Tuesday, June 6, 2017

~ Resipi Air Cendol...

Sheery Dream Cakes | 11:28 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Air cendol merupakan air kegemaran Diana. Kelmarin teringin pula rasanya nak minum air cendol semasa berbuka puasa. Di pasar Ramadhan, kita akan nampak deretan gerai menjual pelbagai jenis minuman. Salah satunya air yang dijual ialah air cendol. Ada air cendol santan dan pastinya air cendol susu juga banyak dijual di sana. Orang di rumah ni, mesti setiap hari membeli air di Bazar Ramadhan. Mereka suka minum ketika berbuka puasa.

Tetapi, kelmarin, Diana buat sendiri air cendol untuk kami berbuka puasa. Sudah lama Diana tidak minum minuman seperti ni sejak beratkins ni. Jadi bila teringin nak minum sangat, ada baiknya Diana buat sendiri. Boleh kurangkan manis dan aisnya tu mengikut selera sendiri. 


Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara penyediaannya pun agak mudah. Semua orang pun pandai nak sediakn air cendol ni. Jom semak resipi campak-campak ni.. Hehe..


AIR CENDOL

Bahan-Bahan
  • Cendol secukup kegunaan _ toskan
  • Susu cair
  • Susu pekat manis 
  • Sirap gula Melaka _ ( rujuk resipinya di bawah )
  • Air secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan susu cair, susu  pekat manis dan air secukupnya ke dalam jug. Kacau dan ketepikan.
  2. Kemudian masukkan ketulan ais ke dalam gelas. 
  3. Masukkan cendol dan tuangkan air susu tadi.
  4. Masukkan sirap gula melaka dan hidang.


SIRAP GULA MELAKA
:: Sumber Dari ~  Rahel Blogspot.com  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 1 ketul gula Melaka _ dipotong kecil-kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga gula larut dan pekat.
  3. Tutupkan api dan angkat. 
  4. Tapis dan sejukkan.