Wednesday, May 8, 2013

~ Aku Rindu.. Aku Sayang...




Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Waaah!! Tak sampai pun beberapa lama berehat sudah keluar entri terbaru SBK eh?... Huhuuu... Tipu la kan... Hehehhee... Sebenarnya rindu tu kat semua orang.... Itu yang muncul juga entri baru kan... 



Tapiiii kaaan..... Sebenarnya ... entri ini merupakan entri perpisahan... Huhuuuu... Inilah titik perhentian terakhir buat SBK... Berakhir sudah perjalanan SBK yang Diana sayangi.... Banyak kenangan manis dan pahit bersama SBK selama ini... Di sini jugalah tempat Diana berkongsi resipi dan sedikit pengalaman hidup juga sedikit photography tips yang semuanya serba sederhana gitu... Tiada apa yang istimewa pun kan... :). Namun Diana berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang memerlukannya... Blog ini Diana tidak akan tutup... Biarpun tiada berpenghuni lagi... Namun biarlah ianya menjadi rujukan buat diri sendiri bersama anak-anak atau mungkin buat anda semua yang masih sudi berkunjung ke SBK... Terima kasih buat semua..



Terima kasih juga buat akak-akak... abang- abang... adik-adik... juga teman- teman blogger yang sudi berkongsi resipi dan halalkan semua resipi yang pernah Diana kongsikannya di sini ya... Walaupun kita tidak pernah bersua muka... tak sekali pun bertentang mata... namun persahabatan yang tejalin selama ini seolah-olah seperti sudah lama mengenali anda semua... Kasih sayang yang hadir umpama kita berada dekat sahaja selama ini... :). Diana harap persahabatan ini akan kekal selamanya walaupun Diana tidak aktif lagi di alam maya ini ya... 






Baiklah... Pengakhir kata... Diana memohon ampun dan maaf seandainya selama ini Diana pernah terkasar bahasa... Terlanjur bicara... yang menyebabkan ada yang terasa hati berangkali kan... Maafkan Diana ya... Kenangan bersama anda semua tidak mungkin terpadam dan ianya tetap akan terpahat di hati ini.... Sekali lagi jutaan terima kasih buat semua dan Diana Sayang Anda Semua.... Moga kita akan bertemu lagi.... Salam Sayang dari Diana @ SBK.... Muahssssssssss...... 










Wednesday, April 24, 2013

~ Majlis Pertunangan Er-Er & Al...



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.... Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Pada 20hb April lepas, telah berlangsungnya majlis pertunangan daughter dengan Alan... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat ya...





Terima kasih kepada Jr Ray kerana membuatkan majlis pada hari itu lebih meriah lagi... Pelamin, baju dan makeup... semuanya dari Jr Jay Trading... Terima kasih sekali lagi ya Jr... ^_^... Sesiapa yang ingin menempah koleksi dari Jr Jay Trading.. Bolehlah hubungi beliau di facebook dia ya... :).. Baiklah.. Jom kita tengok gambar-gambar semasa majlis pertunangan mereka... :)



















::  Muka kepenatan tu dah nampak dah.. Hahahaa... ::


Terima kasih buat Ejoy & Nirah kerana sudi datang dari semenanjung ke W.P.Labuan hanya semata-mata menghadiri majlis pertunangan Er-Er.. Muahsss .. 

Kepada Ejoy & Yong.. Terima kasih kerana sudi tolong mengambil gambar-gambar ini semua ya... Sayang korang berdua tau... Hehhehee...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Barang hantaran pertunangan dari pihak lelaki berjumlah 17 dulang dan berbalas 27 dulang dari pihak kami.. Sekali lagi Diana serta keluarga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari itu... Baiklah.. Apa kata kita tengok sebahagian hantaran pertunangan dari pihak perempuan untuk pihak lelaki... :)






































Kek dan Cupcake ini Diana tempah dari Marlon.. Sesiapa yang ingin menenpah kek dari Marlon.. Bolehlah hubungi dia di Marlon M Tizon ( facebook ) ya... Terima kasih Marlon kerana sudi menerima tempahan dari Diana... ^_^.








Oppss!!! Hehehhee... Yang ini bukan barang hantaran ya... Hahaaa.. Inilah adik akak Ejoy yang sudi tolong akaknya ni ambil gambar pada hari tu.. Hihiiiiiii... Terima kasih Ejoy... 

Ok la... Entri kali ini merupakan entri terakhir untuk beberapa bulan ini... Diana kena berehat panjang buat seketika.. Jika diizinkan pasti kita akan bersua lagi di alam maya ini ya... Jumpa lagi... Sayang anda semua.... Muahssss!!!!!!

Jurugambar ~  Diana @ SBK, Ejoy & anak Diana, Yong.
Gambar diedit oleh ~  Diana @ SBK.
Pelamin, Baju & Makeup ~  JR Jay Trading, W.P.Labuan.






Sunday, April 14, 2013

~ Kelas Coklat ( Terima Kasih Emma )...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Terlebih dahulu Diana ingin maklumkan yang entri ini merupakan entri kedua terakhir untuk pertengahan tahun ini... Jadi hanya tinggal satu entri lagi belum diupdate sebelum SBK berehat panjang... 




Baiklah... Entri kali ini Diana ingin kongsikan sebahagian dari hasil mengikuti kelas coklat bersama Emma @ Chocoladenz Resources .. Terima kasih buat Emma kerana sudi bertandang ke rumah akak untuk kelas coklat ini.. Kelas yang sangat menyeronokkan.. Bertuah sesiapa yang pernah menjadi anak murid emma tau.. Sebab Emma seorang yang tidak kedekut ilmu.. Setiap langkah demi langkah serta petua-petua membuat coklat diajar dengan teliti... Akak dan daughter amat menghargainya... Terima kasih dari kami berdua dan setiap ilmu yang Emma curahkan itu pasti tidak akan kami persiakannya.. InsyaAllah.. :)


Oleh kerana mereka hendak berpindah ke Semenanjung semula... Jadi kami pasti akan merindui Emma semua... Juga merindui coklat dan desserts keluaran Chocoladenz... Huhuuuu... Selepas ini..walaupun kita duduk berjauhan.. Mudah-mudahan persahabataan yang terbina antara kita semua ini akan kekal selamanya serta di dalam redha dan rahmat Allah S.W.T.. Nanti kalau Emma sekeluarga datang ke Labuan lagi.. jangan lupa datang ke rumah akak tau.. :).