Friday, April 18, 2014

~ Chocolate Lasagna...

Sheery Dream Cakes | 8:24 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini terus sahaja kita tengok resipi Chocolate Lasagna ini ya.. Tiada apa yang hendak dicelotehkan sebenarnya... :) Jadi, jom semak resipinya di bawah ...

Resipi ini Diana olah dan gabungkan dari beberapa resipi... Kepada tuan empunya resipi, izinkan diana gabungkannya ya ( juga ada sedikit olahan yang dibuat )... Terima kasih... Jika ingin buat seperti yang Diana buat.. Cara Diana boleh rujuk di bawah ini ya…


:: Resipi Olahan Oleh ~  SheeryDreamCakes @ skybluemelleymey


CHOCOLATE LASAGNA  

Bahan-Bahan A
  • 36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) _ Diana campurkan oreo perisa vanilla dan peanut butter
  • 6 sudu besar butter dicairkan

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.

Bahan-Bahan B
  • 200 gm cream cheese
  • 1 cawan  Non-dairy whipping cream
  • 100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) _ Diana kurangkan sedikit
  • 2 sudu besar susu segar 

** Note ~ Gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal sedikit.


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. 

Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING ) ~ Diana buat 1 1/2 adunan
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/8 tsp garam
  • 3 cawan  susu segar = Diana buat ~ 1 1/2 cawan susu segar  +  1 1/2 cawan santan pekat
  • 185 gm dark chocolate _ dicincang
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 1 tbsp serbuk koko _ Diana tambah

Cara-Cara
  1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit ).* Diana guna hand whisk . 
  2. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
  3. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  4. Sejukkan dan ketepikan.

** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.


Cara Melapis 
  1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 
  3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut  pudding dan ratakan.
  4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
  5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.


Untuk Chocolate Lasagna ini, Diana rujuk resipinya di beberapa sumber seperti di bawah.. 

:: Sumber 1 ~ Zalieda Zaliedana  ( TQ )

Bahan-Bahan A 
  • 36 ketul oreo dikisar _( ambil krimnya sekali )
  • 6 sudu besar butter dicairkan

Bahan-Bahan B
  • 1 3/4 cawan instant choc pudding
  • 2 cawan fresh milk sejuk
  • 2 cawan whipping cream sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-Bahan C 
  • 200 gm cream cheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 100 gm gula kastor
  • 2 sudu besar fresh milk


Cara-Cara
  1. Campur Bahan A, sebatikan. Tekan rata di dalam loyang. Simpan di dalam fridge sebentar.
  2. Satukan Bahan B, masak di atas api dan kacau hingga pekat. Tutupkan api. Tapis pudding dan sejukkan sebentar.
  3. Untuk Bahan C ~ pukul whipping cream dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream cheese. Setelah sebati semua hingga berkrim masukkan susu dan sebatikan ...siap!



Cara Melapis
  1. Mula dengan Bahan A tadi.
  2. Lepas tu paipkan Bahan C separuh bahagian dan ratakan.
  3. Letak Bahan B hingga habis n ratakan. Biarkan sejuk sebentar. 
  4. Letak baki Bahan C tadi dan ratakan. Tabur choc chip dan simpan dalam fridge. 
  5. Sejukkan baru dimakan.


ATAU  anda ingin buat ikut resipi di bawah? 


:: Sumber 2 ~ Center Cut Cook  ( TQ ) 


INGREDIENTS
  • package regular Oreo cookies ( Not Double Stuff ) – about 36 cookies 
  • 6 Tablespoon butter, melted 
  • 1- 8 ounce package cream cheese, softened 
  • 1/4 cup granulated sugar 
  • 2 Tablespoons cold milk 
  • 1- 12 ounce tub Cool Whip, divided 
  • 2 – 3.9 ounce packages Chocolate Instant Pudding 
  • 3 1/4 cups cold milk 
  • 1 and 1/2 cups mini chocolate chips 


DIRECTIONS 
  1. Begin by crushing 36 Oreo cookies. I used my food processor for this, but you could also place them in a large ziplock bag and crush them with a rolling pin. When the Oreos have turned into fine crumbs, you are done. 
  2. Transfer the Oreo crumbs to a large bowl. Stir in 6 tablespoons melted butter and use a fork to incorporate the butter into the cookie crumbs. When the butter is distributed, transfer the mixture to a 9 x 13 inch baking dish. Press the crumbs into the bottom of the pan. Place the pan in the refrigerator while you work on the additional layers. 
  3. Mix the cream cheese with a mixer until light and fluffy. Add in 2 Tablespoons of milk, and sugar, and mix well. Stir in 1 and 1/4 cups Cool Whip. Spread this mixture over the crust. 
  4. In a bowl, combine chocolate instant pudding with 3 and 1/4 cups cold milk. Whisk for several minutes until the pudding starts to thicken. Use a spatula to spread the mixture over the previous cream cheese layer. Allow the dessert to rest for about 5 minutes so that the pudding can firm up further. Spread the remaining Cool Whip over the top. Sprinkle mini chocolate chips evenly over the top. Place in the freezer for 1 hour, or the refrigerator for 4 hours before serving.


