Hari ni masih lagi sibuk sedikit... Banyak hal yang kena diuruskan... Tapi pagi tadi sempat juga Diana buat Kek Karemel ni... Mencuri masa sedikit untuk memenuhi permintaan anak-anak yang nak makan kek katanya... Jadi.. Diana terus terfikir kat kek ni.. Hurmmm.. Kek ni pula yang terlintas dalam fikiran masa tu kan.. Macam tu banyak resipi kek... Kek Karemel ni juga yang hendak dicuba semasa tengah terkejar-kejar dengan masa... Heeheee... Bila difikirkan balik... kisah sumpahan kek ni... Heeheee... Risau juga... Takut tak menjadi kan... Tapi kuatkan semangat juga buatnya...
Ni merupakan percubaan pertama Diana buat Kek Karemel ni... Hari tu nampak kat dapur Akak Ita, Anna dan Juwita.. Wah sungguh tergoda tengok Kek Karemel ni.. Cuma risau pula tak menjadi bila buatnya... Tapi Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga Diana buat dan menjadi... Ingat nak buat lagi esok pagi... Nak bawa pergi rumah akak angkat Diana.. Dia adakan kenduri sebelum dia berangkat ke Mekah nanti... InsyaAllah.. Kalau semangat kuat.. esok pasti akan buat lagi kek yang sedap ni...
Terima kasih kepada Munirah Baharum kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih juga kepada Akak Ita di atas penerangan dan step by step yang akak kongsikan di dapur akak tu.. Ianya banyak membantu Diana semasa membuat kek ni tadi... Kalau nak tengok step by step membuat Kek Karemel ni, singgahlah ke dapur Akak Ita @ Masam Manis ya...
:: Resipi oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Sumber dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis, Anna Qawina @ Anna Qaseh - AzZahra, Juwita @ juwita Fariz and Family ( TQ )
:: Cnp dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis ( TQ )
KEK KARAMEL
Bahan-Bahan
- 2 sudu besar gula pasir
Cara-Cara
- Sediakan loyang 8 inc.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dengan menyenget-nyenget kan loyang kiri dan kanan.
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak-retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
- Ketepikan.
~ Bahan Karemel
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1/2 tin susu cair
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
Cara-Cara
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
- ( Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti ).
~ Adunan Kek Bahan 1
Bahan-Bahan
Cara-Cara
~ Adunan Kek Bahan 2
Bahan-Bahan
Cara-Cara
Bahan-Bahan
Cara-Cara
Bahan-Bahan
- 70g gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
Cara-Cara
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Bahan-Bahan
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
- Masukan sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
Bahan-Bahan
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70g gula castor
- 1 sudu teh krim of tar-tar
Cara-Cara
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
- Pukul putih telur hingga berbuih.
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
- Gaul rata secara kaup balik.
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.Letakkan pewarna yang anda sukai.
- Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang - belangkan adunan.
- Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
- Akhir sekali dengan satu sudu.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160°C.
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Kaedah Steam Bath
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
- Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
~ Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
~ Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.