Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Monday, February 6, 2017

~ Bihun Goreng Tom Yam...

Sheery Dream Cakes | 3:37 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Hari ini Diana kongsikan resipi bihun goreng tom yam yang simple sahaja. Masak mengikut bahan yang ada. Anda boleh menambah daging, ayam, makanan laut atau bahan lain mengikut selera masing-masing ya. 

Sebenarnya bihun goreng ini lebih kepada selera anak kecil di rumah ini. Dia kurang suka bihun goreng yang dicampur banyak bahan di dalamnya. Kalau ikutkan seleranya memang bihun goreng telur sahaja... Hehehe..

Baiklah, jom kita semak resipinya di bawah.


BIHUN GORENG TOM YAM 

Bahan-Bahan
  • 300 gm bihun _ direndam hingga kembang dan tuskan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 bungkus perencah tom yam kung adabi
  • 2 tbsp cili boh
  • 1 tbsp sos ikan
  • Sedikit sos cili Thai Maggi
  • Sedikit sos cili Maggi
  • Sedikit daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar 
  • Segenggan udang kering _ cuci, rendam, bersihkan dan tuskan
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu besar bunga kantan yang dihiris kasar

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang besar hiris. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, perencah tom yam dan cili boh. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging ayam kisar dan gaul rata.
  4. Setelah ayam masak, masukkan sos cili thai, sos cili, gula dan sos ikan. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul sehingga semua bahan sebati. 
  6. Masukkan daun kucai dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah sedikit lagi sos ikan dan gaul sebati.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama telur dadar hiris.

:: NOTE ~
Anda boleh menambah bahan lain seperti ayam, daging, makanan laut atau bahan lain mengikut citarasa masing-masing.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, May 26, 2012

~ Bihun Goreng Ayam Dan Kerang...

Sheery Dream Cakes | 8:37 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi yang simple... Resipi Bihun Goreng Ayam Dan Kerang .. Bihun goreng ni memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit ya.. Ok la.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...



BIHUN GORENG AYAM DAN KERANG


Bahan-Bahan
  • 400 gm / 1 bungkus  bihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion ) 
  • 1 tin REX kerang panggang
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan A ( Kisar menggunakan Food Processor )
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya
  • 2 biji cili padi

Bahan-Bahan B ( Perap 10 minit )
  • 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp kicap cair
  • Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan C
  • 1 1/2 tbsp sos ikan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tbsp sos cili Maggi

Bahan-Bahan D ( Telur Sos Cili )
  • 5 biji telur 
  • 6 tbsp sos cili Maggi



Cara-Cara
  1. Rendam bihun hingga lembut ( Jangan rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
  2. :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan. 
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
  7. Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
  8. Setelah itu masukkan bahan-bahan C dan gaul.
  9. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul dan goreng bihun hingga garing.
  10. Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
  11. Sesuaikan rasa dan angkat.
  12. Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 4, 2011

~ Bihun Goreng..

Sheery Dream Cakes | 8:28 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja tengok resipi bihun goreng ini ya.. Jom semak resipinya…



BIHUN GORENG


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus bihun _ direndam ( Diana guna bihun Cap Ayam Belanda dari Eka )
  • 100 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 100 gm daging _ dihiris halus
  • 250 gm sotong _ dipotong bulat ATAU gantikan dengan 1 tin kerang panggang Rex Brand
  • 200 gm udang _ dibuang kulit dan kepalanya
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • 275 gm frozen mixed vegetables ATAU gantikan dengan lobak merah dan frozen corn kernels 
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji cili merah _ dicincang
  • 2 tbsp cili kering kisar 
  • 3 tbsp sos tiram
  • 5 - 6 1/2 tbsp sos cili ( bergantung kepada selera masing-masing )
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu. 
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula daging. Biar sehingga daging empuk.
  4. Masukkan ayam dan mixed vegetables. 
  5. Setelah ayam empuk bolehlah dimasukkan sotong, udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Gaul dan masukkan cili merah.
  7. Masukkan bihun dan gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  8. Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga bihun garing.
  9. Angkat dan hidang.
  10. Taburkan dengan hirisan daun sup jika suka.

::  Sedap dimakan bersama air perahan limau nipis  :: 

::  Ini versi Bihun Goreng yang dibubuh udang dan sotong  ::







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...