Sunday, September 2, 2012

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali nie... Hari nie pasti ramai yang pergi keluar bersiar² bersama keluarga tersayang kan.. Cuaca kat Labuan pun agak elok kalau nak pergi bersiar² kat taman ker kan.. Pergi tepi pantai ker kaaan.. :).. Ermmm.. Diana tak pergi mana² pun.. Hanya dok kat rumah jer... Cuma niat di hati tu nak buat cupcake sekejap lagi.. Saja jer nak hilangkan kebosanan... ;)


Entri kali nie.. Diana hanya nak kongsikan resipi ulang tayang jer ... Resipi campak² gitu jer pun... Chinese Rice Dumpling atau lebih dikenali sebagai Chang nie memang menjadi kegemaran kami sekeluarga... Dulu ada juga Diana pernah kongsikannya kat sini... Jika nak tengok entri lepas tentang Chang nie boleh ler klik kat  SINI yer... Baik ler.. Apa kata kita tengok resipi ulang tayang nie sekali lagi... Cuma kali nie Diana ada tambah 1 bahannya untuk versi kali nie yer.. :)


Bahan²
Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai
² yang menjual bahan
² untuk Chang ).
Pengikat Chang yang dibuat dari kulit pisang atau sejenis lalang / rumput _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bahan² Inti
Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong kecil²
Cendawan shitake kering _ direndam dan dipotong kecil ²
Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yg masih ada
Rebung dalam tin _ dihiris kecil²
Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan
Bawang merah _ dicincang halus
Bawang putih _ dicincang halus
Serbuk lada putih
Rempah 5 ( 5 spices )
Garam
Perencah pati ayam Tumix
Kicap pekat Yot Brand

**Boleh juga dicampur dengan bahan² seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing².

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada hitam dan rempah 5.
  4. Masak hingga bahan² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika. 
  6. Ketepikan.



:: Cara
² Menyediakan  Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat.

:: Cara² Membungkus Chang
  1. Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon. 
  2. Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
  3. Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
  4. Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang. Jika hendak tengok step by step cara membungkus chang klik kat    SINI.
  5. Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak. 
  6. Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 min. Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.




8 comments:

Naz / Nadz COSK said... Reply

Assallamualaikum diana..

Perghhh..tgk bahan2nya tu cam best jer.. Tak pernah rasa nasi ni.. Poskan barang 2-3 bungkus untuk Naz diana...

rahel said... Reply

Salam Diana...
Waa rajinnya dia buat rice dumpling...memang sedap tu...dulu2 selalu buat jugak utk makan2 di rumah...nanti klu ada senang mau buat lagi rice dumpling ni,cuma nak bersihkan daun buluh tu yg malas sikit..hehe...

Tina Othman said... Reply

sedapnya kak diana, rasa teringin pulak nak buat tapi kena carik barang dulu lah

selalu nak beli hehe confirm tak halal kan, dpt buat sendiri best jugak kan

Chik Mimi said... Reply

Assalam Diana,selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir n batin ,chang alahaiteringin nak buat tapi nampat macam susah tambah pulak nak membalutnya tu
Akak guna daun ni buat balut ketupat pulut

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang....akak kan x penah rasa la masakan ala china camni...mmg x reti nak buat, x reti nak makan jgk laaa...nampak mcm sedap jerk...tgk nasi ala2 gelap berkicap gitu, mcm selera la pulak...hahaha, layan tekak pose... ^__^

ijayuji said... Reply

Salam kakak manisssss, salam lebaran buat akak n family :-)) kita jakun lerrrr tak pernah makan tp selalu nmpk org cina buat, apa rasa eak? mcm lepat tak kak? ehehe..

Marsita yahya said... Reply

Salam Perkenalan,
rajinnya buat dumpling...lapar rasanya...

ibh_sue said... Reply

Asslmkum kak.
Pernah tengok kawan chines sue mkn ni..masa tu tgk mcm sedap ja.
Kalau nak rasa kena lah buat sendiri jawabnya ni. Apa pun thank's kak share resepi :)