Monday, August 6, 2012

~ Cara SBK Mengambil Gambar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Baik ler.. Di atas permintaan beberapa orang... Entri kali nie Diana ingin kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk gambar² seperti di bawah nie yer..

::  Tiramisu  ::


::  Majalah Fotografika  &  Flickr  ::

Untuk mendapatkan kesan cahaya gelap di belakang hendak ler kita menggunakan papan yang berwarna gelap.. Diana lebih senang letakkan objek yang hendak di gambar tu dekat dengan pintu.. Semua gambar yang Diana ambil tiada yang menggunakan pencahayaan dari tingkat.. Semuanya cahaya yang datangnya dari arah pintu.. Bahan yang Diana gunakan semuanya bahan yang tak memerlukan modal yang banyak sebenarnya.. hanya memerlukan beberapa keping foam boards, white parchment paper, papan berwarna gelap ( atau lebih baik yang berwarna hitam, coklat gelap dan hijau gelap ) serta props yang ingin digunakan.. Sebagai contoh kita tengok cara Diana ambil gambar untuk resipi Ayam Mentega Udang Kering...



Caranya yang biasa Diana buat seperti gambar di bawah nie yer... Tapi yang nie Diana tidak menggunakan white parchment paper... Dan kedudukan sudu tu mungkin berbeza namun caranya adalah sama yer...



Foam boards tu boleh didapati di kedai yang menjual peralatan buku dan terpulang ler kepada keadaan cuaca sama ada hendak menggunakan foam board yang bersaiz kecil atau besar.. Kadang² Diana memerlukan 3 atau 4 keping foam boards untuk menghasilkan sesuatu karya mengikut kesesuaian karya yang kita inginkan..

Diana berharap ianya dapat sedikit membantu kepada sesiapa yang memerlukannya.. Diana bukan ler arif sangat dalam bidang nie.. Namun apa yang Diana kongsikan nie hanya ler apa yang biasa Diana buat selama nie yer.. Jika ada kekurangan Diana mohon maaf dan jika sudi kiranya boleh ler berikan tunjuk ajar kepada Diana.. Sama² ler kita belajar yer.. ;). Untuk entri yang akan datang.. Diana akan tunjukkan bagaimana cara Diana mengambil gambar seperti di bawah nie pula... Sampai jumpa lagi...






25 comments:

Ikhmal Yusoff said... Reply

cantik! nice shot..tq ajar :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Ikhmal Yusoff

terima kasih ikhmal... :)

quinnie said... Reply

usaha tangga kejayaan kan kak..hehehhe..nak gambar cantik memang kena ada usaha..:)

CitarasaKu said... Reply

Salam....saya suka sangat dgn artikel ini sangat berinfomasi. Saya selalu je tangkap muat setelah di teliti cara awak snap memang berbaloi sbb cantik sangat.

Diana @ Melley Mey said... Reply

@quinnie

betul2... hehehe.. akak setuju ngan quinnie 100%.. selagi mampu kita teruskan berusaha kan quinnie... InsyaAllah pasti akan membuahkan hasih karya yg kita kehendaki.. ;)

ijayuji said... Reply

Salam kakak canteks! salam ramadhan buat akak n family :-) rindu kat akak jugak! Kita sejak2 ni malas betul nak ambik gmbr kalau boleh nak cepat jer ambik gmbr n siappp :D mmg akak ni rajen buat sume2 nii sbb tu lerr gmbr cuns2. Tunggu kita rajennn byk byk sgt baru boleh buat mcm kat atas ni kalau tak mmg gitu ajerr lerr gmbr kita eheheh...

Kita puasa2 jer kot berblogging lepas tu dah tak berblogging sgt kena jaga badan pun ya :D nak2 nak balik beraya kat emsia aduhhhh.. risau memikirkan apa yg bakal berlaku kat mesia nanti sure nmpk tu nak nmpk ni nak :D akak take care ya, klu tak sihat rehat yg secukupnya, doa kita moga akak dberi kesihatan yg baik sepanjang ramadhan ni insyaAllah!

Diana @ Melley Mey said... Reply

@CitarasaKu

Salam...
Terima kasih... moga ianya dapat membantu... sama2 ler kita berkongsi dan belajar mendalami bidang nie .. InsyaAllah..

ibh_sue said... Reply

Asslmkum Kak Diana..
Miss u kak...Thank's utk info ni kak.
Apa pun, gambo akak tetap terbaik...:)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@ijayuji

Salam ika cayaang... Salam ramadhan juga buat ika sekeluarga.. tu ler kan ika.. akak pun baru nak mula aktif semula.. moga akak d berikan kesihatan yg baik lepas nie.. InsyaAllah..

wah nak balik m'sia yer thn nie .. beraya kat M'sia.. seronoknya .. ermm.. akak biasa buat mcm nie ika.. dah terbiasa sejak dulu lg.. bila dah biasa tu x der ler susah sgt.. nnt terbiasa ler tu.. InsyaAllah.. gambar2 yg ika ambil pun cantik tau... Akak pun berdoa moga ika dan keluarga sentiasa sihat sejahtera hendaknya selalu...

Azie said... Reply

Terima kasih kr sudi berkongsi. Sgt membantu terutama utk org mcm saya yg baru belajar food photography. Nak tanya kamera dan lense apa yg Diana gunakan.

Diana @ Melley Mey said... Reply

@ibh_sue

Salam sue... miss u gak sue... sama sue... ala sue.. gambar2 yg akak ambil nie pun biasa2 jer nie sue.. gambar yg sue ambil pun cantik2 tau..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Azie

sama2... diana pun masih baru lg dalam bidang nie.. sama2 ler kita belajar dan mendalami lg bidang food photography nie yer.. :). oo diana guna nikon D90 dan lens yg diana guna 18.0-105.0 mm f/3.5-5.6 jer sebenarnya...

Qasey Honey said... Reply

asslm kak Diana...lama xsinggah ke sni...tq kak berkongsi info tu utk org bru bljr mcm QH ni...ilmu yg sgt bguna...

FnF Simple Life said... Reply

Asslm Sis... terim kasih atas perkongsian ilmu ;)

Anonymous said... Reply

Salam kenal Kak Diana. Selalu Kak Diana beli bahan untuk buat kek kat mana yer di Labuan. Saya dah duduk Labuan kat setahun,tapi tak pernah pula jumpa kedai bahan2 kek. Selalu beli di D'One mart. Tapi tak banyak pilihan pula.

Amie said... Reply

Seronoknya dapat belajar ambil gambar melalui pengalaman teman-teman... tq Diana cayangggg.

CIK Y O N G said... Reply

wahhh..
thanks diana for sharing the info!

Cheq Sue said... Reply

hai kak diana, selamat berpuasa buat akak sekeluarga. berguna betul tips yang dibagi ni tapi kadang2 x ada masa nak siapkan segala props bagai, tu yang gambar pun jadi ala kadar je :)

Shiela said... Reply

terbaek Diana.. thanks for the info.. saya main amik ikut dan jer selalu tu..

Kak yon said... Reply

makanan sedap..gambar pun cantik. akk main amik aje gmbr..nk cepat..:)

Outbound di malang said... Reply

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang...terima kasih atas tunjuk ajar, mmg byk infor Diana dah share tu...cuma akak jek yg x dan nak letak segala props or praktik segalanya...main ikut dan jek...hehehhee... Nantilah bila akak dah setel dan selesai segalanya, bolehlah akak cuba cara Diana ni...muaaahh cayang..!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Selamat Hari Raya Diana dan Maaf Zahir Batin

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Salam Idil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Husni Nazra AB said... Reply

thanks diana atas ilmu yang dikongsikan... saya baru jer nak berseronok dengan dslr... jumpa info yang baik macam nie.. rasa sangat berterima kasih.