Tuesday, January 5, 2016

~ Resipi Sup Ayam Cendawan...

Sheery Dream Cakes | 8:21 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersiaran dengan resipi ulang tayang... Diana belajar resipi Sup Ayam Cendawan ni dari Mak Mertua Diana.. Apa kata jom kita semak resipinya..


SUP AYAM CENDAWAN
  
Bahan-Bahan
  • 1 kg ayam _ dibuang kulitnya dan potong kecil
  • 5 keping cendawan shitake kering _ direndam hingga lembut, potong mengikut citarasa dan bersihkan
  • 5 keping cendawan telinga kera _ direndam hingga lembut, potong  dan bersihkan 
  • 3 inci halia muda _ ditumbuk kasar bersama kulitnya
  • 8 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 tbsp minyak bijan
  • 1000 ml air atau secukup kegunaan
  • Sedikit minyak zaitun 

Bahan-Bahan A

  • 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tbsp kicap pekat Yot Brand
  • 1 tbsp minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan sedikit minyak zaitun dan 2tbsp minyak bijan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renih selama 20 minit di atas api kecil.
  4. Tambahkan bahan-bahan A dan renih lagi sehingga ayam empuk.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  6. Makan ketika ianya masih panas dengan nasi putih. 




0 comments: