Thursday, April 26, 2012

~ Ayam Laksamana...

Sheery Dream Cakes | 9:44 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Untuk entri kedua ni Diana nak sajikan anda semua dengan resipi dari CMG... Resipi diberi nama Ayam Laksamana... Wah klasik gitu nama resipi ni kan... Rasanya yang tersangat la sedaaapnya ini pasti akan membuatkan anda semua jatuh cinta dengan resipi ni.. Heheee.. Memang berbaloi mencuba resipi ini tau… Kepada sesiapa yang belum mencuba lagi.. Apa kata anda cuba resipi Ayam Laksamana dari Dapur Tanpa Sempadan ini..


Terima kasih buat CMG kerana berkongsi resipi-resipi yang sedap... Izinkan juga Diana kongsikan resipi Ayam Laksamana ni di sini pula ya... Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 genggam kismis
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar--Kasar
  • Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )

Cara Membuatnya
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap-lembab saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata-rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan.



0 comments: