Thursday, January 31, 2013

~ Cream Cracker Salted Caramel Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 4:41 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK... 

Hari ini hari yang paling malas nak edit semua gambar yang ada.. Huhuuuuu... Memang mood ke laut la hari ini... Adeeh!! Lepas tu berlanjutan pula kemalasan tu untuk menghadap komputer.. Hahhahaaa.... Ketawa kejap.. Mana tau mood mengupdte blog terus ok jadinya... :D


Baiklah... Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi kek yang sedap di tekak kami sekeluarga... Resipinya Diana ikut dari blog Khairul Abdullah.. Bila singgah di blog dia tempoh hari.. Ternampak lah resipi Cream Cracker layered Cake with Cream Cheese... Alahai!!! memang tergoda tengok gambarnya... Yang bestnya tu.. Kek ini mudah sahaja hendak menyediakannya.. Cuma Diana olah sedikit resipi ini mengikut citarasa kami sekeluarga... Terima kasih buat Khairul Abdullah di atas resipi ini dan izinkan Diana olah dan kongsikannya di sini pula ya.. Terima kasih.


Resipi asal menggunakan nestum dan milo.. Diana pula gantikannya kepada Koko Krunch Duo ( choc and white choc flavour )..  Susu pekat Diana tidak bubuh.. Hanya bubuh salted caramel... Itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing ya.. 

Gambar di atas ini pula cara-cara bagaimana Diana melapis kek ini.. Tapi gambar ini merupakan cara di pertengahannya ya.. Diana hendak tunjukkan bagaimana Diana tompok-tompokkan adunan cream cheese dan salted caramel tu.. Lepas itu dengan menggunakan sudu ratakan keduanya sehingga rata ( atau jika anda suka rasa salted caramel yang lebih sedikit, boleh masukkan salted caramel tu ke dalam piping bag dan picitkan salted caramel tu di atas lapisan adunan cheese tadi ).. Kemudian dilapis di atasnya dengan cream craker.. Mudahkan? Jadi.. Jom semak resipi olahan Diana terlebih dahulu...


:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey
( Diana buat 2 kali adunan di bawah ini )


CREAM CRACKER SALTED CARAMEL CHEESECAKE

Bahan-Bahan
  • 2 cawan cream cheese _ suhu bilik
  • 2/3 cawan unsalted butter
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan Koko Krunch Duo ( choc and white choc flavour ) _ di hancurkan / dikisar kasar ( gandakan sukatan sekiranya ingin melapis nipis adunan cream cheese ) 
  • Salted caramel _ ( resipi rujuk di bawah )
  • 20 - 35 keping atau secukup kegunaan cream crackers Hup Seng _ ( jika ingin melapis nipis adunan cream cheese, gandakan cream crackers )
  • 2 cawan atau secukup kegunaan susu segar
  • White chocolate dan milk chocolate untuk hiasan

Cara-Cara
  1. Sediakan bekas / loyang yang dialaskan dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  2. Pukul cream cheese dan butter sehingga sebati.
  3. Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  4. Rendam ( jika tidak menggunakan susu suam ) / celup ( jika menggunakan susu suam ) cream crackers ( jangan sampai lembik ) dan susun di dalam loyang / bekas.
  5. Sapukan adunan cream cheese di atasnya sehingga rata.
  6. Kemudian taburkan koko krunch kisar di atasnya.
  7. Tompokkan beberapa sudu adunan cream cheese diikuti dengan salted caramel di atasnya. Ratakan menggunakan sudu hingga sebati kedua adunan.
  8. Setelah itu rendam / celup cream crackers dan susun di atasnya. Sapukan lagi adunan cream cheese diikuti dengan koko krunch kisar dan seterusnya gabungan adunan cream cheese bersama salted caramel. Ulang langkah ini sehingga habis.
  9. Pastikan adunan cream cheese di lapisan terakhir.
  10. Hias dengan parutan white dan milk chocolate.
  11. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di potong.


:: Sumber dari ~  Manda @ Once Upon My Life  ( TQ )

SALTED CARAMEL
  • 1 cup sugar
  • 6 tablespoons salted butter cubed
  • 2/3 cup heavy cream, at room temperature _ Diana gantikannya dengan 1 tin kecil Nestle Cream ( Original ) 

Method

  1. Melt the sugar over medium high heat in a large pot. 
  2. Whisk the sugar as it melts and cook until it becomes a deep amber color. 
  3. Add the butter and stir it in until melted. 
  4. Pour in the heavy cream ( mixture will foam ) and whisk until you get a smooth sauce. You may have some lumps but keep stirring until they have melted. 
  5. Remove from heat and let cool. {I f you still have some lumps in the caramel after it has cooled - strain it through a fine mesh strainer }.  
  6. Store, covered, in the fridge. 


:: Resipi Asal & Sumber Dari ~ Khairul Abdullah  ( TQ ) 


CREAM CRACKER LAYERED CAKE with CREAM CHEESE  


Bahan-Bahan
  • 250gm Cream Cheese
  • 75gm Butter
  • Setengah cawan gula
  • 1 pek Cream Cracker ( anggaran dalam 40 keping )
  • 2 cawan susu – untuk rendaman biskut
  • Setengah cawan Nestum
  • Sedikit serbuk koko atau Milo
  • Susu Pekat atau Sos Karamel

Cara Membuatnya
  1. Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
  2. Rendam biskut ( jangan sampai lembik ) dan susun di dalam loyang / bekas.
  3. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
  4. Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel… dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
  5. Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. ( saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
  6. Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Hidang ketika sejuk.

:: Tips ~  Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum.







Kek ini juga sesuai dibubuh di dalam bekas seperti di bawah… Cantik juga untuk dijadikan sebagai hantaran pertunangan / perkahwinan atau mungkin juga ada yang ingin menjadikannya doorgift di majlis perkahwinan mereka.. ;)






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 29, 2013

~ Resipi Jeruk Kedondong...

Sheery Dream Cakes | 3:53 PM | 10 Comments so far
::  Yang ini gulanya belum larut sepenuhnya lagi. Bermakna belum sedia untuk dinikmati  ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kita kembali di entri kali ini... Hari ini Diana hanya ingin berkongsikan resipi yang mudah namun tidak dapat dinikmati terus... Hehehhee... Kena tunggu sehari semalam dulu.. Barulah dapat menikmatinya...


Di halaman rumah mama Diana.. Sememangnya banyak buah kedondong.. Buahnya tak putus-putus bak kata orang sini.. Alhamdulillah.. Tapi kami teramatlah jarangnya memetik buahnya.. Hinggalah petang tu.. Makcik Diana memetiknya dan nak buat jeruk katanya.. Wah!!!! Terliur pula dengar... Hehehe.. Itulah yang buat tu..


Diana buat jeruk kedondong ini dalam 2 versi.. 1 versi yang dihiris... Yang 1 lagi Diana birakan ianya bulat gitu.. Terpulanglah pada citarasa masing-masing ya.. Semasa kecil dulu.. Diana selalu buat jeruk kedondong bersama mama dan arwah nenek.. Yang rajin buat jeruk kedondong ini ialah arwah nenek... Sedap.. Suka sangat makan. Tapi dah lama dah Diana tidak buat jeruk kedondong.. Entah dah berpuluh tahun dah kot.. 


Resipinya teramatlah mudahnya...Banyak versi untuk membuat jeruk buah-buahan ini kan... Masing-masing ada cara tersendiri... Apa kata kita tengok cara keluarga Diana menyediakan jeruk kedondong pula.. 


JERUK KEDONDONG

Bahan-Bahan
  • Buah kedondong _ dikupas kulitnya ( jika suka boleh juga dihiris kasar )
  • Cili padi _ dibelah 2
  • Garam
  • Gula

Cara-Cara
  1. Bersihkan buah kedondong dan toskan.
  2. Masukkan buah kedondong dan cili padi ke dalam balang kedap udara.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam. Biarkan begitu tanpa digaul.
  4. Tutupkan balang dan biarkan sehingga gula dan garamnya larut sepenuhnya.
  5. Setelah bermalam, bolehlah dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 25, 2013

~ Oreo Cheesecake Cookies...

Sheery Dream Cakes | 11:21 AM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Memandangkan hari ini maid cuti.. Jadi banyak kerja yang hendak diuruskan di rumah ini.. Ermm.. Tak tahu apa nak tulis lagi... Hehheheee... Biarlah gambar-gambar di bawah sahaja berbicara ya... Bolehkah gitu? Hehhehee...


Terima kasih buat Passion 4 baking kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. TQ... 


:: Resipi Dari ~  Passion 4 baking  ( TQ )


OREO CHEESECAKE COOKIES  

Bahan-Bahan
  • 113 gm mentega ( suhu bilik )
  • 100 gm Philadelphia cream cheese
  • 225 gm gula _ Diana bubuh 200 gm 
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 180 gm tepung
  • 100 gm chocolate buttons _ Diana guna 50 gm milk choc + 50 gm biskut oreo yang di cincang kasar
  • 1 pkg biskut Oreo _ buangkan krimnya dan dikisar halus
  • Pink strawberry chocolate / white chocolate  

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
  2. Pukul mentega dan cream cheese selama 8 minit sehingga sebati dan gebu.
  3. Dengan menggunakan spatula, gaulkan adunan seketika.
  4. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit sehingga ianya sebati. Gaul lagi dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla dan tepung. Pukul adunan  sehingga rata ( boleh juga gaul kaup menggunakan spatula ).
  6. Masukkan chocolate buttons / milk chocolate ( serta biskut oreo jika suka ) dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Dengan menggunakan ice cream scoop, ambil sesudu adunan dan saluti dengan biskut oreo yang telah dikisar halus.
  8. Letakkan di atas dulang pembakar dan buat begini sehingga adunan habis.
  9. Bakar selama 12 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Hias dengan white chocolate cair.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 19, 2013

~ Claypot Chicken Rice...

Sheery Dream Cakes | 9:15 AM | | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang ....

Ermmm.. Dapur kat rumah ni sudah bercuti memasak yang berat-berat gitu... Maka bagaimana pula nasib dapur maya? Terpaksa jugalah bercuti kan.. Atau hanya ada menu ringkas sahaja nanti? Entah lah! Biarkan waktu sahaja yang menentukannya nanti.. Hehhehehe....

Beberapa hari lepas Diana ada masak Claypot Chicken Rice... Sudah lama tidak masak menu ini.. Teringin pula hendak makan :) Anak-anak Diana pun suka makan Claypot Chicken Rice.. Kalau masak pun berbaloi sebab pasti habis punya.. Hehhehee... Ok lah.. Terus sahajalah kita tengok resipinya ya... 

::  Jika suka pedas.. boleh tambah cili keringnya ya  ::

CLAYPOT CHICKEN RICE


Bahan-Bahan
  • 1 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 4 keping cendawan shitake kering 
  • 4 ulas bawang putih _ diketuk dan dicincang
  • 1 inci halia _ dihiris halus
  • 4 tangkai cili kering _ di potong 3
  • Cili merah _ dicincang
  • Daun bawang _ dihiris

Bahan-Bahan A 
  • 500 gm ayam tanpa kulitnya _ dipotong kecil
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix 
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan B 
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • Sedikit gula jika perlu
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 1 jam. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumiskan bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi seketika. 
  4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak selama 3 minit.
  5. Setelah itu tambahkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan pula bahan-bahan B dan gaul. Masak sehingga ayam 3/4 masak. Tutupkan api dan asingkan ayam dan kuahnya. Ketepikan.
  7. Masukkan beras dan air secukupnya ( sukatan air seperti memasak nasi biasa ) ke dalam claypot. Tutupkan dengan penutupnya. Masak di atas api sederhana sehingga nasi hampir masak.
  8. Letakkan ayam di atas nasi dan tutupkan penutupnya semula. Teruskan memasak sehingga ayam dan nasi masak.
  9. Tutupkan api dan biarkan selama 3 minit. Jangan buka penutupnya.
  10. Curahkan kuah ayam tadi dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
  11. Gaul rata dan hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 15, 2013

~ Mexican Grilled Corn...

Sheery Dream Cakes | 8:57 AM | | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam sayang... 

Pagi ini cuaca masih tidak elok.. Sama seperti kelmarin yang mana hujan seharian.. hinggakan ke malam pun masih hujan lebat... Kelmarin teringin sangat nak ambil gambar jagung ini bersama kulitnya sekali dalam latarbelakang gelap.. Namun semuanya tidak tercapai.. Huhuuuu... Sebenarnya bukan faktor cuaca.. Tapi disebabkan tidak jumpa jagung yang dijual bersama kulitnya.. Diana hanya dapat beli jagung yang sudah dikupas kulitnya... Ermmm... Tapi tidak apalah.. Lain kali pasti ada.. Hehee.. Sebab anak-anak dan hubby suka makan Mexican Grilled Corn ini.. Sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.. 

Resipi ini Diana ikut dari  blog Phantom Gourment... Dalam resipi ini ada menggunakan Parmesan cheese.. Tapi Diana tidak bubuh sebab baru sahaja makan pizza tengahari kelmarin.. Sebelum itu pun sudah makan Snow Cheesecake.. Alahai!!! Keju memanjang nampaknya kan.. Hehehhee... Jadi Diana tidak bubuhlah keju untuk resipi jagung ini.. Oklah.. Jom tengok resipinya.. Terima kasih buat Phantom Gourment di atas resipi ini... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... TQ.. 

:: Resipi Oleh ~ Phantom Gourment  ( TQ )



MEXICAN GRILLED CORN


Ingredients
  • 4 ears corn
  • 1/4 cup melted butter
  • 1/4 cup mayonnaise
  • 1/2 cup coarsely grated Parmesan cheese 
  • 1 tsp salt
  • Pinch Chili powder
  • 4 wedges lime 
  • 1 tsp freshly grated lime zest 

Method
  1. Preheat the grill to medium. 
  2. Lightly spray corn with cooking spray or olive oil.
  3. Grill corn, turning several times, for 8-10 minutes, or until you accomplish those great grill marks. 
  4. Spread butter on the corn, then mayonnaise, and sprinkle with the Parmesan and chili powder. 
  5. Finally, drizzle with lime juice, sprinkle with lime zest, and serve. 

:: Cara Diana pula ~ 

Bahan-Bahan

  • Jagung manis
  • Mentega cair
  • Mayonis
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Hirisan daun bawang
  • Limau nipis


Cara-Cara
  1. Letakkan jagung di dalam Amway Happy Grill Pan dan tutupkan penutupnya ( Diana tidak bubuh minyak masak / minyak zaitun ) 
  2. Masak beberapa minit di atas api sederhana. Kemudian terbalikkan jagung dan masak lagi. Buat begini sehingga jagung masak sepenuhnya.
  3. Setelah jagung masak, keluarkan dari Grill Pan dan sapukan mentega cair serta mayonis.
  4. Taburkan dengan serbuk cili, serbuk lada hitam dan hirisan daun bawang.
  5. Perahkan limau nipis di atas jagung sebelum menikmatinya ( jika suka ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 14, 2013

~ Snow Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 10:31 AM | 14 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ini kurang sihat sedikit... Kepala sakit dan berdenyut-denyut rasanya sekarang ini.. Tapi tidak apa.. Diana buat 1 entri juga pagi ini ya..  Ok lah.. tidak mahu banyak membebel di kala kepala sakit ini.. Terus sahaja kita tengok resipi Snow Cheesecake yang sedap ini.. Terima kasih buat tuan punya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini dan terima kasih juga kepada yang mengetengahkan resipi ini ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula.. Terima kasih.. 


:: Resipi Oleh ~ Sheery mz @ MyR  ( TQ )
:: Sumber & cnp Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )


SNOW CHEESECAKE

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur ayam _ ( buang 2 putihnya )
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour ( Diana pun guna self raising flour )
  • 60 gram tepung jagung _ ( maizena )
  • 50 gram air sejuk _ ( dari peti ais )
  • 1 sudu teh baking powder _ tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega _ ( dicairkan )
  • izah tambah esen vanilla _ Diana pun tambah esen vanilla

Untuk Krim

  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis _ izah letak sekadar manis pada selera ( Diana buah seperti izah )

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


Untuk Topping
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
  6. ** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
  7. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
  8. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  9. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  10. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  11. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 11, 2013

~ Honey Prawns...

Sheery Dream Cakes | 9:15 PM | | | 7 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Dalam entri kali ini tiada resipi untuk dikongsikan.. Hanya mahu berkongsikan beberapa gambar Honey Prawns sahaja.. Udang ini boleh juga dimakan bersama sos cili jika tidak mahu bubuh madu.. Anak-anak Diana suka makan udang ini tanpa madu.. Hanya cicah sos cili sahaja..Resipi dari dari Buku Masakan Prawns, 50 fabulous recipes ini memang menepati citarasa kami sekeluarga. Jika anda belum memiliki buku masakan ini, apa kata anda dapatkannya di kedai buku yang berdekatan. Memang berbaloi memilikinya. Jom cuci mata lagi dengan gambar-gambar di bawah..




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>