Tuesday, April 21, 2020

~ Nasi Goreng...

Sheery Dream Cakes | 12:52 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemu kembali bersama resipi nasi goreng. Resipi ni Diana sudah kongsikannya di YouTube channel Diana ya. Cuma baru hari ni ada kesempatan buat entrinya di blog. Jom semak resipinya di bawah.


:: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



NASI GORENG

Bahan-bahan
  • 2 Cawan nasi sejuk
  • 200 gram daging ayam kisar ( saya guna Ayamas )
  • 2 batang sosej dipotong menyerong
  • 1 bungkus kecil Perencah nasi goreng Adabi
  • 1 batang daun bawang
  • Sedikit udang kering ( rendam di dalam air panas sehingga lembut, bersihkan dan ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 2 biji bawang merah ( dicincang )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris ) _ optional
  • Sedikit hirisan cili merah
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit gula jika suka
  • Sos ikan secukup rasa ( jangan bubuh banyak ya sebab sos ikan ni masin )
  • Minyak masakan

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga wangi dan layu.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan tumis lagi sehingga garing.
  3. Masukkan perencah nasi goreng Adabi dan gaul. Tumis seketika.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan sosej ( boleh rujuk di SINI cara memasaknya ).
  5. Setelah ayam dan sosej masak, masukkan telur dan biarkan seketika. Setelah telur keras sedikit, bolehlah digaul rata bersama bahan yang lain tadi.
  6. Masukkan nasi dan gaul.
  7. Tambahkan sos ikan, sos cili dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata.
  9. Sesuaikan rasa dan hidang.

 

1 comments:

Sue Izza said... Reply

nampak simple tapi menyelerakan...