ dicincang
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 1 tbsp serbuk koko _ Diana tambah

Cara-Cara
  1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit ).* Diana guna hand whisk . 
  2. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
  3. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  4. Sejukkan dan ketepikan.

** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.


Cara Melapis 
  1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 
  3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut  pudding dan ratakan.
  4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
  5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.


Untuk Chocolate Lasagna ini, Diana rujuk resipinya di beberapa sumber seperti di bawah.. 

:: Sumber 1 ~ Zalieda Zaliedana  ( TQ )

Bahan-Bahan A 
  • 36 ketul oreo dikisar _( ambil krimnya sekali )
  • 6 sudu besar butter dicairkan

Bahan-Bahan B
  • 1 3/4 cawan instant choc pudding
  • 2 cawan fresh milk sejuk
  • 2 cawan whipping cream sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-Bahan C 
  • 200 gm cream cheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 100 gm gula kastor
  • 2 sudu besar fresh milk


Cara-Cara
  1. Campur Bahan A, sebatikan. Tekan rata di dalam loyang. Simpan di dalam fridge sebentar.
  2. Satukan Bahan B, masak di atas api dan kacau hingga pekat. Tutupkan api. Tapis pudding dan sejukkan sebentar.
  3. Untuk Bahan C ~ pukul whipping cream dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream cheese. Setelah sebati semua hingga berkrim masukkan susu dan sebatikan ...siap!



Cara Melapis
  1. Mula dengan Bahan A tadi.
  2. Lepas tu paipkan Bahan C separuh bahagian dan ratakan.
  3. Letak Bahan B hingga habis n ratakan. Biarkan sejuk sebentar. 
  4. Letak baki Bahan C tadi dan ratakan. Tabur choc chip dan simpan dalam fridge. 
  5. Sejukkan baru dimakan.


ATAU  anda ingin buat ikut resipi di bawah? 


:: Sumber 2 ~ Center Cut Cook  ( TQ ) 


INGREDIENTS
  • package regular Oreo cookies ( Not Double Stuff ) – about 36 cookies 
  • 6 Tablespoon butter, melted 
  • 1- 8 ounce package cream cheese, softened 
  • 1/4 cup granulated sugar 
  • 2 Tablespoons cold milk 
  • 1- 12 ounce tub Cool Whip, divided 
  • 2 – 3.9 ounce packages Chocolate Instant Pudding 
  • 3 1/4 cups cold milk 
  • 1 and 1/2 cups mini chocolate chips 


DIRECTIONS 
  1. Begin by crushing 36 Oreo cookies. I used my food processor for this, but you could also place them in a large ziplock bag and crush them with a rolling pin. When the Oreos have turned into fine crumbs, you are done. 
  2. Transfer the Oreo crumbs to a large bowl. Stir in 6 tablespoons melted butter and use a fork to incorporate the butter into the cookie crumbs. When the butter is distributed, transfer the mixture to a 9 x 13 inch baking dish. Press the crumbs into the bottom of the pan. Place the pan in the refrigerator while you work on the additional layers. 
  3. Mix the cream cheese with a mixer until light and fluffy. Add in 2 Tablespoons of milk, and sugar, and mix well. Stir in 1 and 1/4 cups Cool Whip. Spread this mixture over the crust. 
  4. In a bowl, combine chocolate instant pudding with 3 and 1/4 cups cold milk. Whisk for several minutes until the pudding starts to thicken. Use a spatula to spread the mixture over the previous cream cheese layer. Allow the dessert to rest for about 5 minutes so that the pudding can firm up further. Spread the remaining Cool Whip over the top. Sprinkle mini chocolate chips evenly over the top. Place in the freezer for 1 hour, or the refrigerator for 4 hours before serving.


