Tuesday, January 31, 2012

~ Coconut Milk Chocolate Cake..

Sheery Dream Cakes | 11:00 PM | 21 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah kita masih dIberi peluang bertemu kembali dI alam maya ni walaupun Diana kurang sihat sebenarnya... Kesibukan dalam beberapa hari ni membuatkan SBK sepi dari entri terbaru... Minta ampun dan maaf kerana tak berkesempatan lagi membalas semua komen yang ada dan BW pun hanya mana yang sempat saja buat maasa ini.. Terima kasih yang tak terhingga kerana masih setia lagi berkunjung ke dapur Diana ni... Terima kasih juga kepada yang sudi mencuba resipi-resipi di sini. Sayang anda semua...



Tadi sempat juga Diana buat Kek Coklat nie demi memenuhi permintaan yang nak makan kek coklat selepas dia balik dari sekolah... Ermm.. Faham-faham saja la kan kalau ikut selera anak kecil Diana ni .. Semuanya nak coklat.. :). Resipi kek ni Diana ambil dari blog Poires au Chocolat.. Dalam resipi ni.. santan salah satu bahannya.. Bila tengok kek ni kat blog dia hari tu.. Diana terus jatuh cinta kat kek ni... Ianya tak la susah nak sediakannya.. Mudah dan cepat.. Rasanya pun sedap..



Terima kasih kepada Poires au Chocolat kerana sudi berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini... TQ... Jom kita semak resipi Coconut Milk Chocolate Cake ni.. :) Ooo ya.. 



:: Sumber Dari ~ Poires au Chocolat ( TQ )
( Cake recipe adapted from this recipe on the little red house. blog )
COCONUT MILK CHOCOLATE CAKE

For the cake
  • 55g dark chocolate ( 70% )
  • 85g quality cocoa powder
  • 200ml boiling water
  • 145g plain flour
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 90g unsalted butter
  • 230g caster sugar
  • 50g dark muscovado sugar / brown sugar _ Diana guna gula perang yang berwarna gelap tu
  • 2 eggs
  • 275ml coconut milk 

For the ganache

  • 125ml coconut milk
  • 125g dark chocolate ( 70% )


  1. Line a square pan with greaseproof paper. Preheat the oven to 180°C/350°F. 
  2. Chop the chocolate up and place in a small bowl with the cocoa powder. Pour over the boiling water. Whisk until the chocolate has melted and the mixture is smooth. Set aside to cool. 
  3. Sift the flour, bicarbonate, baking power and salt into a bowl. 
  4. Melt the butter in a small saucepan. 
  5. Place the sugars in the bowl of a stand mix and whisk quickly to combine. 
  6. Add the melted butter and whisk until combined. 
  7. Add one egg and whisk to combine. Add the other egg and then whisk for 3 minutes until pale and thick. 
  8. Slowly add the coconut milk and then the chocolate mix, whisking as you go. 
  9. Finally add the content of the flour bowl and whisk to combine. Pour into the prepared pan. 
  10. Place in the oven and cook for 30 - 40 minutes, or until a toothpick comes out from the centre with a few damp crumbs instead of liquid mixture. Sit on a wire rack until cool. 
  11. When you're ready to ice the cake, pour the coconut milk into a small saucepan and place over a medium heat. 
  12. Chop the chocolate into small chunks and place into a small bowl. 
  13. When the coconut milk just comes to a boil take off the heat and pour over the chocolate.
  14. Leave for one minute then whisk until smooth. 
  15. Let cool for 10 minutes before pouring over the cake. 

Makes 16 small but super-rich squares )






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 29, 2012

~ Steamed Boxing Chicken Curry...

Sheery Dream Cakes | 11:48 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua… 

Untuk resipi seterusnya, Diana nak kongsikan resipi Steamed Boxing Chicken Curry.. Resipi ni Diana ambil dari buku masakan Classic Asian Curry.. Tetapi Diana dah olah mengikut citarasa keluarga Diana… Ayam ni sedap dimakan bersama nasi putih panas. Apa kata kita semak resipi olahan ini….


Tidak dapat dinafikan lagi menu ini memang banyak kerjanya.. Nak potong bentuk boxing.. Nak perap.. Lepas tu kena goreng ayam tu barulah dikukus.. Mana lagi bab nak sediakan kuahnya.. Memang banyak kerja tapi menu ini kegemaran anak-anak... Jadi semua itu memang tidak terasa bila tengok mereka berselera makan.. :).


Resipi Di bawah Adalah Resipi Olahan Oleh ~  skybluemelleymey



STEAMED BOXING CHICKEN CURRY

Bahan-Bahan A
  • 8 keping paha ayam ( ambil bahagian bawahnya sahaja ) _ buangkan kulitnya
  • 1 inci halia _ dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 biji cili padi _ dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah _ dihiris
  • 175 ml air
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis 

Bahan-Bahan B ( Dicampurkan )
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • Sedikit air panas

Bahan-Bahan C ( Secukup rasa )
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka
  • Asam jawa + sedikit air _ buangkan bijinya

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tbsp tepung beras
  • 1/2 tbsp tepung gandum
  • 1/2 tbsp tepung kastard
  • 1/2 tsp minyak bijan


Cara-Cara
  1. Kerat bahagian hujung paha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan. 
  4. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  5. Goreng bawang merah menjadi bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
  7. Kemudian masukkan bancuhan bahan-bahan B dan tumis sehingga pecah minyak.
  8. Tambahkan air dan bahan-bahan C. Biarkan ianya mendidih.
  9. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  10. Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
  11. Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
  12. Kukus ayam sehingga masak.
  13. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
  14. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

:: Resipi Asal Dari ~ Buku Masakan Classic Asian Curry 

:: Sebelum dikukus ::  


Anda juga boleh menggunakan ayam yang dipotong kepada ketulan kecil.. Hasilnya anda boleh tengok seperti gambar di bawah…





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 19, 2012

~ Ayam Bersos Limau Mandarin...

Sheery Dream Cakes | 8:34 AM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bila kita tengok gambar dan tajuk entri nie.. Pastinya semua dah sedia maklum yang Diana sekali lagi nak kongsikan resipi ayam eh... Heeheehee... Alahai!!! Ayam Lagiii!!?? Hahahaa... Apa tak nya kan... Anak-anak Diana lebih mengemari menu ayam berbanding makanan laut... 


Berbalik kita kepada resipi kali ni Ermmm.. Apa yang istimewanya kat ayam ni eh? Sebenarnya tak ada apa yang istimewa sangat.. Cuma ada sedikit kelainan dalam resipi  kali ni.. Salah satu bahan wajibnya ialah limau mandarin.. Tu yang istimewanya tu... Heehee.. Jadi kalau nak masak menu ni mesti ada limau mandarin tu.. Kalau nak tukar kepada buah oren boleh juga.. Tapi mungkin ada sedikit perbezaan dari segi rasa tu ( tak pasti sebab tak pernah cuba lagi dengan buah oren ).. 

Ayam goreng ni boleh juga dimakan macam tu saja tanpa sosnya.. Jadi.. Menu ni 2 dalam 1.. Boleh dijadikan Ayam Goreng ataupun Ayam Bersos Limau Mandarin.. Pilihan di tangan anda.. Heeheeehee.. ;).. Mari kita selongkar resipinya..

::  Sebaiknya guna limau mandarin yang manis ya ::

AYAM BERSOS LIMAU MANDARIN

Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 tbsp mentega
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung beras
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji telur _ dipukul ringan
  • 1 tbsp gula
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 1 tsp cuka hitam
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp sos plum Loon Kee
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbs sos tomato Maggi
  • 2 tbsp mayonis
  • 1/2 biji + 1 ulas limau mandarin _ kupas, buangkan biji dan kulit nipisnya.. ambil isi didalammya saja dan dipotong kecil
  • Seketul kecil gula batu ( 13 gm ) atau mengikut citarasa masing²
  • Garam dan gula secukup rasa jika perlu
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan² perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali yang lain... Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan² sos ( cuka hitam, sos tiram, sos plum, sos cili, sos tomato dan gula batu ) dan gaul rata.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga gula batu larut dan sos mendidih.
  6. Kemudian masukkan mayonis dan 1/2 biji limau mandarin.. Gaul rata menggunakan hand whisk.
  7. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  8. Tambahkan garam dan gula secukup rasa jika perlu.
  9. Tutupkan api dan masukkan 1 ulas limau mandarin dan gaul rata.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama lettuce dan nasi putih panas.

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 9, 2012

~ Durian Pancake / Kuih Dadar Durian...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | | 15 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok rancangan MasterChef Malaysia Akhir kan... Diana pun tidak melepaskan peluang tu.. Tahniah buat Dr Ezani kerana telah dinobatkan sebagai juara musiam pertama MasterChef Malaysia.. Tahniah juga buat Wahidan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir.. 