:: Sumber 3 ~  Sites'n Bites ( TQ ) 

Silky Chocolate (Coconut) Pudding


4-6 servings
INGREDIENTS
  • 1/4 cup cornstarch
  • 1/2 cup sugar
  • 1/8 teaspoon salt
  • 3 cups whole milk ( substituted with coconut milk* )
  • 6 ounces 62% semisweet chocolate, coarsely chopped
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  1. Combine the cornstarch, sugar and salt in the top of a double boiler. Slowly whisk in the milk, scraping the bottom and sides with a heatproof spatula to incorporate the dry ingredients. Place over gently simmering water and stir occasionally, scraping the bottom and sides. Use a whisk as necessary should lumps begin to form. After 15 to 20 minutes, when the mixture begins to thicken and coats the back of the spoon, add the chocolate. Continue stirring for about 2 to 4 minutes, or until the pudding is smoooth and thickened. Remove from the heat and stir in the vanilla.
  2. Strain through a fine-mesh strainer into a serving bowl or into a large measuring cup with a spout and pour into individual serving dishes. ( I didn’t do this step because the pudding really came out smooth ).
  3. If you like pudding skin, pull plastic wrap over the top of the serving dish(es) before refrigerating. If you dislike pudding skin, place plastic wrap on top of the pudding and smooth it gently against the surface before refrigerating. Refrigerate for at least 30 minutes and up to 3 days.

* To make coconut milk from coconut milk powder, I used 4 tablespoons of coconut milk powder to 3 cups of water. Whisk together in a medium saucepan and let it come to a simmer before taking it off the heat. 
::  Boleh juga di simpan di dalam bekas begini  :: 


21 comments:

Zam said... Reply

akak jual ke ni.. sedap!!

adda syuhada said... Reply

sedap ooo....

tun_telani said... Reply

Salam kak diana cyg... adoiii... kalau dpt ni mmg mkn xingat dh kt lemuak2 tepu dlm badan.. huhu...

cheq da said... Reply

Wowww...kak diana..mcm kek aiskrim yg beli kat kedai 2

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana

tengokpun dah tahu pasti sedap....dg cheese..coklat...biskut oreo....yummynya, rasa nak kidnap je sebekas....hi...

Anonymous said... Reply

adoi kak diana, berbunyi perut tgk kek ni, sedapnya, thanks for the recipe ye

nanti2 kalau rajin nak buat hehe

Mardiana said... Reply

Salam perkenalan.. Pertama kali membaca blog saudari.. Resepi dan gambar2 sangat cantik dan mengkagumkan.. :-) untuk resepi diatas ni, kalau saya gunakan loyang.. Berapa besar loyang yang sesuai ya? Terima kasih atas perkongsian. :-)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Zamani Abe
Akak x jual, zam... :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@adda syuhada
Jika suka oreo + cheese + choc pasti suka.. :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@tun_telani
Salam tun.... Heheee... Tu la kan... Hancur diet... Bertambah la lemak2 yg ada kan tun cayang,.. Hehehe

Sheery Dream Cakes said... Reply

@cheq da
Oo ye ke... Nasib baik bukan ice cream kan.. Kalau ice cream lagi2 la sedap berganda... Terbayang2 ice cream oreo tu... Sedap2!!!

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Mamasya
Wsalam mamasya...
Hehee... Kita dok berjauhan... Kalau tak... Bole juga diana bagi sikit kat mamasya kan,,, :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Tina Othman
Hehhe... Jom la buat tina.. Perut dah berbunyi2 tu... ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Mardiana
Salam perkenalan mardiana... Terima kasih sudi singgah .... Ermm.. Sebenarnya saya pun lom pernah buat bubuh dalam loyang... Hanya bubuh dlm bekas kecik tu je dear...

Mardiana said... Reply

Oh ok..sy baru buat smlm..blm try lg dlm fridge.. da tk sbr nk rasa hihi..tqvm :-)

Ismail N said... Reply

Boleh minta satu bekas yg ada dlm fridge tu?... hehehe

Mai Has said... Reply

Wahhh...selalunya savoury lasagna tapi ini sesuatu yang baru!nak buat berniaga pun boleh ni...hihih

Unknown said... Reply

salam perkenalan..
saya baru je nak try buat. tapi kalo boleh sis bagitau berapa bekas boleh dapat untuk satu adunan tu.. untuk bajet2 buat kenduri nnti..tak kisah lah bekas empat segi or bulat seperti didalam gambar tu

Unknown said... Reply

Diana brand apa bole dapat instant chocolate pudding

Sheery Dream Cakes said... Reply

@fara kuraisya
salam perkenalan fara...
tak pasti pyla boleh dpt brapa bekas.. sbb masa tu lupa pula kira.. huhuuuu

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Ilman Amin
diana tak buat resipi yg menggunakan instant choc pudding tu... diana buat resipi choc coconut pudding spt dlm resipi yg bawah tu ya...