:: Sumber 3 ~  Sites'n Bites ( TQ ) 

Silky Chocolate (Coconut) Pudding


4-6 servings
INGREDIENTS
  • 1/4 cup cornstarch
  • 1/2 cup sugar
  • 1/8 teaspoon salt
  • 3 cups whole milk ( substituted with coconut milk* )
  • 6 ounces 62% semisweet chocolate, coarsely chopped
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  1. Combine the cornstarch, sugar and salt in the top of a double boiler. Slowly whisk in the milk, scraping the bottom and sides with a heatproof spatula to incorporate the dry ingredients. Place over gently simmering water and stir occasionally, scraping the bottom and sides. Use a whisk as necessary should lumps begin to form. After 15 to 20 minutes, when the mixture begins to thicken and coats the back of the spoon, add the chocolate. Continue stirring for about 2 to 4 minutes, or until the pudding is smoooth and thickened. Remove from the heat and stir in the vanilla.
  2. Strain through a fine-mesh strainer into a serving bowl or into a large measuring cup with a spout and pour into individual serving dishes. ( I didn’t do this step because the pudding really came out smooth ).
  3. If you like pudding skin, pull plastic wrap over the top of the serving dish(es) before refrigerating. If you dislike pudding skin, place plastic wrap on top of the pudding and smooth it gently against the surface before refrigerating. Refrigerate for at least 30 minutes and up to 3 days.

* To make coconut milk from coconut milk powder, I used 4 tablespoons of coconut milk powder to 3 cups of water. Whisk together in a medium saucepan and let it come to a simmer before taking it off the heat. 
::  Boleh juga di simpan di dalam bekas begini  :: 


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, March 2, 2014

~ Resipi Bubur Ubi Badak / Ubi Belalai...

Sheery Dream Cakes | 9:57 AM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana nak kongsikan resipi campak-campak sahaja.. Bulan lepas punya cerita.. Hari ini baru boleh kongsikannya di sini... Ubi Badak atau ianya dipanggil Ubi Belalai di sesetengah tempat.. memang amat sukar untuk didapati di tempat Diana... Kadang-kadang setahun dua tidak nampak dijual di sini.. Mungkin juga ada dijual tetapi Dinana yang tidak nampak kan...


BUBUR UBI BADAK / UBI BELALAI  


Bahan-Bahan
  • Ubi badak / Ubi belalai  _ dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • Santan cair dan santan pekat secukup kegunaan atau boleh guna santan dalam kotak
  • Gula pasir 
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Cuci dan bersihkan ubi badak / ubi belalai dan toskan.
  2. Masukkan ubi ke dalam periuk bersama sedikit air.
  3. Rebus sehingga ianya hampir masak kemudian masukkan santan cair. Gaul dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Gaul rata dan didihkan seketika. Sesuaikan rasa. 
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang panas atau sejuk.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, February 24, 2014

~ No-Bake Oreo Cheesecake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 10:13 AM | | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang....

Dikesempatan ini Diana mewakili keluarga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis pertunangan adik bongsu Diana kelmarin... Tahniah sekali lagi buat adik Diana, Maddy dan Fatin... :)


Ok lah... Kita terus sahaja semak resipi untuk kali ini... No Bake Oreo Cheesecake.. Jom tengok resipinya..


NO-BAKE OREO CHEESECAKE  


Bahan-Bahan
  • 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik
  • 1 cawan Non-dairy whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat atau secukup rasa mengikut citarasa masing-masing
  • 1 tsp esen vanilla
  • Biskut oreo secukup kegunaan ( perisa ~ oreo with vanilla cream ) _ asingkan cream dari biskutnya & asingkan 28 keping cream untuk kegunaan nanti
  • Biskut oreo double delight ( peanut butter n choc cream ) secukup kegunaan _ dicincang kasar


Cara-Cara
  1. Kisar biskut oreo yang telah diasingkan dari creamnya dengan menggunakan food processor. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese hingga lembut. 
  3. Kemudian masukkan 28 keping cream oreo perisa vanilla dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga lembut berkrim.
  5. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  6. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  7. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
  8. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ke dalam bekas yang digunakan.
  9. Kemudian picitkan adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan sedikit biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang ( peanut butter n choc cream ).
  10. Picitkan lagi adunan krim keju di atasnya.
  11. Lapis lagi dengan biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang di atasnya.
  12. Letakkan sebiji biskut oreo ( peanut butter n choc cream ) di atasnya.
  13. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

::  Sekadar idea untuk hantaran pertunangan  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>