Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tak nak banyak membebel untuk kali ni ya... Sebelum kita semak resipi telur kukus ni, Diana minta maaf sebab tak dapat lagi BW kat semua blog.. Hanya BW mana yang tersempat saja beberapa hari ni.. Nanti Diana akan cuba BW juga mana yang tersempat ya..
Tak nak banyak membebel untuk kali ni ya... Sebelum kita semak resipi telur kukus ni, Diana minta maaf sebab tak dapat lagi BW kat semua blog.. Hanya BW mana yang tersempat saja beberapa hari ni.. Nanti Diana akan cuba BW juga mana yang tersempat ya..
Entri kali ni Diana nak kongsikan resipi Telur Kukus Cendawan & Ayam.. Resipi yang simple saja sebenarnya ni... Jom tengok resipinya..
Bahan-Bahan
A
B
C
Hiasan
Cara-Cara
A
- 3 biji telur _ dipukul ringan dengan garpu
- 50 gm daging ayam kisar
- 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
- 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
- 100 ml air suam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
B
- 2 tbsp udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
- 1/4 tsp serbuk cili
- Sedikit minyak zaitun
C
- 4 ulas bawang putih _ dicincang
- 2 tsp kicap cair Loon Kee
- 1 1/2 - 2 tsp gula
Hiasan
- Daun bawang
- Cili merah cincang
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan terlebih dahulu.
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bahan B ( udang kering bersama serbuk cili ) sehingga garing. Angkat udang kering dan toskan.
- Di dalam kuali dan minyak yang sama, masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan gula dan kicap cair. Setelah sebati tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
- Masukkan kesemua bahan² A dan udang kering yang ditumis tadi ke dalam mangkuk.. Gaul rata.
- Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan kukus selama 15- 20 minit atau sehingga telur masak di atas api sederhana. Jangan menggunakan api besar untuk mendapatkan permukaan telur kukus yang cantik.
- Angkat dan tuangkan bahan C yang telah di tumis tadi di atas telur kukus.
- Hias dengan daun bawang dan cili merah.
- Hidang ketika ianya masih panas.
:: Update ~ Telur Kukus Cendawan & Ayam nie boleh dimakan macam tu saja atau makan bersama nasi.. Nak makan bersama roti pun boleh.. Tak pernah lagi makan bersama roti tapi tak salah mencubakan.. ;) ::
:: Untuk Perencah Pati Ayam... Diana gunakan Tumix Brand ya ::
9 comments:
salam kak diana-nonie pernah makan telur kukus nie dekat chinesse restoren,sedap!nanti nak cuba lah versi kak diana.tq share resipi yer :)
uwaaaa nmpk sungguh menyelerakan..suka masakan yg kukus2 mcm ni..leh cuba ni..tq..
Assalamualaikum Diana....
Sedapnya!!!!....Masakan Kukus Ni Baik Untuk Kesihatan....Cayok! Cayok! Kak Lin Oooiiii....:)Hehehehe
salam Diana..
Tak pernah makan lagi ni..
telur kukus ni makan dengan nasi ke? atau makan macam tu je atau boleh makan dengan roti?
Resepi simple yg sedap...ha ah la kan..telur kukus ni makan ngan apa ek..nasi...ke roti ke...@ makan cam tu je sedapppp....
salam diana..sedapnye..anak2 mesti suka..yumyumm..leh mkn dgn nasi gak kan..
Salam.... Selama ini silent reader sahaja. Teruja dengan masakan Diana. Pernah mencuba beberapa jenis resepi alhamdulillah semua menjadi kegemaran family. Ada masa ingin mencuba resepi ini pula.
Assalam Diana cayang...okeeeh set! Mesti try nih...senang dan simple..i liiiikkkeee...muaaahhsss tuk Diana!
As'salam Diana Maniss
semakin bz ya dik, tak apa yang penting jaga kesihatan juga okey :)
walaupun ringkas nampak sedap dan makanan yang sihat ni, tr kasih berkongsi resipi ya Diana :)
Post a Comment