Friday, January 16, 2015

~ Snow Cheese Cupcake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama Snow Cheese Cupcake.. Cupcake yang menjadi kegemaran anak-anak.. Alhamdulillah sedap.. Terima kasih kepada tuan empunya resipi dan kepada yang sudi mengetengahkan resipi ni..

Dulu pernah Diana kongsikannya di sini resipi Snow Cheesecake.. Masih mengekalkan resipi yang sama juga untuk cupcake ini ya.. 



:: Resipi Oleh ~ Sheery mz @ MyR  ( TQ )
:: Sumber & cnp Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur ayam _ ( buang 2 putihnya )
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour ( Diana pun guna self raising flour )
  • 60 gram tepung jagung _ ( maizena )
  • 50 gram air sejuk _ ( dari peti ais )
  • 1 sudu teh baking powder _ tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega _ ( dicairkan )
  • izah tambah esen vanilla _ Diana pun tambah esen vanilla



Untuk Krim
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis _ izah letak sekadar manis pada selera ( Diana buah seperti izah )

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )



Untuk Topping

  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 


 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
  6. ** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
  7. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
  8. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  9. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  10. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  11. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.

:: Note ~
Untuk versi cupcake ini, anda perlu sediakan cawan kertas kek secukupnya dan sudukan 3/4 penuh ke dalamnya. Kemudian bakar di dalam oven sehingga cupcake masak. Lapis atau picitkan krim keju di atas cupcake dan taburkan dengan parutan keju cheddar.








0 comments: