Sunday, November 2, 2014

~ Rainbow Cake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 9:30 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi singgah di sini. Entri kali ini juga berkaitan dengan kek, Rainbow Cake.. Ermm.. Asyik-asyik kek sahaja kan.. Hehehe... 

Seperti biasa.. Jika bab mendeco kek memang Diana gagal. Hahhaa... Apa kan daya.. keras tangan ini mendeco kek.. Hihiii... Tidak kisah lah kan asalkan semua ahli keluarga suka makan kek ini... Itu lebih penting.

Semua orang sudah lama mencuba resipi kek ni.. Cuma Diana sahaja yang baru ada kesempatan hendak mencubanya... Banyak juga pilihan resipi kek ni ya.. Sehinggakan sukar hendak memilih resipi mana yang hendak dicuba.

Akhirnya Diana membuat keputusan untuk mencuba resipi seperti di bawah. Terima kasih kepada tuan empunya resipi dan kepada semua yang mengetengahkan resipi ini. Jom semak resipinya...



:: Sumber dari ~ Akak Azlita @ masam manis  ( TQ ) 


RAINBOW CAKE


Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum _ ( Diana bubuh 2 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung kek )
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cawan butter _ suhu bilik
  • 2 cawan gula castor _ ( Diana bubuh 1 3/4 cawan )
  • 5 biji putih telur _ suhu bilik _ ( Diana bubuh 5 biji telur )
  • 2 sdk esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar _ suhu bilik
  • Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ( kalau boleh 3 loyang ). Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. Sapukan juga baking paper dengan butter.
  2. Panaskan oven pada suhu  170°C.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan  garam. Ketepikan.
  4. Dalam bekas mixer pukul butter bersama gula hingga kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih ( Diana bubuh putih dan kuning telur ) dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan  masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  9. * Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. Maksunya : Tepung  susu  tepung  susu  tepung  susu  akhir mesti tepung.
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan. * Timbang setiap adunan supaya ianya sama tebal bila sudah siap dibakar.
  11. Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  12. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170°C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga kek masak.
  13. Bila kek sudah masak, letak di atas redai dan tunggu kek sejuk sekejap. Kemudian terbalikkan.
  14. Seterusnya bakar adunan kek yang selebihnya hingga siap semua adunan kek di bakar.
  15. Jangan tindihkan kek bersama kerana kek mudah melekat. Ia akan menyebabkan kek akan nampak comot dan tak cantik bila kek bertindih serta melekat antara satu sama lain. 
  16. Setelah kek sejuk, sapukan kek dengan Lemon cream cheese frosting ( Rujuk resipi di bawah ).
  17. Hias kek mengikut kreativiti masing-masing.



LEMON CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-Bahan
  • 200 gm Krim keju
  • 1 sudu teh pes lemon
  • 90 gm coklat masakan putih
  • 150 gm krim bukan tenusu
  • 8 gm halal gelatin
  • 30 gm air

Cara-Cara
  1. Cairkan gelatin rujuk di SINI .
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler.
  3. Satukan gelatin dalam coklat.
  4. Dalam bekas yang lain satukan krim keju dan pes lemon. Pukul hingga lembut.
  5. Tuangkan larutan coklat dan gelatin ke dalam adunan keju. Kacau rata.
  6. Dalam bekas yang lain, putar krim bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim putar ke dalam adunan krim keju.
  7. Sedia untuk digunakan. 




3 comments:

Sweet red cherry said... Reply

cantik kaler kek..sweet..x pa kak, deko ni mau rajin praktis ja..lama2 x sudah keras tangan..hee.. ^_^

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Bbwana adienia
terima kasih... hehhehee... betul2... kena rajin mendeko kek la lepas nie kan... hihiii

Nina Mirza said... Reply

Kak Diana....
sweetnya ur rainbow cake! luv it