Thursday, April 21, 2011

~ Resipi Sandwich Goreng...

Sheery Dream Cakes | 9:24 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pagi ini hanya buat buat Sandwich Goreng.. Salah satu menu sarapan kegemaran kami sekeluarga.. Ianya mesti dimakan ketika ianya masih panas lagi.. 

Jom kita tengok resipinya


SANDWICH GORENG
Untuk Seorang 


Bahan-Bahan 
  • 2 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya 
  • 1 keping Ayamas sandwich patty _ digoreng / dipanggang 
  • 1 keping Figo kepingan ikan tauhu _ digoreng 
  • 1 keping Ayamas chicken meatloaf _ digoreng / dipanggang
  • 2 hirisan tomato
  • 2 hirisan timun
  • 1 keping keju cheddar optional )
  • 2 keping kulit popia bersaiz besar
  • Mayonis
  • Sos tomato / sos cili
  • Breadcrumbs secukup kegunaan
  • Telur _ dipukul ringan
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Ambil sekeping roti dan letakkan sandwich patty di atasnya. 
  2. Picitkan sos cili / sos tomato. Susun hirisan tomato di atasnya.
  3. Kemudian lapis di atasnya dengan kepingan ikan dan picitkan mayonis di atasnya.
  4. Susun timun, keju dan lapis dengan chicken meatloaf. 
  5. Picitkan sos cili / sos tomato.
  6. Lapis lagi dengan sekeping roti.
  7. Setelah itu, bungkus dengan kulit popia dengan kemas.
  8. Celupkan sandwich ke dalam telur dan saluti dengan breadcrumbs.
  9. Goreng sehingga kekuningan d kedua-dua belah bahagian.
  10. Hidang.
  11.  Makan ketika ianya masih panas.


9 comments:

~Norul Mas Hana ~ said... Reply

bestnyer..berlapis2... =)

cik cek said... Reply

menu ringkas tapi sedap dan kenyang... ;-)

K.Nor said... Reply

sedapnyer! :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

norul ~
hehehe... :)

cik cek ~
a'aa memang mengenyangkan.. hehhee..

k.nor ~
fav diana n anak lelaki diana nie k.nor... :)

YANA SHAIFUL said... Reply

sedapnyaa..rs nak amek je nii..:-)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... Reply

hmm..best tu nak beli mesti tak der...

Diana @ Melley Mey said... Reply

yana ~
hehee... dah licin dah.. nnt buat yg baru yer untuk yana.. hihi:)

nazrah ~
a'aa kan.. x perna nmpk kat kedai kan... :D. Kena buat sendiri nmpknye nie nazrah... ;)

HomeKreation said... Reply

Rich nya, nanti nak cuba. Thanks.

missina said... Reply

membelek2 makanan kt sini,,perghh terliur yg amat,,ntah bila nk cuba resepi ni,,;)