Monday, December 5, 2011

~ Resipi Ayam Pulut Kukus...

Sheery Dream Cakes | 6:48 PM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali  d entri kali ni bersama menu ayam lagi.. Hehehhe... Asyik² tayang menu ayam kan.. Ish Ish Isshhh!!... Sabar jer ler kan :D.. Tapi tak apa ler yer.. Walaupun masih dengan menu ayam.. Namun resipinya lain²  ;). Kali ni Diana nak kongsikan resipi Ayam Pulut Kukus .. Ada cerita d sebalik terciptanya resipi ni dulu... 

Semasa d awal usia kandungan anak Diana yang ke dua.. Diana mengidam nak makan pulut kukus ala² Chang Ayam ( Rice Dumpling )... Nak buat memang tak larat masa tu sebab masa mengandung memang Diana sering loya.. Memang banyak kerja kena d buat kalau nak buat Chang tu.. nak cari daun lagi.. bersihkan daun lagi... Sepanjang mengandungkan tu siang malam memang tak senang duduk d buatnya sampaikan usia kandungan dah 9 bulan pun masih lagi muntah².. Tapi masa usia kandungan 6 bulan memang Diana buat Chang Ayam tu sekali.. Diana teringin nak makan sangat... Setiap kali Diana mengandung.. Tiada istilah malas atau tak suka memasak... Bertambah rajin pula ke dapur.. Hehhehee... Maka tercipta ler Ayam Pulut Kukus ni... Apa kata terus jer kita selongkar rersipinya..


::  Ni antara bahan yang d perlukan  ::


::  Pertama sekali halia dan bawang putih d tumis hingga garing bersama minyak bijan.. Kemudian masukkan cendawan dan goreng seketika.. Masukkan ayam dan gaul rata.. Masak 1 - 2 minit..  ::



::  Setelah itu masukkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.. Masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata. ::



::  Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana guna pengukus elektrik ).. Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.  ::





AYAM PULUT KUKUS

Bahan-Bahan
  • 1 keping peha ayam _ dipotong kecil
  • 1 cawan beras pulut _ dicuci dan toskan
  • 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
  • 1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ direndam dalam air panas dan dihiris halus
  • 2 inci halia _ dibersihkan dan ditumbuk kasar bersama kulitnya.
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit Garam


Bahan-bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 3 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/3 cawan air


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bahan-bahan A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.









12 comments:

anymz said... Reply

salam diana..mmmuuaaaahhhh..ini lah resepi yang akak cari2..teringat masa zaman sek dulu selalu tengok kwn2 cina bawa bekal makan ayam pulut ni.naik terliur bila tgk nasi yang melekit2.selalu akak berfikir diorang guna beras apa ek?...insyaAllah pasti akak cuba juga suatu hari nanti.minta izin ambik resepi dulu ya diana..:)

Diana @ Melley Mey said... Reply

Salam akak anim cayang... muahsss gak kat akak.. :) oo yer ker akak.. hehhe .. mereka menggunakan beras pulut tu sebenarnya akak..

bole jer akak.. sila ler yer.. ;)

Gee® said... Reply

oooo...begini rupanya masak ayam pulut kukus yer... senang, dh cover nasi dan lauk sekali kan... patutnya bg nama ayam pulut kukus Yong... hehehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana...ni sama dgn Loh Mai kai.kak ros pun pernah buat.Kalau nak tengok geledah dapur kak ros under pulut.sedapkan.Mengeyangkan.

Chik Mimi said... Reply

assalam Diana tahniah ye,tak terlambatkan,sedap nampak pulut ni

tun_telani said... Reply

sedapnyer!! ala2 pot chicken rice, tun suka makan!

Cheq Sue said... Reply

bila tengok ni terus terliur kak...memang kena buat resepi ni, tapi nak tunggu beli ayam dulu... adehhh meleleh aihhh

CT Delima said... Reply

As'salam Dianan Manisss

Alahai...sukanya bila tengok Diana masak2 ni, semuanya buat terbuka selera k.ct. Pernah gak terdengar ayam pulut kukus ni, tapi dulu2lah sebab duduk berjiran dengan orang cina.inilah pertama kali k.ct tengok. bolehlah belajar buat nanti, sebab Diana dah kongsikan resipi yang sedap ni..TQ Diana manisss..muahhh!

rahel said... Reply

Selamat malam Diana...sedapnya hidangan ayam pulut kukus "LOH MAI KAI" tu..suka sangat makan..dan klu RICE DUMPLING tu pun Rahel suka sangat makan..selalu jugak buat kat rumah..memang best rasa dia..menu orang cina la ni kan..hehe..

ibundo said... Reply

dianaaaa... sedapnya.
bundo ambil resepi ye.

quinnie said... Reply

saya dah lama teringin nak makan chang ni kak..tapi kalau nak ikut resepi asal nak kena ada daun buluh tu makan nak carik kat sini...hehehe...tengok dah tau sedap...nak cuba kalau ada ayam nanti..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

salam diana..
aduhh.. sedapnya tgk hidangan ni.. akak mmg suka juga dengan hidangan mcm ni.. dulu pernah akak buat pulut kukus yg ada lauk udang kering.. ala2 mcm ni juga cuma lauknya udang kering.. mmg best akak suka... one day boleh try resepi ni pulak.. tq yer share resepi ni..