Wednesday, April 8, 2020

~ Resipi Double-Boiled Ayam masak Kicap

Sheery Dream Cakes | 9:27 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk hari ini saya kongsikan resipi double-boiled ayam masak kicap. Resipi ulang tayang sebenarnya, cuma ada sedikit perubahan dari segi bahan. Boleh tengok di entri yang lepas ya.

Cara penyediaan menu ni memang sesuai untuk mereka yang sibuk. Sebab kita hanya masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan set kan masa yang telah ditetapkan. Biarkan ianya memasak sehingga siap. Sementara tu kita bolehlah buat kerja-kerja yang lain. Mudahkan. 

Jika ingin mencuba, bolehlah rujuk resipinya di bawah.



 :: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



DOUBLE-BOILED AYAM MASAK KICAP

 Bahan-Bahan A
  • 1 kg ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 1 inci halia ( dihiris )
  • 1 batang daun bawang ( dipotong 2 inci panjang )
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis soya pekat Cap Ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Bahan-Bahan B
  • 6 keping cendawan shiitake kering ( dipotong kasar )
  • 1 batang lobak merah ( dipotong menyerong )
  • 10 biji kurma merah tanpa biji
  • Sedikit air

* NOTE:

  • Sukatan kicap manis pekat tu bergantung juga kepada jenis dan jenama kicap yang anda guna.


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Masukkan ke dalam peti ais dan perap selama 30 minit atau lebih ( Lebih lama diperap lebih sedap rasa daging ayam tu ).
  2. Ada 2 cara untuk memasak ayam ni. 

  • Cara Pertama ~ Dengan menggunakan double boiler. 

  1. Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam periuk tembikar. Tambahkan sedikit air. Masukkan lobak, kurma merah tanpa biji dan cendawan shiitake kering. Setkan masa dan biarkan ianya memasak sehingga ayam empuk. Hidang.


  •  Cara-cara ke-2 ~ Memasak seperti biasa.
  1. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk dan masak seketika di atas api sederhana.
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan kurma merah, cendawan shiitake kering dan lobak merah . Gaul lagi dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan rasa dan tutupkan api. Hidang bersama nasi putih.






0 comments: