Sunday, June 3, 2012

~ Di Sebalik Dunia Fotografi SBK...

Assalamualaikum dan Bertemu kembali di entri kali nie...

Semua dah tau kan apakah kamera yang Diana gunakan selama nie.. Kepada yang belum sempat membacanya.. Boleh klik kat   SINI.. Kali nie Diana nak kongsikan bersama anda semua apakah di sebalik kisah dunia fotografi SBK selama nie.

Sebelum tu.. Dah fahami fungsi yang ada pada kamera DSLR anda? Itu ler langkah pertama yang perlu dipelajari setelah kita miliki kamera yang diidamkan selama ini... Ianya amat penting tau.. Jika masih lagi belum memahami sepenuhnya fungsi kamera itu sendiri.. Tu memang sukar untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang nie.. Oleh itu kita kena bebetul memahami fungsi asasnya terlebih dahulu yer... Rajin kan diri dan luangkan sedikit masa untuk explore sepenuhnya fungsi yang ada.. Fahami apa itu Aperture, Shutter Speed dan ISO ( Diana tidak akan sentuh tentang nie sebab dah ramai yang buat entri mengenainya kan.. ).. Kuasai kesemua settings tu dulu.. Semua tu amat penting bagi menentukan hasil karya yang akan kita perolehi nanti.. Mulanya tu memang agak pening tapi bila dah faham dan biasa nanti.. Semuanya jadi mudah.. Percaya ler! Yang penting kerajinan kita untuk menguasinya.. :)

Lepas tu baru ler kita kenali dan fahami apa sebenarnya hasil karya yang kita mahukan.. Baru ler boleh kita tentukan langkah seterusnya.. Baik ler.. seperti yang telah Diana beritahu di awal entri tadi.. Diana nak kongsikan bersama anda kisah di sebalik dunia fotografi SBK nie yer..
  • Pilih lens yang bersesuaian bagi karya foto anda.
  • Diana akan sentiasa guna lens hood. Tak pernah tinggal tau.. :).. Lens hood nie dapat menghalang cahaya dari memasuki secara terus ke dalam lens.. Ia boleh mengelakkan lebihan cahaya yang masuk.. Nie pun boleh mempengaruhi kontras dan kualiti gambar tu.. Nak tengok contoh lens hood untuk Nikon klik kat  SINI.
  • Guna Tripod.. Macam Diana yang mengambil gambar makanan nie wajib ada Tripod.
  • Shoot in RAW.. Secara peribadi.. Diana lebih suka ambil gambar dalam format RAW.. Sebab ia akan memberikan banyak kelebihan semasa Diana edit gambar tu nanti.. Kita boleh menyunting seberapa banyak kali pun yang kita mahu tanpa merosakkan files asal tu... RAW files nie perlu diproses terlebih dahulu.. kena edit bagai baru ler kita convert ke JPEG.. Susah? Banyak kerja nak buat? Tidaak ler... Cuba dulu yer.. Diana percaya nanti anda akan jatuh cinta pada nya.. ;).. hehhe..
Ok.. sampai sini dulu buat kali nie.. Siang nanti sambung lagi yer... :)


*******************************************************************

Bertemu kembali.. :) Baik ler kita sambung lagi yer..

  • Shoot in Aperture-Priority mode.. Diana guna setting nie untuk kesemua gambar makanan yang Diana ambil.
  • Vibration Reduction ( VR ).. Set kepada "on".
  • Belajar bagaimana nak focus dengan baik dan tepat.. Kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang kita ambil.
  • Jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ok di sini Diana nak terangkan kaitan WB ( white balance ) dengan proses semasa kita edit tu yer.. Nie dari pengalaman yang pernah Diana lalui tau.. Mungkin lain orang lain pula pendapat mereka tentang nie.. Yer ler kan.. Pengalaman tiap orang pasti berbeza kan.. Ada yang berpendapat ( nie Diana sendiri dengar yer.. hehehe ) bahawa sekiranya kita ambil gambar dalam format RAW, kita tak perlu ambil kisah tentang cahaya / mood sekeliling serta WB tu.. Boleh ambil gambar tu main hentam jer sebab RAW files nie kan kena di edit juga nanti.. Ermm.. Lain pula pandangan Diana tentang hal nie.. Dari pengalaman Diana sendiri.. Antara keduanya tu amat penting dititik beratkan untuk mendapatkan mood yang kita kehendaki dalam karya foto kita nanti.. Contohnya.. Sekiranya Diana nak kan hasil gambar yang diambil tu dalam mood pastel atau mungkin nakkan ianya nampak soft dan dreamy.. Jadi, Diana harus ler guna warna props yang bersesuaian dengan mood pastel atau soft dan dreamy tu.. Gandingkan juga WB setting kat situ yer.. Contohnya seperti warna biru, ungu, oren, hijau, kuning, pink, brown dan lain². Ianya penting juga semasa proses mennyuntingnya nanti ( yang nie akan Diana bincangkan kemudian dalam entri seterusnya ).
  • Metering mode.. Diana lebih banyak set nya kepada spot & center-weighted average.
  • Masa yang sesuai untuk ambil gambar ( berdasarkan masa kat W.P. Labuan yer ) ialah antara pukul 9 am - tengahari. Sebelah petang pula dari pukul 4 pm - 5 pm.. Tapi itu bergantung juga kepada cuaca masa tu.
  • Jangan sesekali guna flash ketika mengambil gambar makanan..No Flash ok!
  • Ambil gambar dengan banyak.. Nie ler yang Diana lakukan.. Hehe.. Nanti senang nak pilih mana yang berkenan..
Langkah seterusnya Diana proses / sunting RAW files tu dulu menggunakan Lightroom ( LR ) sebelum sunting lagi menggunakan Adobe Photoshop dan selepas tu baru ler boleh dikongsikan kat SBK nie... Yang nie tajuk entri seterus nya yer... 






