Showing posts with label Pie / Tart / Puff. Show all posts
Showing posts with label Pie / Tart / Puff. Show all posts

Friday, March 30, 2012

~ Paratha Apple Pie...

Sheery Dream Cakes | 10:43 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog Diana ni walaupun tuan rumahnya kejap ada.. Kejap tak ada kan.. Maaf sesangat sebab belum ada kesempatan nak BW lagi... Beberapa hari ni memang terasa letih sesangat.. InsyaAllah kalau tiada apa halangan esok baru dapat Diana BW ya... 



Untuk entri kali ini Diana nak kongsikan resipi Paratha Apple Pie resipi Akak Ummi Cayaaang... :). Senang saja nak buatnya tau... Sedap pula tu... Terima kasih buat Akak Ummi di atas resipi yang sedap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya akak..Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )

Bahan-bahan ( anggaran 2 biji pie )
  • 4 keping paratha puff jenama Kawan
  • 2 biji epal hijau _ dikupas dan didadu kecil
  • 3 sudu besar gula perang
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 3 sudu besar air * ( bahan * dibancuh bersama )
  • 1 biji kuning telor _ untuk sapuan

Cara-cara
  1. Campurkan epal, gula perang, dan serbuk kayu manis dalam caserol dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga epal lembut dan airnya berkurangan.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sebentar hingga nampak pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  3. Sementara itu, lembutkan sikit paratha puff yang dikeluarkan dari peti ais. Canai sikit dengan roller.
  4. Letakkan sekeping paratha ke dalam acuan/loyang pie, tekan2 sikit, potong lebihan bahagian tepi jika perlu, dan cucuk dasarnya dengan garfu.
  5. Letakkan inti epal dan tutup dengan sekeping lagi dan klim dan kemaskan bahagian tepinya. Cucuk2 sikit permukaannya dengan garfu. Buat hingga habis - 2 keping digunakan untuk setiap pie..
  6. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190°C ( suhu terpulang pd oven masing-masing ) selama lebih kurang 25 minit / hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai.....siaaappp!!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>