pages

Monday, December 5, 2011

~ Resipi Ayam Pulut Kukus...

Sheery Dream Cakes | 6:48 PM | | 12 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali  d entri kali ni bersama menu ayam lagi.. Hehehhe... Asyik² tayang menu ayam kan.. Ish Ish Isshhh!!... Sabar jer ler kan :D.. Tapi tak apa ler yer.. Walaupun masih dengan menu ayam.. Namun resipinya lain²  ;). Kali ni Diana nak kongsikan resipi Ayam Pulut Kukus .. Ada cerita d sebalik terciptanya resipi ni dulu... 

Semasa d awal usia kandungan anak Diana yang ke dua.. Diana mengidam nak makan pulut kukus ala² Chang Ayam ( Rice Dumpling )... Nak buat memang tak larat masa tu sebab masa mengandung memang Diana sering loya.. Memang banyak kerja kena d buat kalau nak buat Chang tu.. nak cari daun lagi.. bersihkan daun lagi... Sepanjang mengandungkan tu siang malam memang tak senang duduk d buatnya sampaikan usia kandungan dah 9 bulan pun masih lagi muntah².. Tapi masa usia kandungan 6 bulan memang Diana buat Chang Ayam tu sekali.. Diana teringin nak makan sangat... Setiap kali Diana mengandung.. Tiada istilah malas atau tak suka memasak... Bertambah rajin pula ke dapur.. Hehhehee... Maka tercipta ler Ayam Pulut Kukus ni... Apa kata terus jer kita selongkar rersipinya..


::  Ni antara bahan yang d perlukan  ::


::  Pertama sekali halia dan bawang putih d tumis hingga garing bersama minyak bijan.. Kemudian masukkan cendawan dan goreng seketika.. Masukkan ayam dan gaul rata.. Masak 1 - 2 minit..  ::



::  Setelah itu masukkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.. Masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata. ::



::  Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana guna pengukus elektrik ).. Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.  ::





AYAM PULUT KUKUS

Bahan-Bahan
  • 1 keping peha ayam _ dipotong kecil
  • 1 cawan beras pulut _ dicuci dan toskan
  • 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
  • 1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ direndam dalam air panas dan dihiris halus
  • 2 inci halia _ dibersihkan dan ditumbuk kasar bersama kulitnya.
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit Garam


Bahan-bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 3 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/3 cawan air


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bahan-bahan A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>