19 comments:

kasihredha said... Reply

lens hood? apa tu...uwaaaa

Diana @ Melley Mey said... Reply

@kasihredha

siang nnt diana terangkan yer.. :)

Mat Gebu said... Reply

Terima kasih berkongsi ilmu.... ^__*

Bicara Kak Noor said... Reply

salam Diana,akak selama ni main hentam saja ambik tak kenal semua yg Diana terangkan kena belajar jugak ni rasanya walaupun dah tak berapa muda heee

Qasey Honey said... Reply

tq kak..dgn info itu...wlaupon model kamera kita bbeza tp serba sedikit info tu bguna...fungsi pon rasanye xbyk beza kot...

hana said... Reply

dah bertaun2 guna kamera.. sampai skrg mode auto jugak yg di guna.. pehtu tembak ikut suka mak labu.. hahahahaha... g kelas pon, cikgu ajor masuk tinga kanan kuor tinga kiri.. mujur ngan tinga2 skali tak ilang.. hahahaha

noor said... Reply

Betul tu saya pun suka guna Raw film tapi kena convert la. Saya masih belajar lagi dan suka sangat ambil gambar permandangan.Saya opun dok belajar lagi dari tok guru dari majalah Aperture.

Maya Amastarz said... Reply

suke blog ni..kemas je

Tina Othman said... Reply

oh kak diana shoot dlm raw, alahai dlm raw klu edit guna photoshop okey kot

tina dulu shoot dlm raw, susah nak transfer, jadi guna jpeg je & yes, tripod wajib kan

tak ckp pun guna lens yg mana

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Mat Gebu

Sama2 CMG.... ^__^

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Bicara Kak Noor

Salam akak....
Hehehe.. X per akak... Kita belajar sama2 yer akak.. Diana pun masih lg belajar ttg semua nie.. ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Qasey Honey

Sama2 QH... A'aa kan QH... Wpun model berbeza namun fungsinya x der ler jauh sgt bezanya... N tips tu sama jer sebenarnya cuma cara mengendalikan kamera tu jer bezanya kan..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@hana

Heheheee... X per hana... Tgk gambar kat dapur hana tu dah cantik dah tu.... Suka tgk tau...

Diana @ Melley Mey said... Reply

@noor

Kan... Hehehe... Ambil dlm format RAW nie mmg akan memberikan 1 kepuasan semasa dlm proses menyunting tu... Heheh...

Waaah!! Serononya tuuu dpt bljar dr tok guru majalah... Untungnya Noor...

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Maya Amastarz

Terima kasih Maya... :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Tina Othman

Gini Tina...
Jika kita selesa ngan format JPEG.. Kita boleh jer ambil tu... Sebenarnya RAW files nie x der ler susah trnsfr... Kita mmg x akan nampak gambar tu sbb ianya dlm RAW file kan... Lebih senang kita ingat yg RAW bermakna MENTAH.. X per tu akak akan terangkan nnt dlm entri seterusnya yer Tina...
Lens yg akak pakai yer.. Hehhe.. Ok2 nnt akak bgtau...

Ayu said... Reply

Assalam diana, thank you for sharing, tips2 yang sungguh infomative ni..masih banayk lagi nak kena belajar dgn camera akak tu lah namapknya..

Ummi said... Reply

Diana cayanggg...tqqqq atas info yang Diana kongsikan...wpun akak guna Canon jer...Tak pandai la nak petik Nikon cik abg akak tu ha...terus konfius lak nnt..hehe. Apapun maklumat lain yg tidak berkenaan tools dlm camera spt pengcahayaan dan warna2 gabungan tu amat berguna. Terima kasih Diana kerana tidak lokek share ilmu, bukan sahaja masak2..ni dah fotografi pulak...semoga Diana diberi ganjaran atas keikhlasan dan susah payah mengarang entry ini...I really appreciate it babe! Muaaahhh..

Anonymous said... Reply

jazakallahu khairan.moga ilmu terus berkembang