Hari ni Diana nak cerita tentang Kuih Dadar Durian  ni.. Diana buat pada sabtu lepas... Memang sedaaap sangat.. Simpan lagi dalam peti ais sebelum dimakan.. Aduuh!! Sepotong memang tidak cukup.. Cuma kulit Kuih Dadar Durian yang Diana buat ni tak berapa cantik.. Huhuuu... Tak licin macam orang lain buat.. Mungkin juga kerana Diana tukarkan pes pandan tu kepada daun pandan.. Hehehee.. Itu lah kan.. Pepandai nak ubah resipi.. Oleh kerana ada sedikit lagi stock durian.. Pagi ahad tu diana buat lagi ( tapi tak ambil gambar pun sebab nak cepat.. sebab ada jemputan kat majlis perkahwinan ).. Pagi tu Diana guna jer pes pandan dan hasilnya kulit kuih tu licin dan cantik.. Nak ulang ambil gambar memang virus M melanda... Tak apa lah kankan.. Tayang gambar yang sedia ada ni pun ok juga eh? Yang penting kesedapannya tu masih sama..


Untuk resipi ni Diana ambil dari dapur AlongRoz... Seperti yang Along maklumkan.. Memang sedap rasa gabungan kuit dan intinya tu.. Memang rugi kalau tak mencuba.. Sedaaap!!!. Terima kasih buat Along dan KakWan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..



DURIAN PANCAKE / KUIH DADAR DURIAN

~ Untuk Kulitnya...

:: Resipi Oleh ~ KakWan @ Citarasawan ( TQ )


Bahan-Bahan Untuk Kulit
  • 250ml Susu Cair
  • 100g Tepung Gandum
  • 1/4 st Garam
  • 3 biji Telur
  • 1 sb Mentega Cair
  • 1 sb Pes Pandan 


Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kulit ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Tapis.
  2. Ambil sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali menjadi dadar nipis.
  3. Biarkan sehingga masak sebelum diangkat.
  4. Buat semua sehingga habis.


~ Untuk Inti Krim Durian...

:: Resipi Oleh ~ AlongRoz @ HomeKreation ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 200ml Whipping Cream ( whipped ) 
  • 10 ulas isi durian



Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit ( yang Diana buat ~ bubuh 1 senduk inti krim durian dan sedikit isi durian ) dan lipat seperti bantal.
  3. Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Hidangkan segera atau disejukkan dahulu.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 8, 2012

~ Ayam Sos Plum Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 5:15 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Entri kali ni Diana nak kongsikan resipi  SBK yang pernah d siarkan di dalam Majalah Aroma Dec 2011. Terima kasih sekali lagi buat Akak Siti Dimiati dan semua yang terlibat. Resipi Ayam Sos Plum ni Diana cipta khas buat Majalah Aroma.. Dulu pernah juga Diana kongsikan resipi Ayam Sos Plum Versi 1 di sini... Nak tengok versi 1 tu klik kat  SINI  yer... 

AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam ( 650 gm ) _  dipotong kecil
  • 200 gm nenas kiub dalam tin _ dipotong 2
  • 3 biji cili padi _ dipotong 2
  • Sedikit daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap

  • 2 tsp sos lada hitam Life
  • 2 tsp gula
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur ( dipukul ringan )
  • 3 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung ubi kayu
  • Garam secukup rasa

Bahan A ( Dicincang halus )

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili merah

Bahan B

  • 3 tbsp sos plum Loon Kee
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 4 tbsp syrup nenas dalam tin

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama sos lada hitam, gula, minyak bijan, serbuk lada putih dan garam secukup rasa selama 30 minit.
  2. Kemudian gaulkan ayam bersama baki bahan perap ( telur, tepung kastard dan tepung ubi kayu ). Gaul rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A dan cili padi sehingga wangi dan sedikit garing. Ambil 1 1/2 tbsp bahan yang ditumis tadi dan ketepikan.
  5. Kemudian masukkan nenas kiub dan bahan B. Gaul rata dan setelah mendidih bolehlah sesuaikan rasa.
  6. Tutupkan api dan tuang di atas ayam goreng yang telah disusun di atas pinggan.
  7. Taburkan daun sup / ketumbar cincang dan 1 1/2 tbsp bahan tumis tadi di atas ayam semasa menghidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 6, 2012

~ Congo Bars Di Majlis Pertunangan Anak Saudara...

Sheery Dream Cakes | 9:25 AM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu... 


Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya... 

:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011



CONGO BARS


Bahan-Bahan
  • 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
  • 150 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 315 gm tepung serba guna
  • 2 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 gm serpihan coklat
  • Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
  • Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
  6. Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
  8. Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.


Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>