Thursday, December 24, 2015

~ Resipi Kari Ikan...

Sheery Dream Cakes | 9:00 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salam Maulidur Rasul 1437H.. Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan kita, Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Betapa istimewanya hari ini buat kita umat Islam seluruhnya.

Alhamdulillah bersiaran kembali bersama resipi Kari Ikan hari ini.. Diana kongsikan di sini untuk rujukan sendiri dan ahli keluarga serta kepada sesiapa yang sudi.. Resipinya boleh rujuk di bawah..


KARI IKAN
  
Bahan-Bahan
  • 1.3 kg ikan _ dipotong dan dibersihkan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • 4 tbsp rempah kari Baba's ( Diana guna serbuk kari daging dan ayam Baba's. Boleh gantikan kepada serbuk kari ikan Baba's jika suka )
  • 2 senduk nasi cili boh
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Santan dalam kotak secukup kegunaan
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit kicap pekat manis Cap Ayam
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-Bahan Kisar
  • 4 biji cili hijau _ buang bijinya dan hiris kasar
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya dan hiris kasar
  • 6 biji bawang merah _ dihiris
  • 5 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 3 batang serai _ dihiris 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. Masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Tumis sehingga ianya masak dan garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Tumis lagi hingga wangi.
  3. Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak. 
  4. Tambahkan air, santan, air asam jawa, kicap, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
  5. Masukkan ikan dan gaul perlahan. Setelah ikan masak bolehlah tutupkan api dan angkat.
  6. Hidang bersama nasi putih ketika ianya masih panas.







0 comments: