Wednesday, January 6, 2016

~ Resipi Bok Choy Goreng Belacan...

Sheery Dream Cakes | 8:12 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Resipi sayur menjadi pilihan untuk dikongsikan bersama untuk entri kali ini.. Bok Choy Goreng Belacan sememangnya kegemaran ahli keluarga Diana.. Cuma kenalah memasaknya lebih lama sedikit.. Jika anda lebih suka ianya dimakan lebih segar dari yang anda nampak di dalam gambar di atas, masaklah sekejap sahaja ya.. Ianya terpulanglah kepada selera masing-masing.. Kita yang memasaknya.. Jadi kita masaklah mengikut selera keluarga kita ya... Jom semak resipinya pula...




BOK CHOY GORENG BELACAN
  
Bahan-Bahan
  • 260 gm bok choy _ dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa masing-masing
  • 2 tbsp cili kisar ( boleh dikurangkan )
  • 1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
  • Segenggam  udang kering _ direndam di dalam air panas, cuci, toskan dan tumbuk kasar
  • 1 tangkai cili merah _ dihiris menyerong
  • Air secukup kegunaan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula _ optional
  • Perencah pati ayam Tumix _ optional
  • Minyak masak

Bahan-Bahan A
  • 1 tangkai cili merah _ buang bijinya dan dihiris
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 10 gm belacan 

Cara-Cara
  1. Masukkan bahan-bahan A ke dalam food processor dan kisar. Ketepikan.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan tambahkan sedikit minyak masak. Masukkan bok choy dan celur selama 2 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tambahkan cili kering dan tumis hingga terbit aromanya.
  4. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga garing.
  5. Masukkan cili hiris, bok choy, kicap cair, garam, perencah pati ayam dan gula secukup rasa.
  6. Gaul rata dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  7. Angkat dan hidang.



0 comments: